Ahad, Mac 01, 2009

Cerita komputer pulak.

Selamat pagi.  Ss baru lepas makan nasi kandar berlaukkan ikan dan daging lembu.  Sebenarnya, Ss tak boleh nak makan daging lembu sebab alahan pada kulit.  Tapi dah bertahun-tahun tak makan, jadi sajalah cari pasal.  Bila makan daging lembu, kaki akan gatal dan kalau digaru, boleh bengkak dan berair.

 

Ok, ni nak berceritalah pulak pasal komputer ni.  Ni kena ambik tau sikit.  Tengok banyak orang tau pakai tak tau maintenance.

 

Selalunya, apabila uninstall sesuatu program, kita akan anggap ianya dah selesai selepas sesuatu program itu kita uninstall.  Sebenarnya, ianya masih belum selesai.  Ini kerana, setelah uninstall program itu, registor key pada bahagian registry tidak dibersihkan oleh windows itu sendiri.  jadi, salah satu cara untuk membersihkan key itu ialah,

  • click run dan type regedit.
  • Bila sudah keluar registry editor, click find dan tuliskan nama program yang telah kita uninstall dan enter.
  • Biarkan windows mencari key program itu.
  • Bila jumpa,delete dia.
  • Selepas itu, tekan f3 supaya windows mencari lagi.
  • Lakukan ini sehingga windows memberitahu tiada lagi key.

Sedarkah hampa semua, setiap kali kita melayari internet, windows akan mengwujudkan berpuluh .tmp file?  Ok, .tmp file ini diwujudkan supaya windows dapat menyimpan maklumat laman web yang kita layari itu.  Dan apabila kita tidak memadamkan .tmp file itu, suatu hari nanti, cakera keras kita akan dipenuhi dengan sampah-sampah ini.

 

Untuk memudahkan kerja-kerja membuangkan .tmp file ini, muat turun perisian Ccleaner.  Klik di sini untuk muat turun perisian tersebut.

 

Dan satu lagi yang akan disimpan oleh internet explorer atau brouser internet yang lain apabila kita melayari internet ialah cookies.  Cookies ini tujuannya untuk melajukan perjalanan internet apabila kita hendak melawat laman yang sama pada next time.

 

Dan, tahukah hampa semua bahawasanya cookies ini boleh menyebabkan komputer hampa semua ni diserang oleh werm atau menjadi mangsa kepada penggodam?  Cookies ini menyimpan segala makluman web yang anda layari.  Gunakan C Cleaner untuk membuang segala cookies ini.

 

Di internet brouser, cuba buka bahagian tools dan cari bahagian temporary file.  Di situ ada satu bahagian yang memberitahu, apabila anda menutup internet brouser, segala temporary file dan cookies akan dibuang secara automatik.  Tik bahagian tersebut.

 

Pernahkah anda pakai Norton windows Doctor?  Ha, ini pun satu yang bagus.  Norton Windows Doctor ini tujuannya nak memeriksa kerosakan pada file windows.  Bila anda jalankan NWD ini pilih semua automatik dan biarkan dia buat kerja itu.  kemudian, ikut arahan yang diberi.

 

Banyak orang yang hanya tahu buka dan shart-down komputer.  Buka, tulis, click dan akhir sekali shart-down.  Bila ada apa-apa masalah, jadi panik tak tentu pasal walhal barang itu boleh diatasi sendiri oleh kita.  Ada banyak perisian yang boleh membantu kita.  Cuma yang penting, lakukan pencarian di engin pencarian sahaja.  Nah, ini satu perisian untuk membersihkan registry.  klik di sini.

 

Sebenarnya, kalau kita pengguna komputer, kita harus ambik tau keseluruhan komputer.  Ss dapati, sesetengah orang, dia bukan jaga komputer pun.  Dia main on, kalau start tak elok,dia bukan nak check dah, dia terus panggil juruteknik.  Kenapa tak boleh selesai sendiri?  yang dia tau, tulis, clik laman web sana-sini.  Dia langsung tak peduli laman itu bahaya atau tidak.

 

Kami golongan oku penglihatan ni, akan selesaikan masalah komputer itu sendiri selagi windows itu boleh start.  kalau dah tak boleh start atau windows dah sakit tenat sangat, barulah hantar kedai.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wah, encik boleh makan daging lembu kah? Aku dengar orang yang beragama Buddha kebanyakannya tak makan daging lembu.

Sebut pasal komputer, encik tak introduce Apexo registry cleaner dan RevoUninstaller?

Tanpa Nama berkata...

bagus Sedingin Salju,
info yang amat berguna...

Tai berkata...

Terima kasih kumbang.

Tai berkata...

Tak payah, kita kena latih mereka supaya menggunakan engin carian tu.





Arkit blog