Ahad, Mac 15, 2009

Serba boleh

Ok, Ss datang lagi.  Datang di tengahmalam yang agak dingin sebab dok kat bawah penghawa dingin.

 

Ini persepsi masyarakatlah.  Ada yang bertanya, orang buta ni, pandaikah mengemas?  jawapannya, siapa kata tak pandai?  kadang tu, lebih bersih dari orang biasa lagi.  kemas, teratur elok saja.

 

Orang bertanya lagi, pandaikah orang buta masak?  ha, awat tak pandainya?  Ada seorang kawan Ss, segala macam masakan dia boleh buat.  Bagi taulah apa saja.  kalau mampu dia masak, dia masak.  masak guna gaskah dapok kayukah, orang buta serba boleh.  Tak pernah pulak dengar orang buta tersalah masuk bahan memasak.  Orang celik tu, pernahlah dengar.

 

Lepas tu, tanya lagi, macammana orang buta boleh tahu makanan tu dah masak atau belum?  Bolehlah, ada beberapa cara.  Ss tak retilah nak cerita.  Tapi, mereka memang boleh tahu.  Boleh pergi dan rasai sendiri masakan mereka tu.

 

Ada seorang rakan Ss, Sapura namanya.  Wah dia ni, pandai buat laksa.  Sedap kuah laksa yang dibuatnya tu.  Cukup segala bahan dan perisa.  Dia pernah cuba nak berniaga jual laksa.  Tapi sayang, orang taknak beli.  mereka kata, orang buta masak, entah bersih atau tidak.  Tak jadi dia nak berniaga.

 

Ha, ni lagi best.  Ada seorang anak dara bertanya.  macammana orang buta kahwin dan buat anak?  Alamak, ni anak dara yang tanya.  jawapan Ss senang.  Nikahlah dulu, baru tau.  Apalah hang ni, tu pun tak taukah?

 

Ada lagi yang tanya, macammana orang buta jaga anak dan bagi mereka minum susu?  Alahai, macam biasalah.  Tak pernah pulak Ss dengar orang buta tak reti nak bagi anak dia minum susu.

 

Ada yang berkata, kawhin dengan orang buta ni, untung sebab depa tak boleh nikah lebih-lebih.  Sapa yang habaq kat hampa cerita lagu ni?  Orang buta pun boleh menikah sampai empatlah wey.  kadang tu, bini pertama pun tak tau yang dia menikah lagi.

 

Orang buta ni, mata sahaja buta.  Ada juga kes mengandung luar nikah, anak luar nikah, sama saja macam orang celik.  Kadang, Ss geli dengar pujian yang melampau terhadap orang buta.  Tak elok sangat tu.

 

Di kampung, kekadang kita akan dengar orang kata macam ni.  “Amboi, hang tu dahlah buta, hang toksahlah dok jalan merata, hang dok sajalah kat rumah.”  Haha, apa nak buat, pemikiran mereka tak terbuka.  Jadi, tak boleh nak kata apalah.

 

Ada orang, bila nampak Ss berjalan dalam rumah, bertanya pada family Ss, “Eh dia tak boleh jatuhkah jalan sorang-sorang dalam rumah?”  Luculah soalan tu.

 

Demikianlah secebis coretan buat kali ni.

9 ulasan:

Ali Abdullah berkata...

Betul kata Ss. Persepsi masyarakat kita ini selalu bertanggapan orang buta itu tak boleh buat apa yang orang celik mata boleh buat. Tapi kebiasaannya orang celik inilah yang paling kurang peka dengan persekitarannnya walaupun mereka boleh nampak keadaan sekeliling.

Buta orang yang cacat penglihatan hanya pada zahirnya sahaja. Hakikatnya banyak perkara yang orang buta boleh buat, tapi orang celik tak boleh buat...

amirul berkata...

Amboi saudara Ss... macam2 cirita no? Memalam buta nih? hehe...baguih2...

Z-MAY berkata...

biar buta mata jangan buta hati.
buta mata masih boleh nampak. buta hati syik terpijak kaki sendiri...

Tanpa Nama berkata...

SALAM SS
ADA JUGA YG CELIK MATA TAPI BUTA HATI PERUT. ATAU ADA YANG SENGAJA MEMBUTAKAN KEDUA2 PANCAINDERA ANUGERAH TUHAN.

BUKAN KAH PANCAINDERA ITU HARUS DIGUNAKAN DGN SEBAIK2NYA?

APA PUN, SETIAP INDIVIDU MEMPUNYAI TAFSIRAN MASING2. TEPUK DADA TANYA SELERA :-)ki

Panglima Perang Cyber berkata...

Makluman :

Semua blogger yang siar logo BPN diminta tanpa paksaan untuk memerika beberapa perkara di bawah ini :

- Logo mesti berada di bahagian atas blog

- List ahli Bpn tidak bercampur dengan bukan ahli dan sentiasa dikemaskini berdasarkan list bpn saya.

- Chatroll dipasang di blog

- Resolusi terkini mestilah disiarkan di blog masing masing.



Selain itu BPN juga berharap agar semua dapat mengaktifkan Yahoo Messenger masing masing dan telah pun add YM Panglima bagi urusan perang siber dan juga apa apa sebaran am BPN yang terkini.

Etika Blogger BPN akan dibuat atas permintaan sahabat BPN demi memastikan BPN terus gagah dan kukuh dari semasa ke semasa.

Kegagalan mematuhi Etika BPN akan menimbulkan masalah dan akan dikenakan tindakan sewajarnya seperti digantung atau dibuang keahlian.

Sebarang kekeliruan atau persoalan boleh dinyatakan kepada saya menerusi email atau YM.

Sekian,


yang benar,

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

Ahad 15 Mac 2009

Tai berkata...

Ya Amirul. Menulis di tengahmalam.

Tai berkata...

Apa boleh buat jefri?

Tai berkata...

Eh ni check punya, kat atas atau kat bawah?

Tai berkata...

Betul tu Z-MAY, biar buta mata, jangan buta hati.





Arkit blog