Ahad, Mac 08, 2009

PPSMI dipolitikkan?

Petang tadi, telah berlangsung suatu perarakan untuk hantak memorandum bantahan PPSMI ke Istana Negara.  Dalam dok berarak, berlaku kekecohan dan didapati ada ahli politik pembangkang turut serta.

 

Ss dapat merasakan bahawa PPSMI kini cuba dipolitikkan oleh parti pembangkang.  Itulah sahaja kerja pembangkang.  Selepas satu hal dan masalah, hal dan masalah yang baru akan diwujudkan.  Mereka langsung tidak mahu berterima kasih pada rakyat yang mengundi mereka untuk bekerja dan menjadi hamba rakyat.  yang mereka tahu, buat hal dan buat masalah untuk menghuru-harakan negara.

 

Inikah sikap orang melayu?  Kasar, maki-hamun orang?  Inikah yang datuk nenek orang melayu ajarkan kepada orang melayu?  Apakah ini suatu perjuangan untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan negara kita?  Bukankah melayu itu sifatnya lemah-lembut dan bersopan-santun?  Di manakah kelembutan dan kesopanan itu sekarang?

 

Pada mulanya, selepas membaca kenyataan Gapena, Ss terasa akan menyokong perjuangan mansuhkan PPSMI ini.  Ss sudah bercadang untuk menuliskan sokongan Ss di sini.  Akan tetapi, setelah melihat kejadian yang berlaku petang tadi, Ss rasa, Ss tidak akan menyokong perjuangan mereka ini.  Sungguh menjijikkan.  Inikah cara pejuang bahasa yang kononnya ingin mendaulatkan bahasa kebangsaan yang dicintai ini?

 

Adakah enam tahun bersabar boleh dijadikan alasan untuk bertindak sebegitu rupa?  Adakah enam tahun itu dikira lama?  Bagaimana dengan para pejuang yang berjuang membebaskan tanahair yang tercinta ini?  Berapa puluh mahu pun ratus tahun mereka bersabar?  Bagaimana dengan perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk menegakkan syiar islam?  Berapa lama baginda bersabar?  Inikah perangai umat nabi Muhammad SAW?

 

Ss nak nasihatkan mereka yang mengaku pejuang, tolong pergi baca sejarah riwayat hidup Nabi Muhammad SAW dari baginda dilahirkan, sehinggalah kewafatan baginda.  Tolong baca dan hayati.  Ss yang bukan islam, boleh baca dan menghayati perjuangan baginda, orang yang mengaku islam dan umat Nabi Muhammad SAW, tak boleh menghayati sejarah nabi sendiri?

 

Bacalah juga sejarah Nabi Musa dan haroon, bagaimana mereka menentang Fir-aun, sejarah nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dan banyak lagi.

 

Janganlah begitu mudah menganggap diri sebagai seorang pejuang jika sekiranya kamu tidak dapat menghayati perjuangan seorang nabi.

 

Kepada pihak kementerian, usah tunduk pada petualang-petualang ini.  Mereka bukanlah pejuang.  Tetapi, layani pejuang-pejuang yang ingin datang untuk berunding dengan anda.

 

Bahasa adalah jiwa bangsa.  Hidup BM!  Hidup BM!  Hidup BM!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam SS,
semua benda ingin dipolitikkan..
Di mana mereka bila Utusan Malaysia disaman ?
Sedangkan akhbar itu pejuang Bahasa Melayu lebih setengah abad.

taipingmali berkata...

kesian orang kampung, depa angkut dengan bas, bagi duit, bagi nasi bungkus suruh jadi pecacai depa. Di Taiping ni banyak bas bawa penyokong orang bulan. Masjid semalam solat Jumaat kurang jemaah. semua pi KL

Tanpa Nama berkata...

SALAM SAUDARI

BKN KE NABI ADA BERSABDA "TUNTUTLAH ILMU WALAU SAMPAI KE NEGERI CINA?". MEMPELAJARI BAHASA INGGERIS TU BKN SATU ILMU KE? KLU KITA X DIDIK ANAK KITA DR KECIL SAMPAI BILA KITA NK SETANDING DGN BANGSA LAIN?. ORG JEPUN, ORG ARAB DAN SEGALA MCM BANGSA LAIN PUN BLAJAR BAHASA INGGERIS. KNP KITA HARUS MEMINGGIRKAN ANAK2 KITA DRP BELAJAR BAHASA INGGERIS? TAK TAU KLU2 ADA PIHAK YG SENGAJA NK SABOTAJ PEKARA BAIK MCM NI?..WALLAHUALAMM

Tai berkata...

Betul tu Jeffry, mereka cuba nak meminggirkan anak orang melayu dari inggeris dengan alasan kononnya akan meminggirkan bm. Kami orang cina, memang pandai inggeris. Tapi, kami tak buang bahasa kami pun.





Arkit blog