Khamis, Jun 11, 2009

Kuala Lumpur 2009 bahagian satu

Wah, baru balik dari Kl.  Ha, nilah ceritanya.

 

28 Mei Khamis.

Aku bertolak dari rumah jam 9:30 pagi.  Aku pergi ke Bayan Lepas untuk mengambil Paul Keong.  Dan selepas itu, kami terus menuju ke stesen bas Sungai Nibung.

 

Setelah sampai, kami dibawa ke tempat menunggu bas.  Maka, berdirilah kami dua orang di situ.  Menunggu bas.  Suasana agak bising dengan bunyi enjin bas.

 

Sedang kami menunggu, tiba-tiba kami terdengar suara saudara Thanga Vello.  Wah, tidak disangka, rupanya dia menaiki bas yang sama dengan kami.

 

Pembantu Thanga Vello membawa kami menaiki bas.  Dan, apabila semua urusan selesai, dia pun beredar.  Dan aku sempat temui Toh Wee Seong.  Tak taulah kenapa dia datang.  Ingatkan, dia juga akan ke Kuala Lumpur.  Rupanya tidak.

 

“Eh your food put here lah.”  kata pembantu Thanga Vello, NG.  Mereka berbual agak panjang.  Aku dan Ah Hong duduk di belakang pemandu bas sementara Thanga Vello di sebelah pintu.

 

Setelah semuanya selesai, NG pun beredar.

 

Kini, pintu bas telah ditutup.  Bas sudah mula bergerak.  Secara perlahan-lahan, stesen bas Sungai Nibung telah ditinggalkan oleh bas.  Kini, kami sedang menuju Kuala Lumpur.

 

Kini, aku sibuk ber sms.  Thanga Vello pula, sibuk menerima panggilan telefon.  Dan, dia juga ada, sms sikit-sikit.  Ah Hong hanya duduk.  Dia batuk-batuk.  Maklumlah cuaca tidak menentu.  Itulah sebabnya.

 

Selepas selesai menerima panggilan, Thanga Vello sibuk berbual dengan Ah Hong.  Banyaklah topik yang diperbualkan.  Antaranya tentang X-nicolites, tentang Chin Peng dan banyak lagilah.  Sementara aku, sibuk dengan sms.  Bas terus bergerak dengan lajunya.

 

Jam 12:30 tengahari, bas berhenti di distinasi.  Kalau tak salah, kat Sungai Perak.  Di salah sebuah stesen minyak.  Ah Hong pun turun.  maka, tinggallah aku dan Thanga Vello.  Aku pula, sibuk dengan Sms.

 

Thanga Vello pun mengeluarkan makanannya.  “Khai Eong, you want a bun or not?”  Dia bertanya.  “Don’t want lah Thanga.”  Aku menjawab rengkas.

 

Tidak lama kemudian, dia bertanya lagi.  “Cukupkah untuk you Thanga?”  Aku bertanya.  “We share lah.”  Jelas Thanga Vello.  “Ha ok lah.”  Aku menjawab.  Thanga Vello memberikan aku sebiji roti bun ikan bilis.  Aku makanlah.

 

“Ok kah Khai Eong?”  Thanga Vello bertanya.  “Ok Thanga.”  Aku menjawab.  Selepas makan roti bun, sms lagi.  Lepas tu, telefon pula kak Rosnah Ahmad.

 

Tidak lama kemudian, Ah Hong pun naik bas.  Dia telah membeli sebungkus keropok udang dan beberapa bungkus kacang Shan Tong.  Dia juga membeli beberapa kotak air Kekwa.

 

Selepas itu, kami pun membuka bungkusan keropok untuk dimakan bersama.  “Thanga, i want to give you one peace of biscuits.”  Ah Hong memberitahu Thanga Vello.  “Oh ya?”  “Thank you Hong.”  Ucap Thanga Vello.

 

“Wah Hong, this biscuits so big lah Hong.”  Thanga Vello memberitahu.  “yes, this is a prawn biscuits.”  Beritahu Ah Hong.  “Ok Thanga, this is a drink for you.”  Beritahu Ah Hong sambil menghulurkan sekotak air kekwa padanya.  “Oh, thank you verry much Hong.”  Ucap Thanga Vello lagi.

 

Semasa kami makan dan minum itu, bas sudah pun mula berjalan.  Dari mula bas berjalan, orang asyik hairan melihatkan aku dan Thanga Vello dengan telefon bimbit.  yalah, mereka hairan, macammanalah orang buta ni, boleh balas sms dengan cepat sekali.  Aku pula, telah bagi suara Talks tu kepada maksima kuat.  ha, bergema satu bas kalau enjin bas berhenti.

 

Lebih kurang jam 3:00 petang, bas pun tibalah di stesen bas Jalan Duta, Kuala Lumpur.  Semua penumpang, termasuk aku, Ah Hong dan Thanga Vello pun turunlah.  Kami bertiga menuju ke kaunter teksi untuk membeli kupon teksi.  Harganya, RM13,20.  Agak mahal jugak.

 

“Thanga, you kno need to pay for we all lah.”  Kata Ah Hong.  “Oh Thank you Hong.”  Balas Thanga Vello.

 

Selepas kupon dibeli, kami dibawa oleh petugas kaunter ke sebuah teksi yang telah sedia menunggu.  Aku dan Thanga Vello duduk belakang sementara Ah Hong pula duduk depan.  Wah, penghawa dingin dalam teksi, bolehlah tahan sejuknya.

 

Selang beberapa minit kemudian, teksi telah sampai di hadapan Wisma YMCA, Brickfields.  “Ok, jadi, saya turun di sini.”  Beritahu Thanga Vello kepada pemandu teksi itu.  Teksi pun berhenti.

 

“Ok Hong, see you.”  Thanga Vello berkata.  “Ok Thanga bye.” Kami membalas.  Teksi pun meneruskan perjalananya.  “You bawa kami ke depan Lido Hotel dan berhenti di sana.”  Beritahu Ah Hong kepada pemandu teksi itu.

 

Pemandu teksi terus memandu teksinya.  Dia memandu perlahan untuk mencari di manakah letaknya Hotel Lido itu.  Kami dapat mengagak bahawa pemandu teksi itu tak tahu di mana letaknya Lido Hotel itu.

 

“Hmm, mana dia Lido Hotel ni.”  Rungut pemandu teksi itu.  Dia terus memandu teksinya untuk mencari Lido hotel.

 

“You tak pernah mai sinikah?”  Ah Hong bertanya.  “Pernah tapi kita selalu bawak orang pergi Mexico Hotel saja.  Lain-lain tu, kita tak tahu sangat.”  Cerita pemandu teksi itu.  “Chey Khai Eong, pemandu ni teruklah.”  “Louzy punyalah dia ni.”  “Tak tau jalan sini.”  Ah Hong merungut.  Aku gelak saja.  memanglah pemandu teksi ni, macam-macam kerenah punya.

 

“Tak apalah, ou berhentikan kami di depan Lido Hotel, lepas tu, kami jalan kaki ke New Winner Hotel.”  Beritahu Ah Hong.  Pemandu teksi terus mencari di manakah Lido Hotel.  “Chey, louzy lah dia ni.”  Sekali lagi Ah Hong merungut.

 

Akhirnya, Lido Hotel dijumpai.  Kami pun turun dan menutup pintu teksi.  Kami berjalan kaki ke New Winner Hotel.  Cuaca pada petang itu sangat panas sekali.  Maklumlah, dah lama tak hujan.

 

“Chey, louzy lah pemandu teksi ni.”  “Dia tak tau mana Winner Hotel.”  Ah Hong merungut lagi.  Kami pun terus berjalan kaki menuju ke New Winner Hotel.

 

Dan akhirnya, kami pun tiba.  Kami telah tiba di pintu Hotel New Winner.  “Wah, sudah datangkah?”  Sapa seorang lelaki cina yang bertugas dalam hotel itu dalam bahasa hokkien.  Lelaki itu telah mengenali aku dan Ah Hong sebab kami selalu menginap di sana bila berada di Brickfields ni.

 

“Ala, itu taxi driver louzy lah.”  “Dia tak tau mana letaknya New Winner Hotel.”  Ah Hong bercerita dalam bahasa hokkien.  “Akhirnya, kami suruh dia berhenti di depan Lido Hotel dan kami berjalan kaki ke sini.”  Ah Hong menyambung cerita.  “Lido Hotel pun dia tak tau o.”  Sambung Ah Hong.  “Mungkin dia baru kot.”  Jawab lelaki itu.

 

kami menguruskan bilik penginapan kami.  “Ok, saya bagi awak bilik 302.  Bayaran RM280.00.”  Beritahu lelaki yang bertugas itu.  jadi, kami pun, bayarlah seorang RM140.00.

 

Dan setelah semua selesai, kami dibawa naik ke bilik.  “Eh, you bawa dia orang naik bilik.”  “You tunjuk dia orang, mana bilik.”  “You tunjuk sekali saja, lain kali, dia orang boleh tau punya.”  Arah lelaki itu kepada seorang petugas perempuan Indon.  Kami pun dibawa ke bilik.

 

Selepas itu, perempuan indon itu pun beredar pergi.  Kami pun meraba-raba di persekitaran bilik.  Barang pertama yang aku cari ialah telivisyen.  Akhirnya, aku pun berjumpalah di manakah letaknya telivisyen itu.  Aku pun bukalah telivisyen itu.  Tetapi, tak tau mana tempat tekan untuk cari channel tv.

 

Aku cuba menggunakan telefon bilik hotel untuk telefon ke kaunter.  malangnya, telefon itu tidak boleh digunakan.  Maka aku pun, gunalah telefon bimbit untuk telefon ke tingkat bawah.  Apa nak buat, tv punya pasal, kena buat apa saja.  Aku memberitahu lelaki yang bertugas apa yang sedang berlaku.  Lelaki itu berjanji untuk menghantar petugas ke bilik untuk mengatasi masalah ini.

 

Tidak lama kemudian, seorang perempuan indon pun datang dan memperbetulkan telivisyen itu.  Selepas itu, dia terus beredar.  Telivisyen berbunyi.  Aku duduk berehat sebentar.

 

Alamak, kenapa perempuan indon tu tak ajar aku macammana nak tekan channel tv tu pulak dah.  Aku telefon lagi ke tingkat bawah.  Perempuan indon itu datang lagi.  “Kenapa lagi, dah ok dah.”  Dia merungut.  “Ha, akak tak ajar saya tekan channel.”  Beritahu aku.  Dia rasa tak puas hati.  Aku tak pedulilah, aku suruh dia ajar aku juga.  Kartun kat tv9 dah pun mula dah.  Aku akhirnya, tahu juga macammana nak mengoperasikan telivisyen ini.  Akhirnya, perempuan indon itu pun beredar.

 

Wah!  Sekarang, dapatlah aku mendengar siaran kartun di tv9 itu.  Sekarang, barulah rasa lega di hati.  Yalah, dah tau macammana nak kendalikan tv di bilik kami itu.

 

Kami pun berehat.  Kemudian aku pun menelefon Stephen Ooi untuk menetapkan waktu nak pergi makan.  yalah, Stephen kata, dia nak belanja, jadi, kenalah tetapkan waktu.  Aku pun sambung tengok kartun kat tv9.

 

Jam 5:30 petang, aku pun pergilah mandi.  Dah puas berehat.  Selepas itu, Ah Hong pula yang pergi mandi.  Cuaca masih lagi panas.

 

Selepas itu, kami pun bersiaplah untuk keluar pergi ke kedai massage Relax kerana Stephen dan Lengki menunggu di situ.

 

Jam 7:45 minit malam, kami pun berjalan keluar dan turun dari bilik.  Kami menyerahkan kunci bilik kepada petugas di kaunter.  Kemudian, kami berjalan ke kedai urut Relax.  Tidak lama kemudian, sampailah kami.

 

Stephen Ooi dan Lengki sudah menunggu.  Kami duduk di situ untuk beberapa minit.  Kami berbual-bual dengan Bok Kiat dan Samuel Khor.  Aku berbual dengan Stephen mengenai nombor telefon seorang budak perempuan yang aku bagi padanya.  Budak perempuan tu mengarutlah, cakap sekejap saja, dia tutup terus telefon.

 

Selepas berbual-bual beberapa minit, aku, Ah Hong, Stephen dan Lengki pun pergilah ke kedai makan yang dipanggil Pink Lotus.  Kedai itu, letaknya bersebelahan dengan kedai massage Relax sahaja.

 

Bila kami sampai, kami dibawa ke sebuah meja.  Kami semua duduk.  kami memesan makanan.  Aku hanya memesan mi.  Aku pesan mi tambah.  “Eh, awak jangan pesan yang besar, pesan yang sederhana dulu.”  Stephen berpesan.  “Nanti tak boleh habis.”  Sambung Stephen.  Aku pun, pesanlah yang sederhana.

 

Makanan yang dipesan telah sampai.  Alamak!  Besarnya pinggan mi yang aku pesan.  Setengah periuk rasanya.  “Ha, di KL ni kalau banyak, memang terlalu banyak, kalau sikit, memang sikit.”  “Tapi di sini, makanannya semua banyak.”  Beritahu Lengki.

 

Aku pun makan.  Alamak, rupanya, ini bukan mi kuning.  Ini mi cacing.  Mi gemok tu.  Mi yang paling aku tak suka sekali.  Ini sudah sah tak boleh habis ni.  Sementara itu, Ah Hong makan nasi dan kuah sayur serta beberapa jenis lauk lagi.  Stephen pula makan dengan lahapnya.  Dia makan mi juga.

 

Ha, memang sah, aku tak dapat menghabiskan mi cacing itu sebab aku dah naik geli.  Akhirnya, Stephen juga yang menghabiskannya.  Wah, si Stephen ni, memanglah kuat makan.  Baru sebentar tadi, dia makan sepinggan besar mi.

 

Sementara itu, Lengki pula, hanya meminum air sahaja.  Dia kata, dia sudah kenyang.  Dia kata, dia tak berapa gemar makanan di sini.  Aku pun tak tanya lanjutlah.  kami pun duduk-duduk sebentar.  Yalah, dah makan kenyang.

 

Dalam lebih kurang jam 9:45 malam, kami pun beredar.  Lengki terus ke kedai massage Relax sementara, Stephen membawa aku dan Ah Hong terus ke hotel New Winner.

 

Wah, badan Stephen tu besar dan tinggi o!  Itulah pertama kali aku pegang Stephen.  Apabila sampai di hotel, dia pun beredar.  Kami pun naiklah lif menuju ke bilik kami.  Aku pun pergilah gosok gigi kemudian, tengok Tv.

 

Ah Hong pula, dengar radio.  Tapi kali ini, Ah Hong dah tak bawa Recorder cassets lagi.  Dia hanya bawa Transistor radio sahaja.  Dia kata, transistor radio lebih mudah dibawa.

 

Tidak lama kemudian, kami pun tidur.  Aku biasalah, tidur sambil dengar radio   Kalau tak, susah o nak tidur.

 

Bersambung.

2 ulasan:

Suara OKU berkata...

salam salju,

Wah cuti-cuti Malaysia nampak.
Maaf tak dapat berjumpa kerana ada kesibukkan.

Artikel menarik bila mahu sambung lagi. hehe

Tai berkata...

Bahagian kedua sedang dalam penulisan.





Arkit blog