Aha, ini dia sambungan dia. Mai kita baca lagi.
- Apa pendapat hang tentang undang-undang hudud?
- Penulis menjawab: Suatu undang-undang yang amat bagus dan cantik. Undang-undang yang tidak menginiaya orang termasuk yang bukan islam.
- Adakah hang bersetuju orang kata Pas tak layak laksanakan undang-undang hudud?
- Penulis menjawab: Ya. Pas memang tidak layak. Cuba lihat sendiri kelakuan mereka. mencaci-maki sesama islam, mengkafirkan sesama islam. Inikah islam ajar? Adakah islam mengajar supaya umatnya mengkafirkan orang islam lain bila tidak mahu mengikut kumpulan mereka? Adakah islam ajar supaya umat mengkafirkan orang islam lain yang bekerjasama dengan orang kafir walhal orang kafir itu tidak langsung berniat untuk menentang mahu pun menjatuhkan islam? Kalau penulis tak salah, nabi sendiri pun ada bekerjasama dengan orang kafir dengan syarat, si kafir itu tidak ada niat untuk menjatuhkan atau menentang agama islam. Agama kamu, agama kamu, agamaku agamaku. Tapi lihat, Pas bekerjasama dengan kafir yang ingin memusnahkan islam. Pas juga suka menggunakan ayat quran untuk kepentingan mereka.
- Jadi pada pendapat hang, adakah Umno layak melaksanakan hudud?
- Penulis menjawab: Umno kurang layak lagi. mereka harus lebih mendalami lagi undang-undang hudud. Perlu kita ingat, hudud adalah sesuatu yang amat cantik dan indah. Dalam pembacaan penulis, tidak ada satu pun undang-undang islam yang menginiaya orang bukan islam. Undang-undang yang didatangkan dalam islam amat-amat cantik, indah, adil dan saksama. Cuma puak-puak islam yang berfikiran sempit sahaja yang telah mencalarkan imej islam ini. Kalau Umno hendak melaksanakan undang-undang yang cantik ini, harus belajar lebih banyak lagi tentangnya, harus mencari pelaksana yang boleh adil dan saksama, penerangan yang panjang harus diberikan kepada yang bukan islam tentang hudud ini, harus menerima seadanya jika ahli Umno itu sendiri yang dikenakan undang-undang tersebut. Tapi, yang paling penting, penerangan kepada yang bukan islam tentang hudud ini. perlu diingat, undang-undang islam sangat cantik, indah, adil dan saksama.
- hang selalu membela islam. Tak terfikir nak masuk islam?
- Penulis menjawab: Tidak terfikir sampai ke situ. Penulis berkata berdasarkan fakta dan apa yang penulis baca dan kaji tentang islam.
- Kenapa asyik cerita tentang islam saja?
- Penulis menjawab: Islam adalah agama rasmi negara. Agama lain juga baik. mana ada agama yang suruh penganutnya melakukan kejahatan? kecuali ajaran sesat.
Sekian.
0 ulasan:
Catat Ulasan