Jumaat, Jun 26, 2009

Kuala Lumpur 2009 siri 2

ya, kita sambung cerita bahagian kedua.

 

Jumaat, 29 Jun.

Aku bangun jam 6:30 pagi.  Begitu juga dengan Ah Hong.  Suasana terasa amat sejuk sekali kerana bila nak tidur malam semalam, aku terlupa memakai jacket.  Maklumlah, dah penat sangat malam tu.

 

Pada petang semalam, semasa hendak pergi makan setelah meletakkan beg di bilik hotel, Ah Hong pun mencarilah ubat-ubat untuk dibawa dan dimakan bersama semasa makan nasi.  Itu memang perlu.

 

“Alamak, aku terlupa bawa ubat darah tinggi akulah.”  Ah Hong berkata.  “Wah, sudah tertinggal di rumahkah?”  Aku bertanya.  “Bukan, aku letakkan di atas meja makan pagi tadi masa makan roti canai.”  “Aku letak sebab aku mengeluarkan kertas tisu untuk lap mulut.”  “Lepas tu, terus terlupa nak masukkan balik dalam beg.”  Cerita Ah Hong dengan panjang lebar.

 

“Wah jadi macammana?”  “Kacau jugaklah ni.”  Aku berkata.  “Tak apalah nanti bila aku balik, aku cuba pergi tanya kat kedai itulah.”  “Kalau mereka simpan, aku ambik baliklah.”  “Tapi kalau mereka dah buang, aku kenalah pergi mengambilnya di klinik kesihatan kat Bayan Lepas.”  Beritahu Ah Hong.

 

Tetapi, nasib Ah Hong agak baik.  Pemilik kedai itu telah menyerahkan ubat darah tinggi itu kepada adiknya.  Jadi, tak payahlah dia bersusah-payah pergi mengambilnya di klinik lagi.  Pemilik gerai roti canai tu mengenali keluarga Ah Hong.

 

Ok, kembali semula ke cerita hari Jumaat.  Selepas bangun, kami berehatlah sebentar.  Aku mendengar berita jam 7:00 pagi di tv3.  Ah Hong pula, seperti biasalah membuka radio transistornya untuk mendengar berita di Trax FM.  Aha, seorang tv dan seorang radio.  Kira ok lah tu.  Aku telah menutup radio aku.  Maklumlah, dah berbunyi dari malam hingga ke pagi.

 

Selepas mendengar berita dan mendengar rancangan media di 1 di tv1, aku pun pergi mandi.  Selepas mandi, aku bersiap-siaplah kerana jam 9:00 pagi, kami akan turun pergi bersarapan di kedai yang berhampiran dengan Hotel Lido.  Jam 8:00 pagi, dengar kartun pulak kat tv2.  Ah Hong pula pergi gosok gigi.  Selepas dengar kartun kat tv2, berehat-rehatlah sebentar.  Aku baring-baring di katil.

 

Jam 9:00 pagi telah tiba.  Kami berdua pun turunlah untuk pergi bersarapan pagi.  Kami menyerahkan kunci kepada petugas kaunter.  Kami nak pergi makan Yong Tau Fu.  maka, kami pun, berjalanlah terkedek-kedek ke kedai makan yang berhampiran dengan Hotel Lido.

 

Lima minit kemudian, kami pun tiba di kedai itu.  Kami memesan Yong Tau Fu.  Kami pesan RM 10.00 semangkuk.  Seorang, makan sepuluh ringgit semangkuk, jadi dua orang, RM20.00 lah.  Aku memesan Nescafe 0 iaitu minuman wajib pada setiap pagi buat aku.  Sementara AH hong pesan milo kalau tak salah aku.

 

“Aku terima pesanan suara dari jasmin Khoo.”  “Dia kata, nak jumpa aku.”  Cerita Ah Hong.  “Jadi, bila nak pergi jumpa dia?”  Aku bertanya.  “Tengoklah nanti kalau ada, aku jumpalah.”  Balas Ah Hong.

 

Setelah selesai makan, jam telah menunjukkan pukul 9:55 pagi.  “Tak apalah, jam 10:00 pagi, kita mula berjalan ke SBM.”  Ah Hong mencadangkan.”  Aku ikut sajalah.  Sebab, itu adalah masa yang terbaik.

 

Jam 10:00 pagi, kami mulakan perjalanan ke SBM.  matahari sudah terik memancar dari ufuk timur.  Panas sekali.  kami berjalanlah ke SBM pusat.  Kami jalan lambat-lambat sajalah.  Buat apa nak laju-laju, bukan boleh lari pun itu SBM.

 

10 minit kemudian, kami pun sampailah di bangunan SBM pusat.  Kami memanjat tangga.  Pintu dibuka.  “hello, ada siapa?”  Tegur Ah Hong.

 

“hello, Ah Hong.”  Jawab satu suara.  “Ya, George Wong.”  “Apa kamu buat.”  Balas Ah Hong.  Oh, baru aku tau, lelaki yang bersuara itu ialah George Wong.  Ah Hong dan George Wong berbual dengan rancak sekali.

 

Pelbagai topik yang diperbualkan.  Ini terutamanya tentang mesyuarat PLSNPP.  “Bila mesyuarat PLSNPP akan diadakan Ah Hong?”  George bertanya dalam bahasa inggeris.  “Oh, pada Ahad ini.”  Ah Hong menjawab.  “Awak tak pergi?”  Ah Hong bertanya.

 

“Ala, saya tak mau pergilah.”  “Kadang-kadang saya terfikir, apalah yang X-nicolites tu buat untuk kita?”  “Kita, bayar yuran tiap tahun.”  “Tapi tengok, tak ada apa-apa aktiviti atau sumbangan pun yang dibuat untuk kita para ahli.”  “Useless lah.”  George Wong berleter.

 

Chok Siew Lee masih belum balik ke SBM lagi.  Menurut George Wong, dia keluar sebentar tadi.  George Wong dan Ah Hong masih lagi rancak berbual.  Pelbagai topik yang diperbualkan.

 

“Eh kamu pernah ke St.  Nicholas lagikah?”  Aku bertanya dalam bahasa inggeris.  “Sudah sepuluh tahun dah saya tak ke sana.”  George Wong menjawab rengkas.

 

Tidak lama kemudian, Chok Siew Lee pun masuk ke bilik SBM.  “Eh pagi tadi, saya ada terima mesej dari Jasmin.”  “Dia kata, dia nak jumpa saya.”  Beritahu Ah Hong pada Chok Siew Lee dalam bahasa inggeris.  “Dia adakah hari ini?”  Ah Hong bertanya.  “Oh, dia belum masuk lagi.”  Beritahu Chok Siew Lee.

 

Tidak lama kemudian, Jasmin Khoo pun masuk.  “Eh, boleh saya jumpa dia hari inikah?”  Ah Hong bertanya.  “Nantilah saya tanya dia.”  Beritahu Chok Siew Lee.

 

Ah Hong telah dibenarkan berjumpa dengan Jasmin Khoo.  Maka dia pun masuklah ke dalam bilik Jasmin.  Jadi, duduklah aku di atas kerusi yang berhampiran dengan saudara George Wong.  George sedang sibuk melipat sampul surat.

 

Sementara itu, Chok Siew Lee sedang sibuk perbaiki kaki kerusi.  Tak taulah apa kena dengan kaki kerusi itu.  “Eh, kenapa dia sangkut di sini?”  “Kenapa dia tak boleh masuk ke tempat dia ha?”  Chok Siew Lee pun hairan.  “Actualy what happen?”  Chok Siew Lee bertanya.

 

Tiba-tiba telefon tangan aku berdering.  “Ha, apa mau?”  Aku menjawab.  “Khai Eong, check lah komputer akak.”  Berkata kak Rosnah dari hujung talian.  “macammana nak check kak?”  “Siapa nak bawak saya pi rumah akak?”  Aku bertanya.  “nantilah akak tanya abang Sharif, tengok boleh tak dia datang bawak.”  kak Rosnah berkata.

 

“Tak taulah kenapa, e-mel tu asyik hilang saja.”  Rungut kak Rosnah.  “ha, tak apalah akak tanya abang Sharif tengok, boleh tak dia datang bawak.”  “Tapi kena esoklah.”  Beritahu aku.  “Ha, yalah esoklah.”  Kak Rosnah berkata.  kemudian, talian pun diputuskan.

 

Sementara itu, Chok Siew Lee pula, masih sibuk memperbaiki kaki kerusi.  Tak tau apa yang serba tak kena dengan kaki kerusi itu.  Dan sementara itu, pertemuan Ah Hong dengan Jasmin Khoo masih lagi belum selesai.

 

Seketika kemudian, Alex Lee pun keluar dan menuju ke arah George Wong.  “Can you buy the fruit for me?”  “If i not here, you keep the fruits in refrigerator.”  Alex Lee berpesan lalu pergi ke biliknya.

 

Aku pun terus pergi ke bilik Alex Lee.  “Wah Alex, bilik ni sejuklah.”  Beritahuku.  “Ha, apa cerita Alex?”  Aku memulakan persoalan.

 

“Ini TM, banyak celaka.”  “Dia tak bagi aku courtless lagi.”  Rungut Alex Lee.  “Biasalah tu Alex, TM tu.”  “mereka lambat sikit.”  Aku berkata.  “Celaka betullah TM tu.”  Rungut Alex Lee lagi.  “Aku dah ambik lama dah pakej RM 10 tu tapi sampai sekarang, aku belum dapat courtless lagi.”  Alex menyambung.  “Jadi, awak kena tunggulah Alex, dia bubuh awak di waiting list tu.”  Beritahuku.  “Celakalah TM tu.”  Alex merungut lagi.  kemudian, aku pun keluarlah dari bilik Alex Lee.  Perjumpaan Ah Hong dan Jasmin Khoo masih belum selesai lagi.  Chok Siew Lee pula, masih sibuk perbaiki kaki kerusi.

 

Aku pun terus duduk semula di kerusi yang aku duduk sebentar tadi sambil menunggu perjumpaan Ah Hong dan Jasmin Khoo itu selesai.  George Wong dan seorang lagi perempuan tua yang entah apa namanya aku sendiri pun tak tau, sedang sibuk buat kerja.

 

Telefonku berdering lagi.  “ha, apa mau?”  Aku bertanya.  “Ha, abang Sharif kata, boleh.”  Beritahu kak Rosnah Ahmad dari hujung talian.  “Tapi, besoklah kak.”  Beritahuku.  “Yalah, besoklah takkan hari ni.”  Beritahu kak Rosnah.

 

“jadi, pukul berapa abang Sharif nak mai kak?”  Aku bertanya.  “Ah kak, jam 9:00 pagilah.”  Aku mencadangkan.  “Ha, nanti akak tanya abang Sharif sekejap.”  Beritahu kak Rosnah lalu memutuskan talian.

 

Aku menyimpan telefon bimbitku.  Aku duduk berehat-rehat di kerusi sambil menikmati udara nyaman dari penghawa dingin.  Sms berbunyi.  Rupanya, si Barnabas yang lebih dikenali dengan Fish Burger menghantar sms.  Dia beritahu, dia sedang tolong si Azman Rejab.

 

Tidak lama kemudian, telefon berdering lagi.  Aku menyambut.  “Abang Sharif kata, jam 9:00 pagi.”  Beritahu kak Rosnah di hujung talian.  “ha cantik kak.”  Aku menyambung.  “kak, akak nak bagi saya makan apa kak?”  Aku bertanya.  Bab makan, wajib tanya.  Jangan malu.

 

“ha kak, saya nak cucok udang.”  Aku terus mencadangkan.  “ha cucok udang?”  “Ha, bolehlah tu.”  Kak Rosnah setuju.  “Saya nak banyak kak, sikit-sikit, saya tak mau o.”  Beritahuku.  “Ha yalah.”  Kak Rosnah menjawab pendek.  kemudian, talian perbualan pun ditamatkan.

 

Tidak lama kemudian, perjumpaan Ah Hong dan Jasmin Khoo pun selesai.  Ah Hong keluar dari bilik Jasmin Khoo lalu berjalan ke tempat George Wong.  Kini, sudah pun waktu tengahari.  Cuaca amat panas sekali.

 

“Eh Khai Eong, 6TH Jun ni, kita pergi SB sekejaplah.”  “Nak buat laporan akaun.”  Beritahu Ah Hong.  “Ha, boleh boleh boleh.”  Aku bersetuju.  “Eh Siew Lee, bolehkah saya nak pegang satu rim kertas braille tu?”  “Saya nak tengok, berat tak.”  Pinta Ah Hong.  “Ok tunggu.”  Beritahu Chok Siew Lee.

 

Beliau pergi mengambil satu rim kertas braile.  “Nah ini.”  Beritahu Chok Siew Lee.  Ah Hong menimbang-nimbang kertas braille itu.  “Wah!”  “Berat jugalah.”  Beritahu Ah Hong.  “Tak apa, kita bawa balik hotel bergilir-gilir angkat.”  Cadang Ah Hong.  “ha, eloklah tu.”  Aku bersetuju.  “Jadi, pukul berapa kita nak beredar?”  Aku bertanya.  “Jam 12:00, kita mula keluar.”  Beritahu Ah Hong.  Ah Hong pun terus berbual dengan George Wong.

 

Jam 12:00 tengahari, kami pun berangkat keluar dari bangunan SBM.  Aku memegang kertas braille itu.  Wah, kertas braille satu rim itu agak ringan juga bila mula-mula diangkat.  Kami berjalan perlahan-lahan untuk menuju ke bilik hotel.  Sampai di suatu persimpangan, giliran Ah Hong pula mengangkat kertas braille itu.  Jadi, bergilir-gilirlah kami mengangkat kertas braille itu sampailah ke bilik hotel.

 

Sampailah kami di bilik hotel itu.  Kami terus mendapatkan kunci dan naik semula ke bilik.  Apabila sampai di bilik, kami terus meletakkan kertas braille itu di atas katil.  Penghawa dingin dihidupkan.  kami duduk berehat-rehat sebentar.  Ah Hong membuka radio transistornya.  Kami bercadang untuk turun makan tengahari pada jam 1:00 tengahari.

 

Jam 1:00 tengahari, kami pun turun pergi makan tengahari.  Kami pergi ke Kedai yang berdekatan dengan Lido Hotel iaitu kedai Happy.  Di situ, kami makan nasi campur.  Aku makan sepinggan besar nasi campur jugak.

 

Selepas makan, Ah Hong bercadang nak makan buah.  Jadi, kami pun pergilah mencari gerai buah-buahan.  Ah Hong telah bertanya kepada petugas di kedai Happy di manakah gerai buah-buahan yang paling dekat.  Petugas itu memberitahu bahawa gerai yang terdekat ialah terletak bersebelahan dengan Mexico Hotel.  jadi kami pun pergilah mencari.

 

Akhirnya, kami pun berjumpa dengan gerai menjual buah-buahan itu.  “Ok, di sini, ada jual buah apa?”  Ah Hong bertanya dalam bahasa cantonese.  “Di sini ada jual buah mangga dan tembikai sahaja.”  Jawab petugas di gerai itu.  “Berapa harga?”  Ah Hong bertanya.  “Satu bungkus, seringgit.”  Jawab petugas gerai itu.  “Ok, awak bagi tiga bungkus buah mangga.”  Beritahu Ah Hong.  “Ya baik, tunggu ya?”  Berkata petugas di gerai itu.

 

Petugas di gerai itu sibuk memotong buah mangga yang dipesan.  Dua bungkus sudah pun siap.  Kini, hanya tinggal sebungkus lagi.  Kami terus setia menunggu.

 

“Wah, kenapa lambat sangat ni?”  Ah Hong merungut.  “Itulah.”  Aku menyokong.  memang lambat.  Apa yang mereka buat, kami pun tak tau.  “Hello, sudah siapkah?”  “Kenapa lambat?”  Ah Hong bertanya.  “Ok sudah siap.”  Jawab petugas gerai itu pendek.

 

Semua sudah sedia.  Tiga bungkus buah mangga sudah berada di tangan.  Rasanya sejuk.  Ni sah, baru keluar dari peti ais.  Setelah harga dibayar, kami pun pulang semula ke hotel.  Kami nak makan di bilik dan selepas itu, pergi pula melepak di kedai urut Relax.

 

Sesampainya di bilik hotel, kami makanlah mangga itu.  Alamak, buah mangga ni nampak macam dan nak rosak.  Dahlah lembik, tak manis.  Orang utara kata, Tawaq hebiaq.  Tapi kena makan jugalah sebab dah beli.

 

Setelah selesai makan, kami pun bersiaplah untuk pergi ke kedai urut Relax.  Yalah nak pergi melepak di sana.  Kami turun dari bilik hotel.  Kunci diserahkan.  Kami pun berjalan kaki menuju ke kedai urut Relax.  Cuaca agak mendung disebabkan jerubu.

 

Kami telah sampai di kedai urut tersebut.  Kami masuk.  “hello,” Ah Hong menegur.  “Wah Ah Hong.”  Samuel Khor menjawab.  “Eh Bok Kiat mana?”  Ah Hong bertanya.  “Dia pergi makan.”  Jawab Samuel Khor.

 

kami mencari kerusi kusyen lalu duduk.  “Kau orang hari ni tak ke manakah?”  Samuel Khor bertanya lagi.  “Baru balik dari SB dan pergi makan tengahari.”  Aku menjawab.  “Kau dah makan?”  Ah Hong bertanya Samuel Khor.  “Sudah, tadi dah makan.”  jawab Samuel Khor.

 

Kedai urut itu hanya ada Samuel Khor dan sorang lagi perempuan.  Tak taulah siapa tu.  Sebabnya, aku bukannya kenal sangat pun orang kat sana.

 

“Eh Ah Hong, kamu orang keturunan haka kan?”  Perempuan itu bertanya pada Ah Hong.  “Ya betullah, saya orang haka.”  Ah Hong mengiakan.  “Kamu orang apa ya?”  perempuan itu bertanya aku.  Dia tak kenal aku.  “Saya ni, orang hokkien.”  Jawabku rengkas.

 

“Eh Ah Hong, kau kenalkah siapa dia tu?”  Samuel Khor bertanya.  “Ha, kalau tak salah aku, itu Siew Im kan?”  Ah Hong menjawab.  “Ya betul sayalah.”  Siew Im mengiakan.

 

“Eh yang sorang lagi tu siapa Ah Hong?”  Siew Im bertanya Ah Hong.  “Oh itu Khai Eong.”  “Nama penuh dia, Tai Khai Eong.”  “Tapi kadang-kadang, orang tak reti nak pronounce, dia akan jadi Taik Khai Eong.”  Ah Hong bercerita panjang lebar.  “Ok lah, saya nak balik dulu.”  “Nak pergi cuci dan jemur baju.”  Beritahu Siew Im.  Maka dia pun beredar.

 

Seorang lagi pemuda masuk.  “Hello,” dia menegur.  Alamak, suaranya tu, sengaulah.  “Ha, Ah Hong, ini nama dia Choo Kiat.”  Samuel Khor memberitahu.  “Choo Kiat, ini kawan baru, Paul Keong.”  Samuel Khor memperkenalkan.  Tapi aku tak faham sangat butir percakapannya sebab sengaunya teruk juga.

 

Tidak lama kemudian, Bok Kiat pun masuk.  “Wah, dah lamakah datang?”  Bok Kiat bertanya.  “Baru setengah jam lalu.”  Ah Hong menjawab.  “Wah, sekarang sudah jadi bendahari, duit banyak o.”  Bok Kiat berkata.  “Mana ada?”  “Itu bukan duit saya o.”  “Itu duit rakyat.”  Beritahu Ah Hong.  “Wah, bolehlah belanja.”  Bok Kiat berseloroh.

 

Tidak lama kemudian, seorang lagi tetamu datang.  Namanya Teck Koon.  Teck Koon ni, aku pernah jumpa dia di satu aktiviti anjuran SBM Pulau Pinang di Kuala Lumpur.  Tapi, aku dah lupa bila aku jumpa.

 

“Wah, bendahari, duit berjuta-juta o.”  Teck Koon pula berkata.  “Eh, boleh pinjamkah?”  Teck Koon bertanya.  “Ha, kalau duit saya, bolehlah pinjam.”  Ah Hong beritahu.  “Tak apalah boleh kot.”  Teck Koon berkata.

 

Tidak lama kemudian, datang seorang perempuan india.  “Eh Sam, dia jadi tukang urut di sinikah?”  Ah Hong bertanya.  “Ala, dia tak tetap, sambilan sahaja.”  Samuel Khor menerangkan.  “Oh jadi, dia akan lari sana-sinilah?”  Ah Hong bertanya.  “Ha yalah.”  Samuel Khor menjawab.

 

Kemudian, datang lagi seorang pemuda.  “ha Ah Hong, yang ini, dia orang Haka.”  “Dia boleh cakap haka.”  “Awak cakaplah haka dengan dia Ah Hong.”  Terang Samuel Khor panjang lebar.  “Awak panggil saja nama dia Ah Pau.”  Sambung Samuel Khor.

 

Lalu kemudian, Ah Hong pun bercakap dengan Ah Pau dalam bahasa haka.  Aku tak taulah segala butiran percakapan sebab aku tak faham sepatah haram pun bahasa haka tu.  Jadi, tak dapatlah nak dituliskan di sini butir-butir percakapan antara Ah Hong dan juga Ah Pau.

 

“Wah, dia ni mencarut pulak.”  Beritahu Ah Hong.  Kalau aku tau butir percakapan, wah, dah sah hangat.  Dapatlah dituliskan di sini.

 

Masa begitu cepat berlalu.  Kini, sudah jam 3:30 petang.  Bok Kiat sedang asyik mendengar drama hokkien di saluran ntv7.  Menurutnya, dia selalu mendengar drama tersebut.

 

Jam 4:00 petang, kami sudah hendak bertolak pulang ke hotel.  Secara kebetulan, aku berasa nak terberak.  “Eh, di sini, tak boleh berakkah?”  Teck Koon bertanya.  “Tak apalah, lagi pun kami nak pergi beli kuih.”  Beritahu Ah Hong.  “Ha, aku nak, sepuluh biji pisang goreng.”  Beritahuku.  Kami pun berangkat pulang.

 

Semasa hendak keluar dari pintu kedai, tiba-tiba, telefon Ah Hong berdering.  Ah Hong menyambut panggilan itu.  “Alamak, dia tanya aku, nak makan mi atau tak, aku jawab, tak maulah.”  Beritahu Ah Hong.

 

Sesampainya di bilik, aku terus pergi berak.  Sementara Ah Hong pula, pergi membeli kuih.

 

Setengah jam kemudian, dia kembali.  “Nasib awak malanglah.”  “Hari ni, goreng pisang tak adalah.”  Beritahu Ah Hong.  Aha, apa nak buatlah kan?  Tak apalah, bukan rezekilah tu.  Jadi, taklah makan.  Kami pun berehat di bilik sambil Ah Hong mendengar radio transistornya.

 

Jam 6:00 petang, aku pun pergi mandi.  Sebentar nanti aku akan ke rumah Yusuf.  jadi, kenalah mandi awal.  Dan selepas aku mandi, Ah Hong pula yang pergi mandi.

 

Setelah mandi, kami berehat dan bersiap untuk program masing-masing.  Dan pada jam 7:00 malam, aku dan Ah Hong pun turun ke bawah.  Kunci bilik telah diserahkan.  Ah Hong telah pergi makan dengan Moktar Soon.  Yusuf masih lagi belum tiba.  Aku menunggu dia di lobi hotel New Winner.

 

Tidak lama kemudian, Yusuf pun sampai.  “ha, cikgu.”  Sapa lelaki yang bertugas di kaunter.  “ha, mana itu orang?”  Yusuf bertanya.  Aku nak keluar sudah kini.

 

Kami meninggalkan hotel.  Kami berjalan ke rumah Yusuf.  Cuaca petang itu agak nyaman dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

 

“Wah, tadi aku dengar kat bilik, ada india bergaduh o.”  Aku memberitahu Yusuf.  “Ha, pasai apa ha?”  Yusuf bertanya penuh minat.  “pasai mungkin kereta kena langgarlah sebab ada dok bising pasai siapa nak bayar ganti rugi.”

 

Kini, dah pun sampai.  Yusuf membuka pintu pagar rumahnya.  kami pun masuklah.  Kelihatan Ayana sedang sibuk di dapur.  Wah, Ayana sedang menggoreng nasi.  Wah, ini sudah bagus.  Aku memanglah suka dengan nasi goreng.

 

Aku terus pergi ke dapur dan duduk.  “ha, hang tengok, nasi goreng aku, mesti sedap punya.”  Beritahu Ayana.  Ayana Mencedokkan nasi goreng padaku semangkok besar.  Aku, makanlah tunggu apa lagi.  Dan yang paling best, ada ais kosong.

 

Sementara itu, Yusuf sedang mandi.  Aku tak pedulilah makan sajalah tak payah tunggu dia.  Selepas mandi, dia pun turut makan bersama.  Semasa makan, pelbagai cerita yang kami bualkan.  Antaranya, cerita Pua Ming Hui, cerita X-nicolites, kenangan St.  Nicholas dan yang paling panjang dan merupakan topik terakhir ialah kisah di suatu selekoh di Gurun Kedah yang dikatakan berhantu terutamanya di sebelah malam.

 

Kakak Ayana pun turun dari tingkat atas.  “Ha, kak, saya nak kopi.”  Aku berkata.  “Awat hang tak beli mai kopi, biak aku bancuh.”  Kakak Ayana berkata.  Tapi hari tu, memang ada dia buat seteko kopi.  Tapi aku tak minumlah sebab dah ada ais kosong.  Jadi, kira dah cukuplah.

 

Setelah selesai makan dan sembang, kami pun pergilah duduk di ruang tamu di mana tv telah dibuka.  Entah apalah siaran tu aku pun tak pasti.  Duduk berehat sebentar.

 

“ha kak, jom hantar dia balik hotel kak.”  Yusuf berkata.  “Hmm, aku tak maulah, aku dah tukak baju dah.”  Beritahu kakak Ayana.  Kami duduk bersembang sebentar sebelum balik.

 

“Ha jom,” kakak Ayana tiba-tiba berubah angin.  “ha, jom kita balik naik kereta.”  Beritahu Yusuf.  Kami pun keluar.  Kami masuk dalam kereta.  Kakak Ayana ni, suka pasang lagu inggeris.

 

Apabila sampai, aku pun turun.  “Wey hang kena lintas jalan.”  Beritahu Yusuf.  “Tak apa, boleh.”  Aku beritahu.  Aku pun melintas jalan dan menuju ke Hotel New Winner.  Aku naik ke bilik.

 

Tidak berapa lama kemudian, Ah Hong pun pulang.  “Wah, tadi pergi makan di mana?”  Aku bertanya pada Ah Hong.  “Pergi makan dengan Moktar Soon di IRC.”  Beritahu Ah Hong.  “kali ni, makan agak murahlah.”  Beritahu Ah Hong.

 

Selepas itu, aku pergi menggosok gigi dan mengenakan baju jacket.  Dah nak tidur.  Ah Hong membunyikan transistor radionya.  Aku pula membuka siaran 1 FM.  Kemudian, aku terlena.

 

Bersambung.

0 ulasan:





Arkit blog