Jumaat, Februari 06, 2009

Jangan Bersedih - Bersabarlah, kerana sabar menjadi anda terpuji.

Assalamualaikum...

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu 'anhu:

"Jalan keluar dan kelapangan hati itu ada dalam keyakinan dan
keredhaan hati. Sedangkan keresahan

dan kesedihan itu ada dalam keraguan dan ketidaksukaan"

Dia juga pernah mengatakan: "Orang yang banyak bersabar akan
memperoleh yang terbaik"

Aban bin Taghlab mengatakan:

"Saya pernah mendengar seorang Arab Badui berkata "Sikap yang paling
baik dari seseorang akan muncul

ketika ia ditimpa musibah, kerana ia akan menjadikan sabar sebagai
senjata menghadapi musibah tersebut

dan akan memberikanya inspirasi untuk selalu berharap agar musibah itu
segera berakhir. Dan kerana

kesabarannya, ia seperti melihat jalan keluar, dan pertolongan itu
berada di depan matanya kerana

tawakkalnya dan prasangka baiknya kepada Allah. Ketika orang telah
sampai pada tingkatan ini, Allah

pasti akan memberikan semua yang diinginkannya, akan menghilangkan
semua yang menyukarkannya,

dan akan mengabulkan semua permintaannya. Dan dia selamat bersama
agama, kehormatan dan keperibadiannya"

Al-Ashma'i meriwayatkan dari seorang Arab Badui yang mengatakan:

"Takutlah terhadap keburukan yang muncul dari tempat yang baik, dan
berharaplah kebaikan dari tempat

yang buruk. Sebab boleh jadi kehidupan itu ada kerana adanya
permintaan untuk mati, dan boleh jadi

kematian itu terjadi kerana adanya harapan untuk tetap hidup. Dan
tidak jarang rasa nyaman itu datang

dari rasa takut"

Apabila pertolongan Allah

mengerlingkan perhatiannya kepadamu

maka tenanglah kerana semua kejadian

akan berlangsung aman bagimu

Qithri bin Fuja'ah telah mengatakan:

Jangan sekali-kali

seseorang menjadi pengecut pada hari peperangan

kerana takut mati.

Sesungguhnya

aku pernah menangkis tusukan tombak

dari arah kanan dan adakalanya dari arah kiri.

Aku berlumuran darah

hingga darahku membasahi pelana kenderaanku.

Kemudian aku pulang

dengan beroleh kemenangan dan bukan kekalahan

berkat kewaspadaan

dan keberanianku di medan pertempuran.

Seorang yang bijaksana mengatakan:

"Orang yang beraqal bersabar manakala musibah menimpa dirinya, kerana
dua alasan:

1. Ia boleh gembira kerana masih ada sesuatu untuknya.

2. Kerana ia masih dapat mengharapkan jalan keluar dari apa yang menimpanya.

Sebaliknya, orang yang bodoh akan ketakutan menghadapi ujian yang
menimpanya, kerana

dua alasan pula:

1. Membesar-besarkan musibah yang menimpa dirinya.

2. Ketakutannya akan sesuatu musibah yang lebih besar daripada yang
menimpa dirinya.

Sebagaimana disebutkan di atas, ujian itu adalah program latihan dari
Allah yang ditetapkan

kepada makhlukNya, dan latihan Allah kepada mereka untuk membukakan
hati, pendengaran

dan penglihatan.

Al-Hassan bin Sahl menggambarkan ujian itu sebagai berikut:

"Dalam ujian itu ada penghapusan dosa, ada peringatan agar tidak
lalai, ada tawaran untuk mendapatkan

pahala dengan cara bersabar, dan mengingat akan nikmat, dan ada
harapan untuk mendapatkan ganjaran.

Dalam pandangan Allah dan qadha'Nya semuanya adalah baik"

Orang yang lebih memilih mati hanya kerana ia ingin berzikir, tetapi sebaliknya:

"Orang-orang yang berkata kepada saudara-saudara mereka dan mereka
tidak turut pergi berperang:

"Seandainya mereka (orang-orang beriman) mengikuti kita, tentulah
mereka tidak terbunuh" Katakanlah

(kepada mereka): Tolaklah kematian dari diri kalian jika kalian
orang-orang yang benar" Ali-'Imran:168

Petikan dari Buku Jangan bersedih -Don't Be Sad (setelah kesulitan
pasti ada kemudahan)

Karangan: Dr 'Aidh bin Abullah Al-Qarni, Perterjemah: Noraine Abu.

2 ulasan:

Mohammad Roslan berkata...

Sungguh indah coretan tasauf..Sedingin Salju..amat bersesuain untuk orang politik yang gagal dalam usaha nak berkuasa.Sesuai untuk di praktikan peniaga-peniaga yang akan hadapi krisis ekonomi dunia pada pertengahan bulan Jun ini.....

P/s:amat kagum dengan penulis yang sban hari mempraktikannya dalam kehidupan sehari..

Tai berkata...

Tapi ada orang, dia tak sabar, main redah. Sultan pun nak menderhaka. Inilah dia si tanggang moden.





Arkit blog