Selasa, April 07, 2009

2/1

Aha, Ss mai lagi.  Dah beberapa hari tidak datang.

 

hari ini, PRk kecil telah selamat dijalankan di tiga tempat.  Batang Air Sarawak, Bukit Gantang Perak dan Bukit Selambau kedah.  keputusannya, semua dapat habuan masing-masing.  BN dapat Batang Air, Pas dapat Bukit Gantang dan Keadilan dapat Bukit Selambau.

 

Apa yang ingin diperkatakan di sini ialah kemasukan TDM dan peralihan kuasa antara Tun Abdullah Badawi dan Dato Sri Najib, masih belum berjaya mengubah keadaan.  Rakyat masih tidak mahu lagi beralih sokongan kepada BN.

 

BN harus mengubah cara politik mereka.  jangan amalkan rasuah politik.  Bila datang sahaja pilihanraya, maka akan adalah sumbangan itu dan ini.  Akan adalah bantuan itu dan ini yang hendak disampaikan.  Cara seperti ini sudah tidak boleh diterima pakai lagi.  BN sekarang harus mengubah cara berpolitik mereka.  jangan lagi amalkan rasuah politik ini.  Ianya amat bahaya.

 

Ada juga sup-sap sup-sap mengatakan, kekalahan BN ini ada kaitannya dengan pemilihan ketua pemuda pada perhimpunan Agung Umno yang baru berlalu.  Oh oh yakah?  Bukankah Mukhris dan Khir Toyo dah kata nak bagi sokongan kat ketua pemuda?  Oh oh, itu depa kata.  Tapi, apa pula kata akar umbi?  Depa dua saja yang kata, tu tak cukup.  Lebih afdhal jika sekiranya akar umbi yang kata.  Tapi, akar umbi tak kata pun.

 

Walau apa pun, semuanya sudah berakhir.  kepada yang menang, tahniah diucapkan.  Anda harus menjadi hamba rakyat dan bukannya hamba wang atau kuasa.  Kepada BN, anggaplah ini suatu lagi ujian dari tuhan yang maha esa.  Ingat, tuhan takkan biarkan umatnya mengaku taat padanya jika sekiranya hamba itu tidak diuji.  Dan, tuhan tidak mengubah nasib hambanya jika hambanya itu tidak mahu mengubah nasibnya sendiri.

2 ulasan:

x-pkr berkata...

tahniah kpd semua petugas yg komited.!!!

x-pkr
http://x-pkr.com

Tai berkata...

Perjuangan belum selesai saudara. Mereka pembangkang menang, bukanlah bermakna kita kalah. Ingat, apabila mereka menang, ini akan memberikan kita lebih banyak kerja untuk mendedahkan siapa mereka sebenarnya. Inilah hikmahnya jika mereka menang. Tetapi, jika mereka kalah, kita nak tulis apa lagi?

Ingatlah AIDC dan yang lain-lain, kita masih perlu lagi menulis. mereka telah mengizinkan kita untuk terus menang. Sebabnya, mereka menang lagi. Apabila menang, adalah bahan karya kita.





Arkit blog