Jumaat, Februari 06, 2009

Celoteh pagi

Mula-mula kata, melompat parti tu bagus.  maka masuklah cerita bab Nabi dan sebagainya.  Tetapi, bila melompat keluar dari mereka, dituduh pula pengkhianat.  Ni apa hal.  kalau begitu, orang lain semua salah, dia saja yang betul.  kenapa tidak kata ini macam?  “Semua ni ujian Allah, mungkin ada hikmah di sebalik ujian dari Allah ini.”  “Itu hak mereka nak melompat.”  “negara kita ni, negara demokrasi.”  mengapa tidak melontarkan kata-kata seumpama ini?  kenapakah mesti melemparkan pelbagai tuduhan jika sesuatu keadaan itu tidak menyebelahi mereka?

 

jadi nampak terang dan nyata walau pun penulis ni buta, mereka ni, betul-betul gila kuasa.  Gila kuasa sampai sanggup menukar prinsip perjuangan.  Gila kuasa sampai sanggup menderhaka pada Sultan.

 

Ingat, kalau kamu tak ingat pada tuhan, tuhan juga takkan ingat pada kamu.  Terimalah ujian tuhan ini.  Tuhan amat sayang pada umatnya.

 

kepada kerajaan baru, setinggi tahniah diucapkan.  Ingat, jangan buat seperti apa yang telah Pr lakukan.  Dan, tolonglah kembalikan hak kepada yang berhak.  jangan menzalimi orang.  Kalau hampa zalimi orang, tunggulah balasan dari tuhan.  Buatlah seadil yang boleh.  Tuhan akan sentiasa bersama kamu semua.

 

melayu dijajah 500 tahun lebih saja.  Ini nak bagi hak melayu pada orang 999 tahun pulak.  Apa punya bengap ni?  Tuhan beri akal, kenapakah tidak pakai akal?

 

Penulis ingin bertanya, salahkah melayu punya tanahair sendiri?  Kenapa orang lain punya tanahairnya sendiri, melayu tidak boleh?  Apa salah mereka?  Cukuplah dengan merampas Singapura dari orang melayu.  Jangan cuba merampas Malaysia pula.

 

Adakah selama ini orang melayu meminggirkan kaum lain?  Ada?  mana buktinya?  Orang melayu bukan meminggirkan kaum lain, tapi orang melayu sendiri yang terpinggir.  Ya betul ada beberapa perkara kecil yang mereka ini terasa dipinggir atau dizalimi.  Tetapi, adakah perbincangan dibuat untuk mengatasi semua hal yang mereka rasa tidak adil ini?  Sudah tentu ada bukan?  Tetapi pihak-pihak tertentu sengaja mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan demi kerana politik sempit mereka.

 

Cuba kita lihat, bagaimana bertolak ansurnya melayu.  Sekarang, di mana ada SRJKC dan SRJKT di dalam dunia?  jawapannya, di Malaysia sahaja.  hatta Singapura yang disanjung dan dipuja itu pun, tiada ini semua.  Sekolah mereka hanya satu.

 

Di mana ada pelbagai sistem pelajaran di dunia?  jawapannya, malaysia.  Ini kerana betapa bertolak ansurnya orang melayu di malaysia.  Ada banyak lagi, tapi penulis tak larat nak tulis.  Dan oleh kerana terlampau bertolak ansurnya melayu, sampai melayu sendiri yang terpinggir ke belakang.

 

Ada yang mengatakan penulis tidak membela bangsa sendiri.  penulis selalu membela Umno.  Kenapa penulis perlu membela Umno?  kerana Umno membawa kemerdekaan kepada malaysia.  Umno yang menyatupadukan semua kaum.  Dan kerana terlalu bertolak ansur, sampai melayu terkebelakang.

 

Siapa tak sayang bangsa encik?  Cuma, penulis amat tak suka orang yang buta sejarah.  Apa yang penulis tulis di atas, berdasarkan sejarah.  Apabila kita tidak mahu mengenal atau belajar sejarah, rosak kita.

6 ulasan:

amirul berkata...

Salam sejahtera encik?
Tima kasih keprihatinan anda dlm membela nasib melayu di Malaysia... Kita sbg rakyat Malaysia, harus kukuhkan perpaduan demi negara... bukan asyik berpolitik... bosan!

Panglima Perang Cyber berkata...

Kita kena pertahankan Raja tidak kira warna kulit dan bangsa atau agama..

Daulat Tuanku !!!

bungaraya berkata...

Saya nak ucap tahniah keran penulisan anda menyatakan bahawa kita serupa. Kesedaran anda tentang komitednya kita akan perjuangan bangsa sangat kejab sekali. Lalu segala bulu-buluan ditubuhku bangkit membara. Ayuh kita bermati-matian perjuangkan semula kelangsungan kehidupan selesa bangsa sejak telah lama berkubur dik pejajah laknat suatu ketika 500 tahun lamanya.

Tai berkata...

Apa nak buat encik, depa nak sangat. Kalau cara elok, ok lah. Ni aiyo.

Tai berkata...

Ha, betoi sungguh tu encik.

Tai berkata...

Ya, terima kasih. Kita bercakap berpandukan sejarah.





Arkit blog