Jumaat, April 17, 2009

Tak sedar diri





Niat OKU jual aksi seks terbantut

SEGAMAT: Walaupun disenaraikan sebagai orang kurang upaya (OKU) dan menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seorang pengusaha kedai dobi masih tergamak menjadi pengedar cakera padat video (VCD) lucah untuk mengaut keuntungan mudah.

Malah, lelaki berusia 56 tahun yang juling dan tempang kaki kiri itu dikatakan sanggup merakam aksi seksnya bersama seorang wanita dipercayai warga asing dan mahu menjual rakaman itu kepada orang ramai.

Bagaimanapun, impiannya musnah apabila ditahan polis yang turut merampas pemacu pena (pen drive) yang mengandungi rakaman aksi seksnya dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Putra, Sabtu lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu, polis turut menahan dua wanita berusia 21 tahun dan 26 tahun yang berada di lokasi serbuan, tetapi mereka menafikan terbabit dalam kegiatan rakaman aksi seks itu, sebaliknya datang ke rumah itu untuk memohon pekerjaan di kedai dobi.



Alat itu yang turut berfungsi sebagai kamera perakam itu dipercayai dalam proses untuk dimuat turun ke VCD sebelum dijual di pasaran tempatan oleh suspek yang memang dikenali sebagai pengedar VCD lucah.

Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata hasil maklumat orang ramai dan risikan, sepasukan polis diketuai Cif Inspektor Roslan Mohamad pada mulanya menyerbu rumah itu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan merakam aksi lucah.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, polis menemui alat itu yang mengandungi aksi lucah suspek bersama seorang wanita dipercayai warga asing berusia 20-an," katanya.

0 ulasan:





Arkit blog