Isnin, Disember 01, 2008

Tragedi Mumbai India. Nama islam tercalar lagi.

Pada minggu lepas, satu kejadian yang menggemparkan dunia telah berlaku di Mumbai India di mana lebih kurang 25 orang ahli komando bersenjata dari Mujahidin Islam telah melancarkan serangan di Hotel Tajmahal dan tempat-tempat strategik yang lain.  Diberitakan, lebih 125 orang termasuk seorang warga negara kita telah terkorban dalam serangan tersebut.  Dengan kecekapan pihak berkuasa india, kesemua komando ini telah dapat ditumpaskan.  Ada yang mati dan ada yang ditangkap.

 

Bagi penulis yang bukan islam, penulis merasakan, sekali lagi nama dan imej agama islam tercalar.  Tercalar dek perbuatan umatnya sendiri.  Dan ini sekaligus telah membuka ruang kepada musuh islam untuk melancarkan propaganda tentang keganasan orang islam dan keganasan yang diajarkan oleh agama islam kepada umatnya.  Walau pun ianya tiada langsung dalam islam, tetapi penganut islam seolah-olah memberikan jawapan kepada musuh islam bahawa, agama islam agama keganasan dan pembunuhan.

 

mengapakah mesti melakukan perbuatan yang kejam dan keji ini?  Bukankah agama islam telah menyuruh umatnya berkasih-sayang antara manusia di bumi ini?  Tetapi, mengapakah yang baik itu tidak mahu diikut?  Kenapa tidak mengikut ajaran Muhammad?

 

Adakah Nabi pernah berkasar dengan musuhnya?  Kan ada sebuah kisah di mana seorang yahudi pada tiap pagi nabi keluar, si yahudi itu berbuat macam-macam pada Nabi.  Ini termasuklah membuang najis.  Pada suatu hari seperti biasa nabi keluar.  Tapi, hari itu si yahudi itu sudah tidak kelihatan lagi.  Apabila nabi bertanya sahabat tentang yahudi tersebut, sahabat beritahu, yahudi itu sakit.

 

Nabi pun pergi menziarahi yahudi tersebut.  Apabila pergi menziarah, nabi suap makanan pada yahudi tersebut.  Bila yahudi itu tahu yang datang menziarahnya itu nabi yang selalu dia sakiti itu, terus dia masuk islam.

 

Sebab apa begitu?  Kerana keluhuran hati nabi Muhammad.  Siapa tidak kenal Saidina Umar sebelum beliau masuk islam?  Semua kaki dia ada.  Tetapi, dek kerana kehebatan islam dan Nabi Muhammad, akhirnya, Umar Al-khatab masuk islam dan menjadi seorang peminpin yang amat disegani dan ditakuti.  Sampai syaitan dan iblis pun takut kat dia.

 

Itu cerita dulu.  Tapi sekarang?  Apa dah jadi dengan islam?  Islam hancur.  Hancur dek perbuatan umatnya sendiri.  Musuh-musuh islam hanya melakukan sikit sahaja dan selebihnya umat islam itu sendiri.

 

Cuba kita lihat Palastein.  Mengapa puak Hammas dan Fatah mesti berebut kuasa?  Bukankah islam itu bersaudara?  Ini sekaligus telah memudahkan lagi Israel untuk memusnah dan seterusnya, menakluki Palastein.

 

Cuba lihat pula negara islam.  Adakah semuanya bersatu dan sekata?  Jawapannya tidak. Iraq, Iran, Quait dan lain-lain.  Masing-masing, ada kepentingan dan agenda peribadi.  Mereka dibayangi Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya.  Sebab apa?  kerana pergantungan mereka dari segi keuwangan dan teknologi kelengkapan tentera.  Tanpa disedari, sekali lagi musuh islam tidak payah bersusah-payah untuk memusnahkan islam.  Sebabnya, biar orang islam yang lakukannya sendiri.

 

Lihat pula umat islam.  Segala-galanya mundur.  Dalam semua hal.  Dan tanpa disedari, sekali lagi musuh islam tak payah bersusah-payah untuk memusnahkan umat islam kerana umat islam itu sendiri yang akan melakukannya.

 

Tragedi dahsyat di Mumbai baru-baru ini sekali lagi menggembirakan musuh-musuh islam kerana, mereka tidak payahlah penat-penat buat propaganda untuk memburukkan islam.  Tragedi ini akan dijadikan senjata sepenuhnya dalam agenda mereka.

 

Selagi kemunduran umat islam dalam segala segi tidak diatasi, selagi itulah musuh islam tidak akan takut dan gentar terhadap islam.  Kita kena ingat, segalanya bermula di rumah dan bukannya di luar.

 

Pemikiran sempit terhadap islam oleh orang islam harus dibuang.  Contohnya jihad.  Ramai yang beranggap, jihad itu angkat senjata dan bunuh orang.  Walhal jihad itu luas sekali.  Jihad dalam berniaga, menuntut ilmu, bekerja mencari nafkah untuk keluarga, bercucuk tanam, menolong orang lemah, berniaga dan banyak lagi.

 

Kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana kemunduran dan masalah lain yang melanda umat islam.  Bagi penulis, semuanya bermula di rumah.  Kalau didikan di rumah telah kukuh dan kuat, ribut taufan yang membadai di luar sekali pun, dia tidak akan tumbang.  Datanglah padanya apa-apa kemungkaran atau kemaksiatan, dia tidak sekali-kali akan tergoda dan tunduk.

 

Tapi masalahnya sekarang, kuat dan kukuhkah didikan di rumah itu?  Yang paling parah apabila gejala sosial berlaku, dia tuding jari salahkan pihak lain.  Siaran tv terlampau banyaklah, Astro bukak siaran merepek-repeklah, siar kartun waktu solat dan macam-macam.  Seperti penulis kata, kalau didikan di rumah dan kuat dan kukuh, dai takkan tunduk dengan ini semua.

 

Tuhan kan ada berkata yang dia tidak akan membiarkan umat islam mengaku islam.  Umatnya ni akan diuji keislamannya.  Penulis pernah suruh satu budak beritahu berapa rakaat untuk solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isha.  Dia tak dapat.  Penulis bertanya pada satu orang lagi apa itu 24434?  Tak dapat dijawab walhal nombor tersebut ialah rakaat untuk waktu solat.  Subuh 2, Zuhur dan Asar 4, Maghrib 3 dan Isha 4.  Semuanya 17.

 

Kita amat bersimpati dengan mangsa-mangsa yang tidak berdosa yang telah terbunuh di dalam Tragedi Mumbai baru-baru ini.  Dan selepas ini, apakah lagi kehancuran yang akan dilakukan oleh umat islam yang langsung tidak mengenali islam ini?

4 ulasan:

Jeepers Creepers berkata...

Apa nak buat. Perpecahan bukan berlaku diluar negara malah didalam malaysia ini turut mengalami sindrom yang sama. Orang melayu dan mualaf islam tidak mahu bersama. Orang melayu sendiri sudah berpecah kepada tiga parti.

Pada pendapat saya, Arab Saudi, Qatar dan Dubai boleh menjadi pusat ekonomi islam kerana mereka mempunyai sumber kewangan yang melimpah ruah. Malah mereka turut boleh menjadi satu kuasa dunia dan ketenteraan sekiranya mereka mahu bersatu untuk islam.

Tapi itulah malang menimpa kami. Orang islam yang kaya raya tidak mahu menolong saudaranya yang miskin. Malah arab saudi bergantung penuh pada barat dan meyebabkan dunia islam semakin lemah.

Nak harapkan malaysia, berapa banyaklah sumber kewangan yang kami ada. walaupun ada minyak dinegara sendiri tetapi kami terpaksa bayar mahal juga hehehe.

Tai berkata...

Ya betul. Inilah masalah yang menimpa umat islam. Tidak mendalami agama. Dan akibatnya, timbullah puak seperti Taliban.

YB Raz Gothic
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
Tragedi Mumbai India. Nama islam tercalar lagi.
" anda:

Apa nak buat. Perpecahan bukan berlaku diluar negara malah didalam malaysia ini turut mengalami sindrom yang sama. Orang melayu dan mualaf islam tidak
mahu bersama. Orang melayu sendiri sudah berpecah kepada tiga parti.

Pada pendapat saya, Arab Saudi, Qatar dan Dubai boleh menjadi pusat ekonomi islam kerana mereka mempunyai sumber kewangan yang melimpah ruah. Malah mereka
turut boleh menjadi satu kuasa dunia dan ketenteraan sekiranya mereka mahu bersatu untuk islam.

Tapi itulah malang menimpa kami. Orang islam yang kaya raya tidak mahu menolong saudaranya yang miskin. Malah arab saudi bergantung penuh pada barat dan
meyebabkan dunia islam semakin lemah.

Nak harapkan malaysia, berapa banyaklah sumber kewangan yang kami ada. walaupun ada minyak dinegara sendiri tetapi kami terpaksa bayar mahal juga hehehe.

Zolkharnain Abidin berkata...

Orang kaya arab saudi, qatar, tangga rumah mereka daripada emas. Orang islam tempat lain nak makan pun tiada.

Bagaimana dengan peranan Iran?

Blog saudara saya telah linkan dengan blog saya bongkarsauh.blogspot.
Terimakasih.

Tai berkata...

Negara Iran boleh membantu umat islam yang lain. Tapi sayangnya, mereka menyimpan aset mereka di negara barat.

Zolkharnain Abidin
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
Tragedi Mumbai India. Nama islam tercalar lagi.
" anda:

Orang kaya arab saudi, qatar, tangga rumah mereka daripada emas. Orang islam tempat lain nak makan pun tiada.

Bagaimana dengan peranan Iran?

Blog saudara saya telah linkan dengan blog saya bongkarsauh.blogspot.
Terimakasih.





Arkit blog