Selasa, Mei 12, 2009

Bila Raja Muda beri 'bisikan diraja'..



Berbagai andaian dibuat tentang ketegasan Raja Muda Perak Raja Nazrin Sultan Azlan Shah sanggup tunggu lima jam untuk terus merasmikan juga sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang diselubungi kekecohan pada hari Khamis.


Baginda tidak menunjukkan secara reaksi " yang terbuka" semasa melangkah masuk ke dalam dewan pada jam 3.15 petang setelah berkurung dalam bilik menunggu DUN itu sebegitu lama sejak jam 9.45 pagi.

Sejurus duduk baginda terus memanggil untuk membisikan sesuatu pada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP Perak Ngeh Khoo Ham diatas pentas diraja.

Apa yang dilaporkan kedengaran di pembesar suara ialah baginda bertitah kepada kedua mereka, " I don't want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand?"So go and tell that …"

Baginda dipercayai jelas meminta Nizar dan Khoo suruh para ADUN pembangkang yang ketika itu masih berdiri di ruang tengah dewan supaya duduk.

Mereka dipercayai masih terus berdiri kerana nak sekat Raja Nazrin dari berucap merasmikan sidang DUN – yang menandakan sidang DUN dengan rasmi berlangsung.

Ada yang mengandaikan bahasa diraja itu khususnya " you understand that" bunyinya lembut tetapi amat amat keras maknanya.

Namun paling menarik bila Nizar bercakap dalam sidang akhbar selepas sidang DUN selesai, beliau dipetik sebagai berkata, " Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik ."

Rupanya itu yang dianggap oleh Nizar sebagai maksud titah Raja Nazrin pada mereka.

Ada pemerhati politik yang bertanya apakah Nizar tidak faham-faham kenapa Raja Nazrin tetap mahu merasmikan sidang DUN berkenaan setelah menunggu sekian lama.



Lagi satu dari segi konvensyennya bila Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry yang mempersembahkan teks ucapan yang baginda nak sampaikan merasmikan sidang DUN berkenaan ini bererti baginda mengitiraf kerajaan BN yang sedia ada.

Bagi kalangan pemerhati adalah agak melucukan bila Nizar menyampaikan kepada para wartawan dalam sidang akhbar itu versinya bahawa "Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam" setelah membuat teguran " You understand that ".

Lojiknya Raja Nazrin boleh memilih tak perlu tunggu dan pulang ke istana baginda yang terletak cuma beberapa kilomiter sahaja dari DUN Perak jika baginda merasa tidak wajar merasmikan sidang DUN yang kecoh itu.

Juga lojiknya kalau baginda merasa 28 BN dan 3 ADUN Bebas yang sokong BN bukan majoriti dalam dewan dimana pembangkang ada 28 orang... tak mungkin baginda akan terima teks ucapan dari Dr Zambry.

Lebih melucukan Nizar sendiri ada dalam dewan dan dengar Raja Nazrin bertitah merasmikan sidang DUN itu tetapi kemudianya beritahu para wartawan ' tiada ada persidangan' yakni sidang DUN tidak sah.

Dalam bab semua ini ada pemerhati yang minta Nizar dan Khoo dengar betul-betul slogan Raja Lawak Nabil : " lu fikirlah sendiri ….

sumber - agendadaily

 

0 ulasan:





Arkit blog