Selasa, Februari 24, 2009

Guru yang kurang ajar, atau anak murid yang kurang ajar?

Masa zaman persekolahan Ss, kami begitu menghormati guru.  Guru ibarat satu cahaya lilin buat kami.  Pada masa itu, kalau kena marah atau denda dengan guru, tak berani nak beritahu keluarga bila balik.  Kalau keluarga dapat tahu, hmm, siaplah.

 

Di waktu itu, kami amat menghormati guru.  kami tidak berani melawan cakap guru.  perintah guru adalah mutlak bagi kami.  Tidak boleh dibantah.  Sehingga sekarang, kalau berjumpa dengan guru, pasti kami akan menghormati dan memanggil cikgu padanya.

 

Itu, cerita masa persekolahan Ss dan rakan Ss.  Bagaimana sekarang?  Adakah ianya berbeza dari dahulu?

 

Sekarang, murid-murid menjadi raja.  Guru langsung tak boleh nak tegur anak muridnya.  Apatah lagi jika mendendanya.  Nanti siaplah, si ibubapa akan datang menyerang tanpa usul-periksa.  Sementara anak murid ini, mungkin akan bertindak ke atas guru mereka seperti memecahkan cermin kereta, memancitkan tayar kereta guru atau membawa geng-geng mereka menyerang guru.

 

Bolehlah disimpulkan, ibubapa juga menyumbang kepada masalah murid yang langsung tidak menghormati guru sekarang.  Guru marah sikit, guru tegur sikit, apabila diberitahu kepada ibubapa mereka, wah, ibubapa mereka akan datang menyerang guru tersebut.  Ibubapa itu akan kata, anak mereka baik dan tak jahat.  Ss sendiri pun rasa hairan dengan tabiat ibubapa sekarang yang mempercayai cakap anak-anak mereka bulat-bulat tanpa menjalankan siasatan segala laporan dari anak-anak mereka itu.  Ss berani berkata, masalah sosial remaja juga, puncanya dari sikap ibubapa itu sendiri yang terlampau mempercayai anak-anak mereka.

 

Anak-anak sekarang, telah sangat-sangat dimanjakan oleh ibu dan bapa mereka.  mereka diberi segala keperluan duniawi.  Contoh telefon, duit dan segala macam barang yang lain.  Mereka ini lebih sibuk mencari duit dengan alasan, untuk anak-anak mereka.  Keperluan duniawi diberi, tetapi kasih-sayang, langsung tiada.

 

Dan, apabila guru-guru memarahi anak-anak mereka, mereka akan marah atau pun kadang-kadang, sanggup membawa kes ke mahkamah untuk membela anak mereka yang kononnya bersikap baik dan berbudi-bahasa.

 

Tidak menghairankan apabila ada suara-suara berkata, guru sekarang, tidak akan memperdulikan anak muridnya yang malas atau tidak mahu mengikut perintah.  Buat apa nak ambik berat?  Buat apa nak peduli kalau segala penat-lelah tidak dihargai oleh si ibubapa?  Kalau Ss di pihak guru pun, Ss biarkan saja.

 

Adakah guru yang kurang ajar, atau murid yang kurang ajar?

15 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

SALAM...
PENDAPAT KAWAN MENGATAKAN MURID YANG KURANG AJAR.

MURID SEKARANG INI SERING BIADAP DAN TIDAK MENGHORMATI GURU YANG ADA.

INI TIDAK DAPAT DIELAKKAN KERANA PEREDARAN ZAMAN.
NAMUN BAGI KAWAN APA YANG PERLU GURU SEKARANG HARUS BERJUANG DALAM MENYAMPAIKAN ILMU PADA MURID YANG ADA.

KERAJAAN PULA KHUSUSNYA KEMENTERIAN PENDIDIKAN HARUS MENGGUNAKAN RUANG YANG ADA BAGI MENYAMPAIKAN CERAMAH ATAU KELAS MOTIVASI KEPADA PARA PELAJAR BAGI MENDIDIK PERASAAN HORMAT PADA GURU DAN ORANG TUA.

Mata Hati Jiwa berkata...

Pada hari Ahad lepas telah diadakan mesyuarat PIBG, pendek cerita pada sesi soal jawab ibu bapa dan guru.. Muncul seorang Bapa yang mengakui arif tentang undang2 dan pekeliling serta peruntukkan untuk mendenda murid, dengan penuh kebiadapan dia telah mengherdik guru2 bahawa telah mendenda anaknya dengan keterlaluan serta tidak peri kemanusiaan, serta menyatakan guru2telah memboikot anak-anak beliau, yang amat mengahairankan salah seorang anaknya telah dilantik penolong ketua pengawas perpustakaan pada Januari lepas..

Dimana logiknya dakwaan si Bapa tadi? Pernah juga sebelum ini dia menyerang guru dengan kata-kata kesat kerana mendenda anaknya yang agak nakal di sekolah, akibatnya ramai guru tidak mahu mendenda anaknya lagi, tetapi si Bapa datang pula berjumpa dengan pihak pengurusan mengadu domba anaknya tidak diberi perhatian..

Maka berlakulah keadaan telan mati mak, luah mati bapak. Bagi sya guru mendenda tanda sayang demi untuk membaiki sikap murid, tapi kuasa guru kini yang disentap atas dasar hukuman dianggap kekerasan maka berlakulah Ibu Bapa yang kurang akalnya "mengizinkan" apa saja dilakukan oleh anaknya.

Mulalah tanggapan golongan kurang akal ini mengatakan Guru kurang ajar..walhal anak mereka yang didik oleh mereka sendiri menjadi kurang ajar..

Wahai Ibu Bapa sekalian berilah ruang untuk guru mendidik anak-anak anda lihatlah dengan mata hati dan jiwa...

amirul berkata...

salam sejahtera sedingin salju,
sesekali release tension... anda ditag oleh saya... tolong jawab no?

r.k berkata...

cube bayangkan xde orang yang nak jadi cekgu lagi~

hmm~~


cube bayang pulak sume org nak jadi cekgu~ keje yang senang, xya susa2 pk pasal murid~

due-due kearah kemusnahan~

hmm~~

KHAIRUL NAZRI berkata...

Salam Ziarah,

1. Secara peribadi saya berpendapat dalam isu ini ibubapa harus melihat dari sudut guru begitu juga halnya guru harus melihat isu ini dari sudut ibubapa.

2. Seperti yang tuan tulis pada zaman persekolahan kita dahulu, saya bersetuju bahawa kita amat hormat tetapi sebenarnya kita berasa takut terutama selepas kita didapati melakukan kesalahan oleh guru dan dihukum tetapi tidak memaklumkan kepada ibubapa kita malah kita akan dihukum sekali lagi oleh ibubapa pula.

3. Pada fikiran saya, untuk menjadi guru yang baik dan hampir sempurna harus ada jiwa pendidik. Kita amat jelas bahawa anak-naka kita dihantar ke sekolah untuk menimba ilmu dan sebagai guru yang ada jiwa pendidik harus bersedia dan melihat kehadapan akan segala kemungkinan-kemungkinan yang berlaku di sepanjang pendidikan ini berlaku.

4. Sebagai ibubapa juga harus bersedia untuk melatih anak-anak bukan setakat menghormati guru malah setiap undang-undang dan peraturan samada di sekolah mahupun diluar sekolah. Namun begitu kepatuhan ini harus menjadi amalan kepada ibubapa setiap masa barulah ia berkesan kepada anak-anak.

Walau bagaimanapun, saya percaya kepada niat yang baik akan menghasilkan keputusan yang baik juga. Insyaallah.

singamaraja berkata...

Auuum!

Jika manusia guru dan anak murid lumpuh akidah maka kedua-duanya kurang ajar Pak

PUTERI berkata...

Dulu soalan ini senang di jawab, tetapi sekarang mengapa susah nak jawab ye...

Tai berkata...

Ok aku cubalah kalau ada masa.

Tai berkata...

Itulah RK, susah.

Tai berkata...

Yang tu, Ss tak taulah no?

Tai berkata...

Ya Gomo, Ss setuju jugak dengan pendapat hang. Bagoih.

Tanpa Nama berkata...

Memang... Sebab itulah ibu bapa jangan manja sangat dengan anaknya. Ha, semua cakap anak dipercayai seratus peratus puula. Guru marah, mesti ada sebabnya. Kalau tak ada sebab musabab, tak akan sampai begitu.

Unknown berkata...

ass.
salam kenal
dunianya memang sudah gila.....
anak zaman sekarang kelihatannya sudah tidak kemasukan nilai-nilai moral yang mulia.
kadang gurunya juga ikut-ikutan sama kurang ajarnya.
saya sendiri merasakan hal itu

Tai berkata...

Mana kita dulu, mana berani complaint kat ibubapa bila kena denda dengan guru?

Tai berkata...

ACTUALIZATION OF FITRAH, kamu ini dari Indon ya?

Entahlah, anak-anak sekarang ini.





Arkit blog