Rabu, Januari 07, 2009

Kelas sempit, berhimpit-himpit



Oleh HISHAM IDRIS
hisham.idris@kosmo.com.my

MURID istimewa yang ditempatkan di salah sebuah kelas yang agak sempit di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya, Hulu Langat semalam.

KAJANG – Musim persekolahan baru sepatutnya memberikan keceriaan dan harapan kepada murid serta kalangan ibu bapa.

Bagaimanapun, bagi sekumpulan 92 orang murid istimewa dan kurang upaya (OKU) yang ditempatkan di sekolah integrasi khas Sekolah Kebangsaan Bukit Raya, Hulu Langat, mereka mempunyai sebab untuk bermuram durja sebaik sahaja memulakan sesi persekolahan.

Mana tidaknya, sudahlah kurang upaya, mereka terpaksa berhimpit-himpit di dalam kelas kecil yang disediakan.

Dengan kemudahan serba 'daif' itu, setiap kelas dipecah kepada 10 bahagian bagi memuatkan di antara lapan hingga 11 orang sebelum diletakkan meja yang dikelilingi beberapa buah kerusi sebagai tempat duduk pelajar OKU terlibat.

Pembahagian pula melibatkan sebuah kelas di tingkat satu sekolah berkenaan yang dipecah kepada tiga bahagian dan sebuah bangunan di bahagian bawah yang dipecah tujuh termasuk dapur yang kini dijadikan kelas.

Ruang kelas pula tidak ubah seperti satu ruang sempit yang dipisahkan kepada beberapa bahagian semata-mata mahu membolehkan para pelajar mempunyai kelas sendiri.

Keadaan tersebut jauh berbeza dengan kelas yang dimiliki murid normal seusia mereka yang jauh lebih luas di sekolah itu.

Keadaan tersebut membuatkan ibu bapa kepada murid istimewa itu kecewa kerana anak-anak mereka yang terdiri daripada OKU tidak mendapat 'ruang' yang secukupnya bagi menimba ilmu apabila 'disumbat' dalam kelas yang sempit.

Wakil ibu bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ana, 37, yang mempunyai anak penghidap polymicrogrvia (otak kanan kecil) berkata, pihaknya bukan mahu meminta-minta tetapi dengan jumlah murid yang semakin ramai, pihak sekolah sepatutnya menambah bangunan baru untuk keselesaan pelajar.
 
Komen penulis: Janganlah disebabkan mereka oku, pelajaran mereka diabai.  Berikan mereka bilik darjah yang sempurna.

2 ulasan:

Jeepers Creepers berkata...

Prasarana untuk golongan OKU masih kurang diberi perhatian oleh kerajaan dan pihak swasta.

malah peluang pekerjaan untuk mereka juga adalah kurang. Diharap kerajaan dan pihak swasta memberikan perhatian sewajarnya kepada mereka.

Tai berkata...

ya, harap pihak berkenaan akan berusaha lebih keras untuk mengatasi semua permasalahan ini.





Arkit blog