Sebelum pilihanraya 12, blog ni pembangkang saja yang pakai. BN dok tongong lagi pasai tak reti satu apa pun bab-bab blog ni. Depa dok banggalah dok pakai media tradisional macam tv dan radio. Awat yang jadi macam tu pun tak tau. Mungkin berada di zon selesa.
Lepaih tu ada pulak orang BN kata pemblog ni goblok. Ha, dia pun jatuh pasai kalah undi padan muka. Lepaih pilihanraya, baru depa tau, depa kalah pasai banyak orang pusing pi kat blog.
Ha, lepas tu, blog pun tumbuhlah macam cendawan lepas hujan. macam-macam. Sampai tak larat nak pi tengok dah. Penulis berbelog ni kalau tak salah start tahun 2005. Ni semua gara-gara dengak rancangan radio1.com. masa tu dok kat Jaring. Lepaih tu, jaring nak tutup blog dia tak hantaq notice, habis harta pusaka penulis hilang. Lepas tulah yang pindah mai kat belog spot ni.
Bila dah banyak blog ni, ha, ada pulak satu fenomena. Fenomena dia, melepaskan komen tanpa tapisan. Kononnya kalau tak buat gitu, satni orang kata, tak demokrasi. Demokrasi kepala hotak dia, demokrasi. Apabila segala komen dilepas bebas, maka timbullah pengomen anounymous. Banyak yang penulis jumpa gitu. Dia tak berani bubuh nama, so, dia pakai tanpa nama.
La ni, sikit-sikit blog, sikit-sikit blog. macam-macam blog ada. hackers blog pun ada sebenarnya. Itu yang bahaya tu.
20 ulasan:
Saudara,
Saya mula menulis blog tahun 2004.tapi masa tu tak menulis blog politik.mungkin sekarang ni blog makin banyak kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat tentang sesuatu isu. Ada pro dan kontra dalam setiap isu. Yang baiknya bila dibincang secara hikmah. Yang tak bestnya bila ada sesetengah yang gemar menghentam sahaja.
YE LAH BRO...KAWAN PUN BEGITU JUGAK..SELEPAS PILIHANRAYA DOK BANYAK BUKAK BLOGG NAK LIHAT PERKEMBANGAN SEMASA.
EMMM YANG SEDIHNYA BANYAK SANGAT BLOGG PAKATAN YANG SENTIASA MENYEBARKAN FITNAH.
JADI KAWAN RASA KAWAN PATUT BUAT SATU BLOGG BAGI MELUAHKAN APA YANG KAWAN RASA PERLU.
KAWAN RASA PADA TAHAP INI BLOGGER PAKATAN RAKYAT SUDAH TAKUT DAN KURANG DIMINATI OLEH RAKYAT.
DAN KITA BPN HARUS BERJUANG DALAM MEMERTABATKAN AGAMA ISLAM, MEMPERTAHANKAN TANAH MELAYU DAN JUGA BERJUANG HAK KITA ORANG MELAYU. TAMPA MENGIRA PARTI MANA SEKALIPUN.
Salam sdr.
anounymous ni memang manusia yang tidak ada teloq. Tidak boleh pakai dan tidak patut dilayan pun.
Salam sejahtera..
Mungkin timbul kesedaran yang blog ini sebenarnya memainkan peranan yang penting untuk penyebaran maklumat secara cepat, tidak kiralah apa jua isi kandungannya. Mungkin Pro-PR sebelum ini ( semasa Pru-ke12 ) dilihat begitu selesa menghentam kerajaan melalui blog-blog mereka, tetapi sekarang mereka kena fikir dua kali..sekurang-kurangnya mereka tidak bebas sekarang kerana sudah ada blog-blog baru yang sudah mula " mencuit " mereka..mungkin ini satu perkembangan yang sihat dan diharapkan pihak kerajaan lebih mendekati blog2 ini agar segala apa yang hendak disampaikan ditapis terlebih dahulu..maksud saya mereka perlu lebih kerap memantau blog2 yang melampau..
Salam perjuangan
nizar cakap dia hanya keluar dari mekah ke madinah sajeerr iaitu hijarah. lepas ni nak balik... masuk rumah mb tu balik lah.
berapa banyak patung dan boneka dah yang nizar runtuhkan atas semangat hijarah. ngoh dan ngeeek... berapa orang dah masuk islam?
macam nabi lah pulak nizar ni... berhijrah keluar rumah mb!
sebenarnya mountdweller, kalau kita berbeza pendapat pun, kalau kita ke blog orang, biar kita letak i d kita untuk komen. janganlah komen berapi-api tapi letak anoun. lepas tu orang tak siar, dia kata, tak demokrasi.
Ada juga orang tak siar komen saya di blog mereka. Tak apalah itu hak mereka. Kita jangan marah.
Hmm, tak taulah OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) oi? Kalau dah taksub sangat, tak dapat nak nolong.
Sejahtera Bro,
Man setuju benar cakap GOMO tu... Man pun mula ngan blog bila nampak terlalu banyak AUTA dari FAKTA... sebagi rakyat Malaysia dah menjadi tanggungjawab Man untuk perbetulkan apa yang kita katakan HAK bukan AUTA.....
salam?
singgah sebentar cuma nak memuji dari hati mawar yang wangi..comel nya banner kamu..sejuk mata ku memandang, mcm nak cubit jak kucing tu. uh uh
Ya betul tu sumandak bayu. Mari kita bongkarkan segala kemungkaran.
Oh gitukah? Yalah, saya pun, tak minat nak masuk bab politik ni. Tapi lepas pru12, tiba-tiba hati ni rasa tak sedap dengan apa yang berlaku. jadi main bidang terjun sajalah.
Blog PR memang suka main hentam saja.
Aha Gomo, betul tu. orang melayu jangan lupa ini tanah melayu. Tapi saya cina dan saya faham sejarah.
Ya Taminsari. Dulu Pro pembangkang main hentam kromo saja. maklumlah masa tu, BN berada di zon selesa. Tapi itulah, perancangan tuhan kan, tiba-tiba mereka dah gelabah.
Aha cik Mawar, saya memang suka kucing. Umur encik berapa? Umur saya 34 tahun.
salam lagi kembali?
apa kan bah ko ni kejap ko panggil aku cik kejap encik? nah bah kan ko ni, biar pun aku baru setahun ubi tidak mcm cendawan berblog, tapi umur ku bolehlah dikatakan muda lagi dari dirimu wahai sedingin salju.
kenapa selama ini aku mengambarkan dirimu seorang mawar seperti ku rupa2nya ko adalah bro@ abg dalam bahasa prancis.(bahasa ibunda jiranku)
Tapi tidak lah mengapa kerana aku tau ko pejuang bangsa yang setia pada Raja dan negara.
Aku pun minat kucing juga tapi, arakian aku suka mencubit muka kucing d umah ku kerana kucing kami sudah berusia. he he (gurau2 bah)
selamat berjuang.
haha cik mawar, cik orang Sabahkah? Patutlah. kerja mana sekarang?
betul bn guna menggunakan blog sebagai medium penyampai kepada rakyat..humm nak tanya sikit, ini catatan sebenar saudara ke?
kerana gaya penulisan yang berlainan?
ya YB Raz Gothic, saya yang tuliskannya.
salam lagi?
ada rupanya lagi soalanmu wahai sedingin salju untuk diriku yang wangi ini...
usahlakan di tanya dimana aku karaja. aku sepertimu jua berjuang di alam maya. salam
Oh, tak boleh tanyakah encik? Wah ada skype kah?
Catat Ulasan