Sejak kebelakangan ini, PPSMI hebat diperkatakan. Ada yang membantah, ramai juga yang bersetuju dengan perlaksanaannya. Wah, amat hangat topik PPSMI ini.
Setelah meneliti dan mendengar pelbagai pandangan, sekarang ini, biarlah penulis memberikan pandangan pula.
Rupanya, di sebalik perlaksanaan PPSMI ini, ianya dapat memajukan negara kita dan bangsa melayu. Tetapi, ianya telah digembar-gemburkan kononnya akan mengenetepikan bahasa kebangsaan kita yang tercinta ini. Kalau kita teliti betul-betul, ianya tidak mengenetepikan atau mendiskriminasi bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini.
perlaksanaannya barulah menjangkau enam tahun, jadi kebaikannya masih belum dapat kelihatan lagi. mungkin ia akan ambik masa panjang untuk mencapai matlamatnya.
ya memang tepat dan benar sekali anak-anak desa amat lemah dalam matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris ni. jadi, untuk tidak melemahkan semangat mereka untuk mempelajari dua matapelajaran yang amat penting buat negara kita ini, suatu kaedah perlu difikirkan untuk mendekatkan anak-anak desa dengan kedua-dua matapelajaran ini. Pihak kementerian bolehlah membenarkan para pelajar menjawab soalan dalam peperiksaan kedua-dua matapelajaran ini dalam dua kertas iaitu sama ada bahasa inggeris atau bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini. Guru-guru yang mengajar kedua-dua matapelajaran ini haruslah terlatih dari segi bahasa inggeris mereka. Suatu kaedah juga perlu untuk menarik para pelajar ini untuk mendekati sains dan matematik dalam inggeris.
Perlu diingat, di masa hadapan, mereka para pelajar ini, dapatlah menterjemahkan buku-buku ilmiah sains dan matematik dalam bahasa inggeris ke bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini. Cuba lihat sekarang, berapa banyakkah buku-buku ilmiah sains dan matematik yang telah diterjemahkan ke bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini? Pada pendapat penulis, ianya amat sedikit.
Penulis berasa agak kecewa dengan pihak-pihak yang menentang perlaksanaan PPSMI ini. Tetapi sebaliknya, mereka membiarkan sahaja status bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini terumbang-ambing di Pulau Pinang. Apakah ini yang dinamakan perjuangan mendaulatkan bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini? Apakah dengan alasan yang digunakan mereka hendak membantah perlaksanaan PPSMI, kenapa mereka tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kerajaan Pulau Pinang yang terang-terang cuba hendak mengenepikan bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini? Mereka ini, penulis berpendapat tidak adil. kenapa mesti berat sebelah? Pejuang-pejuang ini menganggap seolah-olah Pulau Pinang ini bukan ditakbir oleh Malaysia. Kenapa mereka jadi begini?
Nasihat penulis kepada pejuang bahasa, berjuanglah dengan keikhlasan di hati, jangan jadi pejuang yang hendak mengaut keuntungan sahaja. Ingat, PPSMI baru enam tahun. Kebaikannya belum nampak.
Saya masih ingat, ada pihak yang mengatakan, kerajaan membazirkan duit rakyat kerana buat Putra Jaya. Nah sekarang, kenapa mereka begitu terhegeh-hegeh nak menawan Putra Jaya? Begitu juga dengan jambatan Pulau Pinang, kereta nasional dan banyak lagi. Wah, begitu lantang sekali mereka mengatakan itu hanyalah suatu pembaziran. nah sekarang, apa sudah berlaku?
jangan berjuang ikut emosi, buruk padahnya.
17 ulasan:
PPSMI tak akibat kita kehilangan maruah dan bahasa sprti mana yg dikecoh2 kan.
Aperrr...selama nih kita makan kat KFC kita jadi ganas cam yahudi ke? Takde lak.
PPSMI bukan masalah nyer...yg problem nyer kiter nihh yg suka kecoh2. Semua menda nak wat kecoh, tak paham BlueHope. Penin...penin!!!
ok pasal bahasa english ni ada orang mengasuk ni dari belakang tu. ada hasad dengki kepada kaum melayu supaya tidak maju kehadapan dan ketinggalan dari segi ekonomi.nak tanya pada yang membantah tu...apa akan terjadi kalau anak tak pandai dalam bahasa english.duduk dalam tempurung la jer.tegok kaum lain anak anak mereka masih kecil dah boleh bertutur dlm bahasa english lagi.
Salam Sedingin salju,
Menyokong sepenuhnya pendapat saudara. Mengulas Isu sama di 3 artikel blog saya..
Saya berpendapat guru kurang kemahiran punca besar murid-murid tidak dapat menguasai matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
http://analisisringan.blogspot.com/search/label/PPSMI
Kumbang, bagi saya, kalau ikhlas nak berjuang mendaulatkan bahasa kebangsaan negara kita yang tercinta ini, berjuanglah di Pulau Pinang terlebih dahulu.
Nak buktikan sesuatu yang baik memang ambik masa.... tapi bila kita survey budak2 skang ni hebat dalam menggunakan bahasa inggeris...
Jadi bagi la masa lagi kat PPSMI
Itulah masalahnya. Kepada para pejuang bahasa, berjuanglah untuk Pulau Pinang terlebih dahulu.
Terkilan dengan tindakan pihak tertentu yang ingin mengambil tindakan terhadap PPSMI. Pada pendapat saya PPSMI dapat memajukan lagi bangsa Melayu jika ianya diteruskan... Anak2 kecil hari ini dilihat sudah tahu berbahasa inggeris dlm science n mathematics. Andainya ia dimansuhkan, ianya menjadi kesukaran bagi anak2 kecil ini untuk mengubah istilah yg mereka guna pakai sekarang..
Sebagai salah seorang yang terlibat secara langsung dengan perlaksanaan PPSMI saya amat bersetuju dengan artikel ini.
PPSMI bukannya mengetepikan Bahasa Melayu tetapi perlaksanaannya pada awalnya agak tidak tersusun dan dilihat seolah-olah mengetepikann Bahasa Melayu..pelajar dan guru yang tidak mahir dalam BI seolah-olah di diskriminasi kerana peluang untuk mereka mengajar dan belajar dengan mudah difahami telah di datangkan dengan kesukaran..saya rasa bagi guru yang berdedikasi semua ini bukanlah halangan untuk mereka terus berkhidmat dengan cemerlang..kerna bagi guru ilmu perlu dicari dan dipelajari tetapi bagaimana dengan murid.. adakah mereka fahami niat murni ini?
Perbelanjaan untuk PPSMI bukanlah sedikit..yang menjadi masalah adalah kerana ketidak fahaman murid dalam Bahasa Inggeris disekolah dimana ia menjadi punca PPSMI dilihat gagal sekarang ini.. Jika aspek ini diberi tumpuan khusus dimana pemantapan penguasaan Bahasa Inggeris seiring dengan perlaksanaan PPSMI masalah ini tidak akan berlaku.
Kebanyakkan guru2 PPSMI bukanlah dari aliran Bahasa Inggeris dan hanya diberi kursus asas kurang dari 2 minggu untuk mengajar PPSMI menjadikan guru-guru agak terbatas untuk menghuraikan dengan lebih mendalam dalam Bahasa Inggeris..
Begitu juga dengan pelajar luar bandar malahan murid bandar juga tidak terkecuali dalam masalah proses memahami pembelajaran mereka kerana tidak mengusai Bahasa Inggeris.
Perkara utama yang dapat menghuraikan masalah ini adalah dengan memperkasakan Guru dan Murid dengan Bahasa Inggeris terlebih dahulu.. Tetapi pada masa sekarang ianya tidak berlaku dalam sistem pendidikan kita..kursus pemantapan BI untuk guru dilihat tidak begitu berkesan membantu guru menguasai BI maka Guru terkial-kial mentafsir setiap terma Sains atau Matematik ke dalam Bahasa Melayu dan berusaha mengajar dengan kaedah dwibahasa demi untuk menjalankan tanggungjawap yang dipikul dengan sehabis baik agar murid memahami segala yang dipelajari.Murid pula haruslah diberi motivasi yang berterusan agar mereka tidak bosan serta hilang minat untuk belajar hanya kerana mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru..
Jesteru itu bersamalah kita befikir bagaimana untuk menjayakan program PPSMI ini dengan jayanya bukan dengan mencari kekusutan semata-mata..
Lihatlah dengan mata hati dan jiwa
Ya betul tu. Sesuatu kejayaan harus melalui pelbagai ujian dan cabaran.
Salam Sejahtera Sedingin Salju,
Saya amat kagum dgn cara pemikiran TDM... PPSMI ini diluluskan beliau... Saya pasti beliau telah mengambilkira sebarang kemungkinan terhadap pelaksanaannya... Masa akan menentukannya... kita perlu memberi sedikit masa lagi...
Saudara Sedingin Salju,
Saya berharap pihak pembangkang tidak mempolitikkan isu PPSMI. tetapi nampaknya mereka gembira kerana isu ini menguntungkan mereka dari segi politik.
Saya berharap DS Hisham sebagai Menteri Pelajaran dapat mempercepatkan keputusan kerajaan dalam menangani isu ini.
Pendirian saya ialah kerajaan boleh mengambil dua pendekatan sebagai pilihan.
Pendekatan pertama ialah memberi kuasa kepada sekolah untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa yang mereka rasa dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Jika ada sekolah yang ingin mengajar dalam BM terpulanglah kepada sekolah berkenaan.
Pendekatan kedua ialah mewujudkan kembali Sekolah Aliran Inggeris di peringkat rendah dan menengah. Jika kita ada SJKC dan SJKT tidak salah untuk mewujudkan kembali SJK (Inggeris). Dahulu pun memang kita telah ada Convent, St Micheal dan lain-lain lagi yang ditadbir oleh missionary. Bezanya sekarang semuanya telah diambil-alih oleh kerajaan oleh itu lebih mudah untuk mewujudkan kembali sekolah-sekolah jenis kebangsaan inggeris ini. Di sekolah ini semua matapelajaran kecuali Bahasa Melayu diajar di dalam Bahasa Inggeris. Jadi jika ada ibu bapa yang berminat bolehlah menghantar anak-anak ke sekolah ini sebagai pilihan untuk meningkatkan lagi keupayaan Bahasa Inggeris anak-anak. Lagipin Tun Mahathir pernah mencadangkan diwujudkan kembali sekolah-sekolah aliran Inggeris.
Ya betul tu Amirul.
Ya setuju dengan tulisan Kunang-kunang.
PPSMI, jika baik mengapa gabungan guru-guru besar membantah, mengapa guru-guru biasa membantah, mengapa GPMS, Gapena membantah. saya tidak setuju dgn PPSMI, negara India mendaulatkan BI, sampai sekarang tak maju, yang maju negara yang guna bahasa mereka sendiri. jika rajin,ada masa sudi-sudi la masuk blog saya baca pandangan saya ttg PPSMI.
Salam sahabat...
Apa pn jika sesuatu perkara itu dibuat dgn iklas ia tetap berkekalan wpn pn ianya didesak sekali pun.
Dlm isu PPSMI jika kita berpandangan jauh, sdh tentu ia perlu dikekalkan tetapi sebaliknya ia agak menyukarkan diperingkat permulaan. Tetapi skrg menampakkan PPSMI ini baik utk pelajar2 cuma perlu perubahan dan diperkemaskan lagi mengikut peringkat kanak2 dan pelajar itu sahaja.
Asalamualaikum dan salam perjuangan...Pakmie.blogspot.com
Ya, terima kasih Pak Mie.
Satria, mereka semua membantah kerana perlaksanaan PPSMI oleh pihak kementerian, agak kelam-kabut dan kucar-kacir. Latihan yang secukupnya tidak diberi, penerangan yang lengkap juga tidak diberi. Segala permasalahan anak murid dalam soal PPSMI ini tidak ditangani secara berkesan.
Ok, kalau anda berkata guna bahasa kebangsaan untuk sains dan matematik. Sekarang saya nak tahu, siapa yang nak tolong terjemahkan buku-buku sains dan matematik yang cukup banyak itu? Takkan nak harapkan DBP? Perlu diingat, kita menghadapi kekurangan penterjemah yang berkalibar.
Dulu, saya juga kuat menentang perlaksanaan PPSMI ini kerana ianya boleh meminggirkan bahasa kebangsaan. Tetapi, setelah difikir, mahu atau tidak, kita terpaksa melaksanakannya kerana kita amat kurang bahan-bahan sains dan matematik ini dalam bahasa kebangsaan.
Apabila mereka telah melalui dasar ini, adalah diharapkan mereka akan dapat menterjemahkan buku-buku saings dan matematik ini ke bahasa kebangsaan kita.
PPSMI begitu lantang dikritik, bagaimana dengan kerajaan Pulau Pinang yang cuba mengenepikan bahasa melayu? Mana dia pejuang bahasa?
Catat Ulasan