Saya dihina, diancam - Yit Foong
|
IPOH 8 Mei - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong (gambar) kesal dengan tindakan wakil rakyat pembangkang yang bukan sahaja menghina kecacatannya tetapi sanggup mengancam memukul beliau.
Malah katanya, seorang wakil rakyat pembangkang telah melemparkan buku Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ke arahnya sebagai tanda amaran selain mereka mengeluarkan kata-kata seperti 'OKU' dan 'Awak tak ada kaki.'
Yit Foong berkata, wakil rakyat yang terdiri daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit bertindak di luar batas kemanusiaan kerana beliau menggunakan kuasa mengambil alih perjalanan sidang DUN.
''Beberapa kali mereka ancam saya. Mereka hina saya sebagai OKU (orang kurang upaya). Memang saya tidak menafikan Speaker berkuasa menentukan perjalanan Dewan. Tetapi apabila (Speaker) tidak menguruskan perjalanan Dewan dengan baik, masa itu, saya mempunyai kuasa untuk mengambil alih.
''Saya bukan menyalahgunakan kuasa atau pun merampas kuasa Speaker. Saya hanya melaksanakan tugas memastikan urusan sidang berjalan lancar," katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini.
Hadir sama, ADUN Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim; ADUN Chenderoh, Datuk Siti Salmah Mat Jusak; ADUN Kampung Gajah, Dr. Wan Norashikin Noordin dan ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.
Peraturan tersebut kata Yit Foong, termaktub dalam aturan 36A (1b) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak berhubung kuasa Timbalan Yang Dipertua.
Menurut Yit Foong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, sekiranya pembangkang merasakan beliau telah menyalahgunakan kuasa yang ada, mereka berhak membawa perkara itu ke mahkamah.
Menjawab tuduhan seorang wakil rakyat pembangkang bahawa beliau menggunakan semburan lada hitam ketika kekecohan berlaku di dalam Dewan semalam, Yit Foong berkata, pembangkang boleh membuat laporan polis jika mereka mendapati memang benar beliau melakukannya.
Katanya lagi, apa yang berlaku dalam sidang Dewan semalam menunjukkan sikap sebenar pakatan pembangkang yang lebih mementingkan diri sendiri.
Ditanya sama ada beliau serik menjadi Timbalan Speaker, katanya; ''Jika saya masih diberi kepercayaan untuk jawatan ini, saya akan teruskan."
Sementara itu, Hamidah berkata, ADUN Barisan Nasional (BN) bukan sahaja telah dikasari tetapi pembangkang terang-terangan cuba menyerang mereka.
''Mereka bukan sahaja cuba menyerang Yit Foong tetapi kami juga disentuh dan dipeluk dari belakang. Saya boleh katakan kami sedang memikirkan kemungkinan untuk mengambil tindakan lanjut," kata beliau.
Menurut Rusnah pula, rakyat seharusnya sedar tentang 'drama' yang dilakonkan oleh parti-parti pembangkang.
Katanya, apa yang berlaku membuktikan tanggapan dan dakwaan kononnya pembangkang adalah pejuang demokrasi, meleset sama sekali.
''Mereka melaung-laungkan Speaker berkuasa dan kebal, saya akui ini tetapi dari mana datang kuasa Speaker? Tentunya dari Ahli-Ahli Dewan dan bagaimana keputusan dibuat, mestilah melalui undian.
''BN mempunyai 31 wakil dalam Dewan, mereka tidak berani berdepan dengan hakikat kerana sedar mereka akan kalah dengan undian," katanya.
Semalam, Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah terpaksa menanti kira-kira lima jam untuk merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Perak Ke-12 berikutan kedegilan V. Sivakumar melepaskan jawatan Speaker.
Ss berkata: Inilah wajar sebenar pembangkang. Sanggup buat apa sahaja termasuk menghina oku untuk kepentingan diri mereka. mereka terang-terang tidak memperjuangkan hak-hak oku.
10 ulasan:
salam SS,
Pakatan Rakyat tidak memperjuangkan rakyat jauh sekali OKU. Mereka mementingkan tembolok diri sendiri sahaja.
Salam, jika OKU itu dr PR, nescaya kecohlah dunia dgn kezaliman...
ya betul tu. Mereka hanya pandai berlakon sahaja.
Jika oku di pihak mereka, maka akan diangkat dan dijunjung ibarat anak emas.
Perak banyak sejarah silamnya.
Yang membanggakan kini rakyat Perak mempunyai raja Melayu yang paling intellectual sekali.
Rakyat Perak patut bersyukur kerana mempunyai Raja yang "cemerlang, gemilang dan terbilang".
Tapi kini institusi Raja di Perak telah tercemar oleh kerana kelakuan separuh dari golongan wakil rakyat yang tidak langsong memberikan penghormatan terhadap raja mereka.
Apa yang telah berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak jelas memperlihatkan bagaimana jijiknya perangai wakil rakyat Pakatan Rakyat yang telah bersikap kurang ajar dan biadap terhadap raja Melayu mereka.
Mereka sebagai ahli yang berhormat telah jelas mempamirkan sifat yang sungguh rendah moral mereka tanpa segan silu tidak memberikan penghormatan yang setinggi-tingginya terhadap raja mereka.
Tidak keterlaluan kita boleh mentakrifkan tindak tanduk mereka sebagai orang yang durhaka dan pengkhianat kepada raja mereka.
Sungguh menjijikkan melihat perangai mereka yang tidak bertamadun kerana berkelakuan seperti "setan dan iblis" tanpa sifat malu terhadap raja mereka.
Adakah ini rupa bentuk "Yang Berhormat" yang diharapkan oleh rakyat negeri Perak? Wakil Rakyat yang tidak tahu erti sopan santu terhadap raja mereka.
Mereka bolehlah diumpamakan sebagai wakil rakyat berperangai seperti "LANUN DAN PENYANGAK".
Amat malang sekali kejadian ini berlaku. Patutkah rakyat menerima mereka sebagai wakil rakyat yang telah menjatuhkan maruah Raja.
Fikir-fikirkanlah dengan hati yang ikhlas apakah rakyat negeri Perak tidak ambil peduli dan akan terus memberikan sokongan kepada wakil rakyat mereka yang telah jelas cuba mempermainkan institusi raja Melayu?
Kalau rakyat negeri Perak betul-betul menjungjungi institusi raja mereka maka adalah amat wajar supaya semua rakyat negeri Perak bangkit beramai-ramai mempertahankan raja mereka dengan mengadakan demonstrasi aman di depan Dewan Negeri Perak untuk melahirkan rasa kesalnya atas kelakuan biadap wakil rakyat mereka terhadap raja mereka.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku !
OKU di pihak BN atau PR, itu bkn persoalan. Yang penting adalah menghormati mereka. Jika orang yang dianggap sempurna ini menghina OKU, bukankah mereka juga dikira hilang upaya? Hilang upaya berfikir...
ya pakbelalang ini semua ankara mereka yang kemaruk kuasa dan Dap dikatakan, punca segalanya.
ya betul. Oku di belah mana pun, dia tidak perlu diperlekeh sebegini.
Salam Ss,
Dalam politik perkara sebegini memang biasa.Bila seseorang maskui bidang politik ketahanan mental amat diperlukan.Tanpa ketahanan mental yang jitu payah kita kehadapan.Ahli politik jangan ada superioriti kompleks dikalangan ahli politik yang lain.Pujian harus diberikan kepada YB Yit Foong "Berani kerana Benar,Takut kerana Salah".Tentang politik Perak Dianjak layu,dianngur mati..YAM Sultan Perak sangat arif dalam undang-undang dan baginda boleh menyelesaikan kemelut politik Perak sperti "Lembah diraih, pantai dititi".Wassalam.
ya mamak, apa nak buat? Itulah kalau dah kemaruk kuasa.
Catat Ulasan