Inilah Ss lampirkan semula keputusan pemilihan wanita, puteri dan pemuda.
Ketua wanita Umno bagi sesi 2008/2011. Sharizat Abdul Jalil calon nombor 02 jumlah undi 507. Tahniah buat Dato Sharizat.
Ketua Puteri Umno bagi sesi 2008/2011. Rosnah Abdul Rashid Sherlin undian 245.
Ketua pemuda Umno bagi sesi 2008/2011. Khairi Jamaludin undian 304.
Tahniah Ss ucapkan kepada semua yang menang. Dan kepada yang kalah, usah gusar, usah kecewa. Inilah adat pertandingan. Sekarang, semuanya harus merapatkan barisan masing-masing. Ingat no, walau pun calon yang kita sokong itu tidak menang, tetapi kita tetap akan menang jika Umno terus menang dan unggul. Walau pun calon yang Ss sokong iaitu Dato Mukhris tidak menang, tetapi Ss menganggap, beliau juga menang. Ss yakin Dato Mukhris seorang yang matang. Beliau lebih mengutamakan perjuangan untuk membangunkan semula umno.
Apa yang perlu KJ buat ialah hapuskan terus persepsi orang terhadap anda. Buktikan, anda bukan punca kekalahan BN dan Umno. Buktikan bahawa, perjuangan anda itu ikhlas dan jujur dan bukannya dibayangi oleh pak Lah.
Kepada Kj juga, teruskan perjuangan pemuda Umno. Ajaklah rakan pemuda negara untuk menyertai Umno. Janganlah menjauhi mereka.
kepada ketua puteri yang baru pula, tahniah Ss ucapkan. Semoga puteri akan terus maju, cemerlang dan gemilang. Ajaklah seberapa ramai puteri-puteri di tanahair ini untuk menyertai Umno. Ingatlah, bangunkanlah puteri Umno.
Kepada ketua wanita yang baru Dato Sharizat, tahniah juga Ss ucapkan. Anda memang layak memegang jawatan ini. Sekarang, di tangan Datolah, corak pergerakan wanita Umno. Ajaklah seberapa ramai wanita melayu untuk menguatkan wanita Umno.
Kepada semua yang menang, kini, tibalah masanya untuk anda semua merapatkan kembali barisan ahli. Ingat, perpaduan, teras kejayaan. Apabila kita semua bersatu-padu, musuh akan takut dan gentar terhadap kita. Dan seterusnya, perjuangan yang tulus, ikhlas dan jujur, akan dibalas oleh tuhan yang maha esa. Ingatlah, turunlah ke akar umbi. Sentiasalah bergaul dengan rakyat-rakyat bawahan. Sentiasalah tinjau orang-orang miskin. mereka yang oku, ibu tunggal dan banyak lagi. Mereka semua ini, perlukan pembelaan dan bantuan daripada anda semua.
jadi, kepada siapa lagi mereka nak mengharapkan kalau tidak kepada Umno? Dan, jangan marah kalau mereka lari pada pembangkang sebab anda melupakan mereka. Mulai sekarang, rapatkanlah diri anda dengan yang di bawah. Ingatlah tiada yang di bawah, maka, tiadalah anda yang di atas.
Hidup Umno! Hidup Umno! Hidup Umno!
2 ulasan:
harapan kian pudar dengan pemilihan KJ....
Orang belum buat kerja, jangan lagi menjatuhkan hukum. Ingat, yang lalu, biarkan ia berlalu. Inilah sikap negetif kita. menjatuhkan hukum disebabkan kesilapan yang lalu.
Terkadang-kadang, orang yang kita sokong dan sanjung, akan membawa rebah. Ingat, jangan biarkan Umno itu rebah. Ss sendiri mengakui calon pilihan Ss ialah Mukhris mahathir. Tetapi, rezeki beliau. Bagi Ss yang menang, mesti diberi kerjasama. Sama ada jujur atau tidaknya pemenang itu, biarlah itu antara dia dan tuhan. Jadi adalah diharapkan saudara Khairi dapatlah menghapuskan kesemua persepsi yang beliau hadapi sekarang. Dan kepada yang kalah, berikanlah kerjasama, demi Umno dan BN.
Catat Ulasan