Ahad, April 26, 2009

belasah pelajar lembam





Sumber Harian Metro

KUALA LUMPUR: Cukup kejam apabila sekumpulan lima pelajar lelaki tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini, sanggup membuli dan membelasah seorang pelajar perempuan yang dikategorikan orang kurang upaya (OKU) sehingga lebam teruk di seluruh badan, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi di dalam kawasan sekolah di pinggir bandar raya ini, mangsa dikenali sebagai Nurul Syakinah Mohd Khir, 15, yang juga pelajar lembam, dibelasah kelima-lima pelajar terbabit tanpa diketahui puncanya.

Disebabkan itu, mangsa kini trauma dan takut meneruskan persekolahan kerana bimbang kejadian sama berulang.

Lebih dikesalkan apabila pihak pengurusan sekolah tidak mengambil tindakan sewajarnya kepada kumpulan pelajar itu selain mengarahkan bapa mangsa, Mohd Khir Mhd Rasul, 53, menukarkan anaknya ke sekolah pendidikan khas.

Difahamkan, ibu mangsa, Norafiza Ruslan, 46, mendakwa pernah membuat laporan kepada pihak pengurusan sekolah mengenai kejadian anaknya dibuli kumpulan sama, namun tidak diendahkan selain menafikan kejadian itu.

Menurut Nurul Syakinah, dia dipukul kumpulan pelajar itu ketika waktu rehat selepas mereka membulinya dengan mengejek dan menghina kecacatannya.

"Pada mulanya, saya masih tidak mengendahkannya, namun mereka bertindak lebih agresif dengan memukul saya. Mereka menampar, menendang dan memijak badan saya selepas terjatuh secara beramai-ramai.

"Saya takut untuk ke sekolah," katanya.

Mohd Khir berkata, anaknya seorang yang lembam dan ini tidak memungkin menimbulkan masalah kepada orang lain," katanya.

Katanya, dia kesal dengan tindakan pihak pengurusan sekolah yang tidak mengambil tindakan sewajarnya kepada pelajar terbabit sebaliknya mengarahkan dia menukarkan anaknya itu ke sekolah lain.

Sehubungan itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

3 ulasan:

Iwan Shah Zainal berkata...

terok betol bidak2 skarang nih la...the main factor is didikan dari rumah x cukup nih

AbnormalSuam berkata...

Anak-anak generasi baru yang dimewahkan dengan wang ringgit, kian tidak memahami kehidupan seorang manusia... masa di sekolah membuli orang lain... selepas sekolah, membuli masyarakat dengan tunjuk perasaan dan sebagainya...

Amat menjijikkan.... Muhyiddin Yassin patut melakukan sesuatu yang lebih drastik untuk memastikan pelajar-pelajar benar-benar menjadi pelajar, bukannya tukang ajar... sama ada di sekolah mahupun di universiti...

Hamba Allah Perihatin berkata...

Pihak pengurusan sekolah juga patut dipersalahkan kerana membiarkan pelaku kesalahan bebas bermaharajalela dan cuba menutup kes yang berlaku, supaya kononnya sekolah mereka adalah bebas dari permasaalahan dan gejala buruk yang telah berlaku disekolah mereka.





Arkit blog