Ya, hari ini, hari Isnin bersamaan 9TH Febuari. Dan hari ini juga merupakan perayaan Chap Go meh. Apabila tibanya perayaan Chap Go meh ini, ia menandakan perayaan tahun baru cina kini telah sampai ke penghujungnya. Pada hari ini, muda-mudi cina akan mengadakan upacara membuang yakni membaling buah limau ke laut dengan harapan akan mendapat jodoh dan pasangan yang baik. Haha, tapi penulis tak pernah buatlah. Jodoh pertemuan, di tangan tuhan.
Tahun baru cina disambut 15 hari tiap tahun. perayaan tahun baru cina ni rupanya, perayaan merayakan musim bunga. Dulu penulis tak tau o. Ni sejak beberapa tahun ni saja baru tau al-kisahnya.
Kini segalanya telah berakhir. Perayaan tahun lembu telah sampai ke penghujungnya. Kita akan berjumpa lagi di perayaan tahun harimau pada tahun 2010 nanti.
Sekian.
14 ulasan:
takde angpau ke uncle
Assalamualaikum Sedingin Salju,
Mak Cik suka tengok kucing kucing dalam blog ini. Adakah ini kucing kucing peliharaan kamu atau diambil gambar dari internet sahaja??
Ya, Chap Go Meh..another year gone by. How time flies.
ayoyo encik terima kasihlah kerana hang linkkan blog saya kat blog awak..
gong xi fa cai lah kat hang.
Salam sejahtera,
Selamat Hari ChapGoMeh buat semua kaum cina di malaysia ini.
Tulus ikhlas dari BPN dan semua ahli.
Kepada YB Raz Gothic, orang tak kahwin, tak boleh bagi YB.
Saudara,
Doa orang Pakatan yang nak sangat pilihanraya kecil di Perak telah dimakbulkan.
Encik? Ya jodoh, ajal dan pertemuan tuhan yg tentukan... namun kita sebagai rakyat malaysia berbilang bangsa perlu menghormati satu sama lain... semoga GONG XI FA CAI tahun ini memberi seribu makna dan harapan baru buat saudara...
ya, di Perak dan kedah. Inikah yang islam ajar? Betul-betul gila kuasa.
Ya amirul, itulah yang diharapkan.
Encik ... cadang nak mintak ang pau kat hang ... nasib baik hang tak kawen lagi.. apa kata tahun nih hang kawin.. tahun depan buleh kasi ang pau kat kitorang..
God Bless You ..
Salam sejahtera..
"Chap Go Meh" buat Sedingin Salju dan semua kaum Cina di Malaysia.
Ada yang dah suka dengan kucing-kucing saudara dalam blog ini..ha..ha..ha.
Salam perjuangan
Aha Taminsari, ada yang berkenankah? Saya memang suka kucing. Dulu saya ada seekor kucing yang kalau saya terjaga saja di waktu pagi, mesti ada dekat kaki saya. Dia manja sesangat. Ekornya tu, sentiasa bergulung.
Aha melayuangkat ni kucing yang diambik dari tenet. Saya memang suka kucing. Kucing manja.
Aha Mastika, nak cari pompuan bukan macam beli sayok oi haha. Susah sikit lagi-lagi dengan keadaan yang takdak kerja, dengan oku penglihatannya. Eh bukan merendah diri ha encik? Tapi, itulah kenyataan encik.
Catat Ulasan