Punca ketuanan Melayu diperlekeh - Surat 1
AMAT menyedihkan membaca beberapa kenyataan pemimpin bukan Melayu di kalangan Barisan Nasional (BN) sendiri yang tidak lagi segan-silu memperkatakan tentang hal-ehwal orang Melayu termasuk yang terbarunya tentang ketuanan Melayu.
Inilah sebenarnya sikap kiasu yang berada dalam kalangan pemimpin terbabit yang selama ini dipendamkan tetapi kini diluahkan dan dijelmakan dengan beraninya.
Kenapa? Kerana mereka melihat Melayu kini khususnya UMNO sudah tidak berdaya. Mereka juga beranggapan jika Melayu UMNO menentang mereka, akan ada Melayu PKR atau Melayu Pas yang datang 'menangguk di air keruh' dan menyokong i populariti antara kaum dan kuasa!
Dalam hal ini, saya lihat jelas wujudnya pertembungan antara sikap kiasu pemimpin Cina ini yang kini sudah tidak mahu dipendamkan; dengan slogan ketuanan Melayu yang agak kerap dilaung-laungkan.
Apakah yang dikatakan sikap kiasu? Perkataan kiasu berasal dari dialek Hokkien yang bermaksud takut kalah. Sikap kiasu yang popular diguna pakai di negara ini dan Singapura dengan itu bermaksud, sikap takut kalah.
Kamus Internet Wikipedia turut memberikan contoh mengenai sikap kiasu ini termasuklah "…accumulating too much food on one's plate during a uffet lunch in case there is no more later."Diterjemahkan bermaksud : "... mengumpul makanan yang banyak ke dal m pinggan sewaktu menghadapi makan tengah hari secara bufet, takut-takut makanan itu kehabisan kemudian".Daripada laman web www.asianjoke.com pula, ada artikel yang memberikan butiran A to Z of Kiasu Philosophy yang ditulis oleh Anonymous.
Dalam banyak contoh itu, saya rasa layak untuk mengatakan betapa sikap di bawah 'J – Jump queue' dan 'Y – Yell if necessary to get what you want' adal tepat berdasarkan banyak pengalaman mengenainya.
Dalam soal jump queue atau potong barisan dan yell atau menyalak; saya lihat ia banyak berlaku di kaunter pejabat pos dan bank. Alasan puak kiasu ini ialah, "saya banyak sibuk', 'banyak kerja lain mau buat'. Macamlah merek sahaja yang sibuk, yang kita ini tidak…Apakah pula maksud ketuanan Melayu? Sudah banyak diperkatakan mengenainya dengan terbaru sepertimana disebut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri 2009 di Dewan Undangan Negeri pada Jumaat, 21 November lepas.
"Apabila disebut ketuanan Melayu, bukan bermakna bangsa Melayu itu tua bukan Melayu itu kuli. Tidak. Maksud ketuanan Melayu ialah institusi raja-raja Melayu.
''Itu sebabnya dengan raja dan dengan KDYMM Tuanku Sultan; bila a menghadap, kita sebut Tuan Ku. Tuan Ku. Kerana Tuanku tuan kita. Dan apabila sebut ketuanan Melayu, bukan Melayu itu tuan tetapi Melayu itu dilambangkan oleh raja-raja Melayu," katanya.Daripada segi konotasipun, wujud perbezaan nyata antara sikap kiasu dengan slogan ketuanan Melayu. Jika sikap kiasu itu berkonotasikan negatif – tak kalah; ketuanan Melayu sebenarnya berkonotasikan positif yakni bagi menanamkan keyakinan ke dalam diri orang Melayu mengenai hebatnya Melayu.
Dan yang turut membezakan juga ialah, sikap kiasu diamalkan secara diam-diam sedangkan slogan ketuanan Melayu lebih banyak dilaung-laungkan dan kita amat memahami kenapa, kerana ia sebagai pembakar semangat orang Melayu sendiri untuk terus memperbaiki diri sendiri!
Ini tentu tidak ada apa salahnya apatah pula slogan ketuanan Melayu itu sendiri datangnya daripada wujudnya hak-hak keistimewaan orang Melayu sepertimana termakstub dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri.
Kini, dengan sikap angkuh dan kiasu pemimpin berkenaan, beranilah pula dia mendakwa ketuanan Melayu sudah tidak relevan lagi. Jika begitu, adakah pemimpin ini cuba mengatakan Perlembagaan Persekutuan khususnya peruntukan yang menyebut tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu juga tidak penting lagi?
Jadi, apakah yang harus dilakukan kini sementelah sikap kiasu pemimpin sebegini sudah mula berani ditonjolkan secara luarannya hingga sanggup memperikaikan ketuanan Melayu kita?
Di sinilah seharusnya pemimpin-pemimpin UMNO khususnya, duduk dan memikirkan secara serius untuk berusaha memperkukuhkan kembali kedudukan sosio-politik orang Melayu.
Ini termasuklah dalam menghapuskan apa-apa juga hambatan yang terdapat dari dalaman khususnya mengenai gejala politik wang yang terus-menerus tidak memberikan gambaran baik tentang parti dan secara tidak langsung, Melayu kita.
Dengan kita kembali kukuh, bukan sahaja kita dapat mengatakan kepada pemimpin bersikap kiasu ini supaya tidak lagi buat hal; malah kita boleh memberitahu mereka agar mainkan peranan agar masyarakatnya yang terpengaruh dengan sikap kiasu, dididik supaya mengurangkannya.
Kita tidak mahulah menyebut kepada mereka supaya bersedia untuk diasimilasikan ke dalam budaya Melayu kita – perkara yang nampaknya menja pantang sangat kepada sesetengah pemimpin mereka.
Sekadar yang hendak dikatakan ialah, kurangkanlah darjah sikap kiasu itu sementelah pula kiasupun hanyalah istilah yang digembar-gemburkan serta diamalkan di negara ini dan Singapura, tidak pula kedengaran di lain-lain tempat di dunia.
Kalau pemimpin Cina sendiri tidak boleh mainkan peranannya melainkan asyik hendak go with the flow, mengikut arus hingga menuruti sahaja apa yang dikehendaki, kita juga boleh bertanya kepada mereka:
Apa gunanya jadi pemimpin. Tugas pemimpin ialah memimpin. Kalau hendak mengikut kehendak pengikut, janganlah jadi pemimpin sebaliknya jadilah sekadar pengikut sahaja!
YOPE KEY-DARE
Kuantan
Shah Alam
Punca ketuanan Melayu diperlekeh - Surat 2
SEJAK selesai Pilihan Raya Umum Ke-12 dan seperti mana yang kita ketahui akan keputusannya di mana lima negeri dikuasai pembangkang, kian dilihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan akan Ketuanan Melayu.
Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO dalam Barisan Nasional (BN). Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku dalam senario politik negara.
Penulis tertanya-tanya apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, di manakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh di belakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang. Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan BN jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Di manakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk sejak merdeka lagi di antara parti komponen BN? Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan daripada orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah peroleh dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini.
Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu?
Ingatlah kaum bukan Melayu, orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri.
Orang Melayu tidak mahu hidup merempat di tanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap mereka menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.
Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia. Untuk apa kita merayakan hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu.
Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya.
Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia seperti yang ada pada masa ini. Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu di atas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara?
Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah!
Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri.
Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian daripada Tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar "tuan". P>
Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak daripada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin baru-baru ini:
Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah 'Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung . Sama-samalah kita renungkan.
TAMINSARI
Shah Alam
Punca ketuanan Melayu diperlekeh - Surat 3
MENGHAIRANKAN kenapa ada di kalangan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) masih berani mempersoal dan memperkatakan tentang Ketuanan Melayu? Lepas seorang demi seorang kalangan pemimpin ini begitu berani bersuara, seolah-olah mencabar pula kekuasaan golongan Melayu itu sendiri.
Pemimpin beginilah yang terus bersuara apabila Obama dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat agar kita mengikuti jejak AS. Ingin saya ingatkan kepada semua pemimpin bukan Melayu, supaya menghayati perumpamaan, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Tidak pernah ada di mana-mana dunia terdapat pemimpinnya tidak tahu berbahasa utama negara tersebut. Biar apa pun warna kulit dan keturunan serta budaya mereka, mereka mesti tahu berbahasa utama negara tersebut untuk dipilih menjadi wakil rakyat.
Mengakui diri dan kemerdekaan negara menjangkau 51 tahun, tetapi ada wakil rakyat daripada kalangan bukan Melayu masih terkial-kial untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan memberi hujah. Apakah mereka ini tidak tahu malu. Masih ingin mempersoalkan ketuanan Melayu dan inginkan kesaksamaan.
Kalau Melayu mementingkan Melayu, maka semestinya di dalam Dewan Rakyat yang bahasa perantara dimestikan menggunakan Bahasa Kebangsaan, rasanya ada kalangan Ahli Parlimen yang tidak layak pun untuk menjadi wakil rakyat. Selama 51 tahun hidup di Malaysia, dilahir dan dibesar dan bersekolah di Malaysia, tetapi tidak fasih berbahasa Melayu. Apakah mereka ini layak untuk mempersoalkan ketuanan Melayu?
Kalau bahasa rasmi negara pun tidak fasih, layakkah mereka menjadi wakil rakyat untuk rakyat daripada pelbagai kaum?
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berpendapat jika terus mengungkit sejarah dan fakta negara, berpindah sahaja ke parti pembangkang.
Saya berkata, baik daripada kalangan BN atau pembangkang, jika asyik mempersoalkan hak dan kedaulatan Melayu, carilah jalan yang sesuai.
Kalau ingin dan masih mahu menjadi rakyat Malaysia, junjung langit di mana bumi di pijak.
Kepada pemimpin bukan Melayu, usah membakar api kebencian di kalangan rakyat dari pelbagai kaum di peringkat akar umbi, kerana kami yang bukan dari kalangan orang politik, tidak pernah bergaduh tentang ketuanan Melayu.
Kami hanya mahu mencari rezeki secara aman dan hidup dengan damai. Orang awam tidak pernah mencari populariti macam orang politik. Cuba jadi hero dengan sanggup mengadai keamanan negara.
MEZA
Keramat Permai
0 ulasan:
Catat Ulasan