Sabtu, Februari 28, 2009

Kisah HP

Selamat malam.  Ss datang lagi setelah dua hari tak menulis.  Artikal copy paste saja dihantar pada masa tu.  haha.

 

Ok, Ss adalah cerita pasal telefon tangan ni.  Pada hari Khamis yang baru lalu, rakan Ss telah memperkenalkan suatu software HP untuk Ss install ke HP Ss.  nama software itu ialah F-explorer.  Maka, Ss pun installlah software itu.  Selepas itu, Ss pun dapatlah brouse segala macam barang dalam telefon tersebut.  maka, Ss pun delete lah satu folder kat dalam telefon tu yang bernama Mail.  Selepas delete, Ss pun tutuplah telefon tu sebab, belum sampai lagi masa untuk mengoperasikan telefon tersebut.  Ss hanya buka telefon tu bermula jam 7:00 malam hingga 10:00 malam sahaja untuk sms.

 

Apabila telah sampai masanya, Ss pun startlah telefon itu.  Seperti biasa, Ss pun tunggulah untuk telefon tu start.  Tunggu punya tunggu, tiba-tiba keluar satu dialog.  “Failed to start phone.”  “Please contact retailor.”

 

Alamak!  Wah, ini sudah kes besar ni.  Telefon dah tak boleh start.  Beberapa kali Ss cuba restart telefon tersebut.  Tetapi, tetap keluar error yang sama.

 

Walau pun telefon tak boleh start, tetapi software Talx masih lagi boleh bercakap.  Tak seperti komputer, kalau windows tak boleh start, habis ceritalah.  Jadi, sebab itulah Ss tahu error yang keluar tu.

 

Ss pun menghubungi rakan Ss iaitu Barnabas untuk menceritakan hal ini.  Beliau berjanji akan cuba menyelesaikan masalah ni.  Ss juga menghubungi Silatulrahim untuk bertanya cara bagaimana nak reformat telefon tangan ni.  Rahim memberikan langkah-langkahnya.  Kemudian Ss juga bertanya pada rakan sorang lagi iaitu Lim Yewyi tentang perkara yang sama.

 

Pada lebih kurang jam 12:30 tengahmalam, Ss menghubungi Barnabas.  Barnabas telah memberitahu Ss cara untuk memformat telefon.  Selepas mengikut cara yang Barnabas bagi, akhirnya Ss berjaya memformat telefon Ss.  Wah, dah selesai satu masalah.  Tak payahlah lagi menghantarnya ke kedai untuk reformat.  Jadi, jimatlah duit.  Kini, masalah pertama dah selesai.  Sekarang ialah masalah nak memasukkan Talx ke telefon ni.  Itu masalah kecik sahaja.

 

Pada petang Jumaat, dengan menggunakan software Nokia PC Sweet dan kabel USB Ss telah memasukkan Semua software Talx ke kad memory.  Apabila selesai, dengan bantuan anak saudara Ss, Ss telah berjaya menginstall semula Talx itu.  Selepas itu, terpaksalah pulak atur kesemua setting dalam telefon itu.

 

Ha, itulah cerita pasal hp Ss yang terpaksa diformat semula.

8 ulasan:

Cheguman berkata...

Wah, semua buat sendiri... Kalau saya... terus ke kedai. Selagi belum tiba di kedai, moyok sehari suntuk. Nak kena berguru dengan SS la...

MAWAR BERDURI berkata...

salam? cian nya awak!

tapi tak pa format pun yang penting masi buli guna uh uh

CaBaiKeRinG berkata...

hahahaha... macam ini pun boleh jadi satu cerita kan???

Tai berkata...

Ha itulah dia.

Tai berkata...

Eh, boleh saja. Blog ni kan macam rojak? Macam-macam ada.

blogresipi.com berkata...

Saudara SS,

Saya kalau handfon buat hal, terus jadi pening. Kalau ada adik-adik boleh juga mereka tolong tengok apa masalahnya. Kalau nak harapkan saya terpaksalah hantar kedai.

Tai berkata...

Kunang-kunang, eloknya, belajar selesaikan masalah hp ni. Benda kecik saja. Tidak payah berhabis duit dengan perkara yang boleh kita selesaikan tu.

Tai berkata...

Demang, kena belajar. Benda seremeh ini sebenarnya, kita boleh buat sendiri. Buat apa nak hantar kedai. Selepas reformat, cuma aturkan masa balik kemudian apa-apa software yang kita install sebelum ini, install balik saja. Bukan macam komputer kena install video card dan segala macam. Ini tak. Kacang.





Arkit blog