Beberapa hari yang lalu penulis ada berbual-bual dengan beberapa teman di skype. Topik yang diperbualkan ialah tentang siaran-siaran tv zaman sekarang yang sudah tidak mesra oku penglihatan.
pada masa dahulu, kami oku penglihatan boleh mengetahui rancangan-rancangan tv yang sedang dan akan disiarkan. Tetapi sekarang, segalanya telah berubah. kami sudah tidak mengetahui lagi apakah nama rancangan, drama atau pun filem yang sedang ditayangkan di kaca telivisyen. Semuanya gara-gara tidak ada lagi petugas atau pun dj yang menghebahkannya. Pada masa dahulu, ya memang ada petugas yang menghebahkan nama rancangan, drama atau filem yang bakal ke udara. Secara tak langsung, ianya telah amat menyusahkan kami oku penglihatan.
kami juga sudah tidak dapat mengetahui susunan rancangan tv untuk disiarkan di sepanjang hari. Semuanya gara-gara mungkin susunan rancangan itu hanya ditulis di skrin tv sahaja.
Begitu juga berita-berita di kaca telivisyen. ianya juga sebahagiannya sudah tidak mesra oku lagi. Cuba kita lihat. Apabila sampai sahaja laporan cuaca atau laporan saham, hanya muzik yang ke udara. maka terpaksalah kami warga oku penglihatan ini meminta bantuan dari kawan-kawan celik untuk membacakan apa yang tertulis di skrin telivisyen itu. Ini benar-benar amat menyusahkan kami warga oku penglihatan ini.
Begitu juga dengan info-info semasa yang berlaku di persekitaran kita. Pada masa dahulu, ada juruhebah yang akan membacakannya, tetapi sekarang, ianya hanya terpapar di skrin telivisyen sahaja. jadi, amat sukarlah bagi kami.
Kami juga bercerita tentang kesukaran kami untuk menonton/mendengar drama-drama luar selain dari drama inggeris. Contohnya yang paling dekat ialah drama mexico dan juga drama Venezuella. Bagi orang celik, mereka boleh membaca sarikata yang tertulis di skrin telivisyen itu. Tetapi, bagaimana pula dengan golongan oku penglihatan seperti kami ini?
Suatu masa dahulu, RTM melalui siaran tv1 banyak menyiarkan drama-drama alihbahasa seperti drama dari Brazil dan mexico serta Jepun. Tetapi sampai kepada suatu masa, ianya hilang begitu sahaja. Dan kami berterima kasih kepada syarikat Media Prima Bhd melalui saluran tv9 kerana telah mengambil daya usaha mengutamakan banyak rancangan dalam bahasa melayu. Sekarang, terdapat sebuah drama bersiri Filipina yang dialihbahasa yang disiarkan oleh tv9. Ianya ke udara setiap Isnin hingga Khamis jam 12:00 tengahari. namanya tak tahu sebab tiada siapa yang baca. Amat seronok drama itu.
Jadi diharapkan agar tv9 dapatlah menyiarkan rancangannya dalam bahasa melayu 100% supaya kami golongan oku penglihatan berpeluang mendengar/menonton drama-drama luar yang selalu dikatakan hebat itu.
kerajaan harus mengambil inisiatif untuk melihat permasalahan golongan oku penglihatan ini. RTM khususnya, perlulah menjadi sebuah stesen contoh mesra oku penglihatan. Sekurang-kurangnya, apalah salahnya, kalau rakamkan suara dj untuk memberitahu rancangan yang bakal ke udara selepas sesuatu rancangan itu. Begitu juga dengan berita.
Stesen swasta juga tidak harus memikirkan keuntungan semata-mata. mereka juga harus berbuat sedikit kebajikan.
Adalah diharapkan permasalahan kami golongan oku penglihatan untuk mendengar/menonton tv akan sekurang-kurangnya dapatlah diatasi walau pun sedikit.
1 ulasan:
Salam sejahtera sdr.sedingin salju..betul juga apa yang dikatakan oleh saudara. Siaran TV sekarang tidak lagi mesra oku penglihatan..saya tak perasan yang sebelum ini siaran TV perihatin kepada pengguna-pengguna oku penglihatan..maaf ya..maksud saya setiap siaran yang disiarkan dapat dimanfaatkan kepada semua pengguna termasuk kumpulan OKU. Yang biasa saya lihat oku bisu adalah seperti di siaran berita RTM..agak menghairankan juga jika benar apa yang saudara terangkan mengapa siaran TV baik kerajaan atau swasta tidak lagi berbuat demikian..mereka tidak lagi mesra pengguna terutama kepada kumpulan OKU..mungkin boleh diusulkan kepada BPN ( Panglima Siber )..
Salam perjuangan...
Catat Ulasan