Aha, Ss datang lagi. Datang di tengahmalam buta. Zaman la ni, takdak hantu.
Tahniah pada tok Ali dari melaka. Walau pun kena gantung, tetapi, dia tetap setia pada Umno. Itulah seorang pejuang. Bersabarlah tok Ali. Kuasa penentu bukan di tangan lembaga diseplin. Kuasa penentu, segalanya di tangan tuhan. Jika tuhan berkehendakan ianya berlaku, maka berlakulah ia. Jadi, banyakkan berdoa dan meminta petunjuk dari yang maha esa.
Ha, Ss kesian kat YDP BPN ni. Beliau cuba nak buat suatu perdebatan melalui Ym dengan bloggers PR. Tapi biasalah kan orang PR, bagi mereka, semuanya negetif. Mereka saja yang baik, alim, bijak dan segala macam yang baiklah. Bagi mereka, orang lain semuanya tak betoi. Oranglain semuanya salah dan pelbagai.
Mereka ini, terlalu taksub dengan demokrasi sebenarnya. Itulah kalau dah terlalu taksub. Demokrasi, kalau dah salahguna, habis hancur.
Aha, hari ni, Ss dan rakan Ss Barn, dibantu oleh seorang lagi rakan Yaw, telah mengkaji cara penggunaan feed burner. Idea nak explore ni timbul bila Ss nampak, feed burner ni amat bagus. kaji punya kaji, kesudahannya, tengoklah sendiri di blog Ss. Ada kan tempat untuk subscribe blog melalui feed burner? Keinginan untuk tau cara penggunaan feed burner ni timbul bila Ss ke blog Mutiara Melayu Pulau Pinang.
Wah, ada satu rancangan kat Ikim.fm tu amat menarik bagi Ss. Rancangan tu ialah rancangan Cerna Minda pada setiap Isnin jam 6:15 sampai 7:00 malam. Rancangan tu membolehkan pendengar memberikan komen dan cadangan untuk memperbaiki mutu siaran Ikim.fm. Baguslah rancangan tu sebab, dia punya boss sendiri yang akan mendengar cadangan yang akan diberikan oleh para pendengar.
Di Penang ni, Ikim.fm ni dapat didengar di suku Pulau Pinang saja. Sebab, pemancarnya tak kuat. Itulah yang susah. kat tempat Ss, dapat dengar dengan terang sebab, pemancar terletak di Bukit Genting, Balik Pulau. Sepatutnya, satu pemancar diletakkan di Bukit Penara dan dipancarkan ke keseluruhan Pulau Pinang. Ini macam, barulah ok.
Ceramah atau Syarahan Dr. Danial Zainal Abidin sangat seronok. Ss kalau ada kesempatan, pasti takkan lepaskan peluang dengar ceramah beliau sama ada di tv mahu pun radio. Begitu juga Dr Fadzilah Kamsah.
Ok, pergi dulu.
2 ulasan:
salam sedingin salju?
yes ahli umno perlu ada perjuangan yang telus dan tidak mudah goyah...mudah2an dtk ali terus berjuang.
alah? ss penyokong pembangkang yang nak berdebat guna anon2 hentam budak2 bpn memang semua pengecut. bab memaki membodoh (sebab depa memang bodoh pun,) keja mereka la.
Itulah Mawar. yang depa layan sangat tu apahal entah?
Catat Ulasan