Isnin, Mac 09, 2009

perjuangan atau sekadar gimik politik?

Baca dia artola; do bawaj mo/

 

Artola; 1/

 

Serah memo bantah PPSMI bertukar perarakan haram


Walaupun berkali-kali polis beri amaran menegah orang ramai terbabit Perhimpunan 100,000 Rakyat bantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), tetapi perarakan menghantar memorandum ke Istana Negara tetap diadakan yang akhirnya bertukar ganas.
Beratus-ratus pembantah PPSMI merempuh sekatan polis untuk menuju ke Istana Negara memaksa polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyurai ribuan manusia yang memulakan perarakan di depan Masjid Negara, lira-kira jam 2 petang, Sabtu.
Insiden itu juga menyebabkan kesesakan teruk di ibu negara manakala perarakan itu berjaya disuraikan sebelum mereka tiba di kawasan Istana Negara.
Kira-kira 124 orang ditahan berhubung perarakan itu yang bertukar menjadi haram setelah beberapa pemimpin parti politik terutama PAS dan PKR turut serta.
Selain Ketua I Persatuan Penulis Nasional (PENA) Datuk Baha Zain dan beberapa sasterawan Melayu, pemimpin pembangkang yang kelihatan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasharuddin Mat Isa, naib presiden Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Kamaruddin Jaafar, ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar dan naib ketua Angkatan Muda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.
Polis sejak pagi sudah memulakan sekatan membabitkan beberapa lokasi di sekitar ibu negara dalam usaha mencegah orang ramai terbabit perarakan tersebut.
Perhimpunan dan perarakan iyu dianjurkan Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP).
Beratus-ratus penyokong merempuh sekatan polis bermula di Masjid Negara, yang jauhnya kira-kira satu kilometer menuju ke Istana Negara walaupun hujan renyai-renyai.
Mereka kemudian melepasi Jalan Kg. Atap menuju ke Jalan Istana tetapi ditahan di laluan pertemuan Jalan Kg. Atap-Jalan Syed Putra daripada memasuki kawasan Jalan Istana.
Sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pertemuan Jalan Syed Putra-Jalan Kg. Atap, anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Mereka bertindak merempuh pintu besar Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tidak berpuas hati dengan keputusan polis yang sebelum ini hanya membenarkan tujuh wakil GMP ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kira-kira jam 2.30 petang, hanya Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang berada di pintu masuk utama ke Istana Negara.Difahamkan beliau dan Pengerusi GMP, Datuk Dr Hassan Ahmad memasuki kawasan Istana Negara jam 2.35 petang dan menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Penolong Datuk Paduka Maharajalela Azuan Effendy Zairakithanini.
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditempatkan di kawasan Masjid Negara juga tidak mampu menahan ribuan manusia 'melepasi' garisan kawalan keselamatan.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pada awalnya kumpulan tersebut yang diketuai Datuk Hassan Ahamd, A. Samad dan Dr. Shaharil MD Zain telah bersetuju bahawa mereka tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan ataupun demonstrasi.
"Mereka telah bersetuju akan menghantar wakil ke Istana Negara selepas sembahyang Zohor tetapi apabila parti-parti politik seperti PAS dan PKR terlibat bersama, ia berubah menjadi perarakan haram.
"Kami tiada pilihan dan terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan yang mengingkari amaran polis," katanya.- 7/3/2009

Disalin dari sini.

Artikal 2.

Demonstrasi bermotif politik bukan perjuangkan bahasa


Melihat Modus Operandi perhimpunan membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di ibu negara, Sabtu pasti ada benarnya dakwaan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa insiden yang hampir cetus keganasan itu didalangi pembangkang.
Berdasarkan apa yang berlaku sehingga memaksa polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyurai perarakan kira-kira 10,000 pembantah PPSMI yang merempuh sekatan polis menuju ke Istana Negara, jelas tindak tanduk sebahagian mereka bukan berasas kepada perjuangan bahasa mahupun pendidikan.
Bagi Hishamuddin, apa yang berlaku ‘ibarat sudah terang lagi bersuluh’, dengan kehadiran pemimpin-pemimpin pembangkang terutama PAS dan PKR yang mengheret sebahagian daripada mereka terbabit demonstrasi jalanan.
Antara turut serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nasharuddin Mat Isa, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Mahfuz Omar dan Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.
Pejuang bahasa pula terdiri daripada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Datuk Dr Hassan Ahmad dan Ketua I Persatuan Penulis Nasional (PENA) Datuk Baha Zain.
Ia sekaligus mengeksploitasi pejuang bahasa yang sebelum itu memberi jaminan mengadakan perhimpunan secara aman dan hanya beberapa orang sahaja akan ke Istana Negara menyerahkan memorandum bantah PPSMI kepada Yang di Pertuan Agong.
"Saya lihat ada hikmah di sebalik apa yang berlaku semalam. Sekurang-kurangnya orang ramai dapat melihat sendiri apa yang saya sudah tahu lama, iaitu di belakang gerakan ini ada dalang-dalang yang sanggup mengeksploitasi apa juga isu, memperalatkan sesiapa sahaja demi agenda politik sempit mereka.
"Saya tidak bermaksud semua yang terlibat tetapi adakalanya mereka ini diperalatkan untuk kepentingan tertentu," katanya dalam siding media khas di kediamannya bagi mengulas itu selain kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu isu itu diselesaikan segera bagi mengelak masalah lebih besar.

Hishammuddin yang juga Ketua Pemuda UMNO melihat insiden itu berlaku kerana pertimbangan sebahagian mereka bukanlah bersandarkan perjuangan pendidikan apabila sanggup melanggar undang-undang, mengaitkan institusi istana dan mencemarkan imej masjid.
Menjelas lebih lanjut, beliau menegaskan pelaksanaan PPSMI adalah perkara dasar yang diputus serta dipersetujui Kabinet dan sebarang keputusan berhubung pelaksanaan PPSMI terletak di tangan kabinet dan bukannya kementerian itu.
“Bukan keputusan saya tetapi pada jemaah menteri. Tugas kementerian adalah meneliti, mengkaji dasar ini selepas keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Disember lalu setelah pelaksanaan PPSMI selama enam tahun.
Katanya, kementerian mendapatkan banyak pandangan melalui persidangan meja bulat dan masa dua setengah bulan bukannya jangka masa yang panjang untuk menentukan hala tuju dasar yang melibatkan jutaan pelajar, ratusan ribu guru dan puluhan ribu sekolah.
Bagaimanapun, katanya kertas Kabinet PPSMI sudah di peringkat akhir dan dijangka dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi.
Jelasnya, laporan itu terlebih dahulu akan dihantar kepada beberapa kementerian yang ada kaitan dengan PPSMI seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk ulasan.
"Saya harap orang ramai akan memberi seluas-luasnya peluang kepada kita untuk membuat keputusan berdasarkan fakta, angka dan kajian daripada hanya membuat satu kesimpulan berdasarkan emosi dan demonstrasi seperti mana yang kita lihat dilakukan semalam," katanya.
Menjawab soalan, Hishammuddin menolak andaian demonstrasi jalanan itu didalangi golongan tertentu dalam UMNO bagi menjatuhkan beliau yang akan bertanding Naib Presiden pada Perhimpunan Agung parti, akhir bulan ini.
"Tidak. Kita dalam UMNO semua dididik untuk meletakkan kepentingan ramai lebih penting dan kedua, semalam saya tengok (dalam televisyen) tidak ada muka-muka yang saya cam macam orang UMNO, tetapi muka pembangkang ramai," katanya.
Selain itu katanya, semua cabaran sejak 10 tahun mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO mematangkan dirinya bagi berdepan pelbagai tekanan dan ujian.
"Apa yang dipikul merupakan satu amanah dan tanggungjawab, yang melebihi kepentingan diri. Selaku menteri saya mesti membuat keputusan yang baik demi anak-anak kita.
"Rakyat dapat menilai keikhlasan saya... saya juga tidak faham mengapa mereka harus berdemontrasi kerana kalau kita sudah memutuskan apa jua keputusan pun, pelaksanaannya hanya akan dilaksanakan tahun depan, kita tidak boleh lakukan tahun ini," katanya.- 8/3/2009

Disalin dari sini.

Ss berkata:  Nah, inikah pejuang?  Pejuang bahasa atau sekadar gimik politik?  Mereka ini, sanggup berbuat apa sahaja, sanggup menggunakan apa saja isu untuk kepentingan politik sempit mereka tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat dan negara.  yang penting bagi mereka, hajat di hati kesampaian.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM SS

MELIHATKAN GELAGAT PEMIMPIAN PEMBANGKANG YG BERIYA2 BENAR MENYERTAI PRHIMPUNAN TERSEBUT TAK LAIN TAK BKN ADA AGENDA YG TERSIRAT.

UMPAMA MENANGGUK DI AIR KERUH MENCARI MODAL POLITIK SEMPIT ADALAH MAINAN MEREKA. MAKA X HAIRAN LAH DAP BERTEPUK TGN DAN BERGELAK SAKAN KRN MEREKA LAH DIPIHAK YG AKAN MERAIH KEMENANGAN MORAL ATAS KEBODOHAN ORG2 MELAYU MCM PAS YG SENGAJA MEMBUTAKAN MATA HATI UTK MENERIMA PPSMI SBG SESUATU YG POSITIF.

taipingmali berkata...

A.Samad Said dan Dr Hassan Ahmad tu teringin nak jadi wakil rakyat dalam PRU 13 atau mana-mana PRK.

Tu yang duk amput teloq An War.

Tai berkata...

Kalau mereka benar-benar seorang pejuang, mereka tidak akan memundurkan melayu.

kamal berkata...

NIAT PAKATAN MAHU LIHAT MELAYU BODOH
Memang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.

Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.

Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.

Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.

Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.

Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.

Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris .Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI.

Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.

Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.

Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh ,biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.

Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.

Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.

Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.

PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.

Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.

Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk jenerasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan. LU PIKIR LA SENDIRI.

Tai berkata...

PPSMI bukan nak lemah atau menidakkan bm. Ingat, melayu sudahlah lemah dari segi perniagaan, hendakkan dilemahkan dalam pelajaran juga? Tidak ada cara lain untuk maju melainkan mempelajari bahasa asing. Apabila ilmu telah penuh di dada, berbaktilah untuk mendaulatkan bm dengan menterjemah bahan sains dan teknologi yang banyaknya dalan inggeris. Itulah yang orang cina buat. Walau pun mereka belajar bahasa yang bukan bahasa ibonda, tapi bahasa ibonda tidak sekali-kali dilupa.

Admin berkata...

Jawapan yang mudah...SITUASI TELAH DIAMBIL KESEMPATAN OLEH AHLI POLITIK YANG GILA KUASA!

Mohammad Roslan berkata...

Salam Ss,
Stu coretan yang sungguh baguih...Pulau Pinang tempat kelahiran "Persatuan Sahabat Pena SeMalaya" dan pertama kalinya ditanah inilah berkibar Bendera UMNO,Parti Pas di Lahirkan di Kepala Batas,Tempat lahirnya Singa Utara UMNO,Tempat lahirnya Perdana Menteri,Anwar fazal,Anwar Ibrahim,Chi Fung Kee,Jimmy Choo,Nicol David,Loh Boon Siew,John H.Whyte dan We Lien Teh maka mamak teruja dengan semangat Pulau Pinang Ss....
Apa kena mengena dengan depa di atas dan artikel Ss..renungkan dan akan memahami maksudnya.........Wassalam.

Tai berkata...

Ya nampaknya gitulah Des. Orang kuat GMP pun kata, dia taknak jadi boneka.

Tai berkata...

Wah, lama mamak tak mai. Mana pi?

PaKMie berkata...

Salam...

Belbagai isu yg sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Tun cuba meletakkan Negara setapak dihadapan dgn idea PPSMI.

Kenapa begitu sekali pembangkang memeplotasikan keadaan sy pn tak berapa fhm....apa kena mengena Hj Adi dan Nik Aziz dgn PPSMI?

Nik Aziz dimajlis tilawah membaca Al Quraan peringkat kebangsaan pn tk pernah hadir, tetapi tentang PPSMI nampaknya ccuba nak tunjuk juara. Puak2 ni cuba menangguk diair keruh buka utk membantu kerajaan dlm menagani kemelut ekonomi yg sama2 kita hadapi skrg...

Pakmie.blogspot.com
salam perjuangan..

Tai berkata...

memang benarlah saudara Jeffry, mengapa isu pendidikan untuk anak-anak boleh dimanipulasi sebegitu rupa? Adakah orang melayu sendiri mahu melayu mundur dan terus mundur dan seterusnya merempat di negara sendiri?

Tai berkata...

PaKMie, inilah bala yang dibuat oleh PR. mereka seolah-olah mahu melayu itu mundur supaya melayu mudah dipijak, ditipu, diperdaya dan dijadikan boneka. Apabila melayu tidak tahu berbahasa inggeris, senanglah melayu itu nak diperkotak-katikkan.





Arkit blog