sungguh pun kau oku,
kau punyai pengaruh,
kau punyai tarikan,
kau punyai kelebihan untuk menarik perhatian orang,
kau boleh mengemis dan menjadi peminta sedekah di kaki lima kerana kekuranganmu akan menyebabkan orang sempurna menaruh simpati ,
kau diambil kesempatan atas kekuranganmu oleh insan tak bertanggungjawab meminta sedekah,
kau jadi alat untuk kepuasan dan keuntungan insan sempurna.
Jika kau tak dapat memberi hasil yang diinginkan,
kau akan dipinggir,
kau akan disingkir,
kau akan disindir,
kau akan dipulau,
kau akan dihalau,
kau akan ditendang,
kau akan dilempang,
kau akan dicincang.
oku oku oku,
kau sungguh hebat,
Kekuranganmu menyebabkan kerajaan bersimpati,
kau menerima bantuan kerajaan,
Tapi sayang,
Bantuan bulanan berupa wang bukan kau yang menggunakan untuk perbelanjaan dirimu,
Insan-insan rakus menggunakan wang bantuan itu untuk bermewah-mewah,
bersenang-senang,
membeli peralatan perabut rumah yang mahal-mahal,
membayar segala tonggakan,
membayar hutang,
membayar ansuran kereta,
membayar insuran,
membeli belah kerana duit telah membutakan mata insan kejam itu.
Oku Oku Oku, kau memang kasihan,
kau tak berpeluang bergaya,
kau tak berpeluang bermewah,
kau tak berpeluang bersuka-suka dengan bantuan kerajaan,
Kau tak berpeluang membela diri,
Jika kau cuba memperjuangkan hakmu,
Kekuranganmu akan diungkit,
kasihannya engkau,
alasan yang cukup mudah diberikan ketika kau menuntut hakmu,
Mereka yang menjagamu dari kecil,
Tanpa bantuan mereka, kamu tak akan boleh ke sana sini,
Kau insan cacat jadi buat cara cacat ajerlah,
Tak usah mengada-ngada,
Kau tak perlu simpan duit nanti hilang dan tercicir,
Sehingga pada perdebatan itu kau kalah jua,
Kau terpaksa memendamkan saja kerana tak boleh nak buat apa.
Dengan ini, kau tak berpeluang menyimpan duit untuk masa tuamu nanti.
Oku Oku Oku, kau memang hebat,
kau mendapat hak sebagai rakyat sesebuah negara,
kau mendapat keselesaan di tempat awam,
tapi sayang,
Ada pun kemudahan-kemudahan di tempat awam,
Insan-insan tak sepatutnya menggunakan kemudahan khas untuk kamu diambil,
Parking untuk oku jua diambil,
Jika kamu menuntut hak,
Mereka pandai berdolak dalik,
Mereka beralasan cukup mudah,
Tempat parker dan sebagainya jarang ditempati,
Dari membiarkan parker kosong,
Baik diisi meskipun mereka sedar,
itu kemudahan yang disediakan hanya untuk insan yang bernama oku sahaja.
Oku oku oku,
malangkah nasibmu?
Apakah nasib mu akan malang selalu?
Apakah tiada insan yang sudi mendengar keluhan dan rintihanmu?
Adakah kau akan selamanya tertindas?
Apakah dunia ini tidak adil bagimu yang bergelaroku?
Apakah semua insan normel jahat?
Apakah semua keluarga oku tak dapat terima dan jahat terhadap oku?
Adakah kau ingin selamanya begini?
Jika di dunia kau sudah begini,
percayakah kau pada kekuasaan tuhan yang akan memberi keadilan padamu di hari muka?
Adakah kau berfikir tuhan tak mengasihimu?
Adakah terlintas dalam benakmu bahawah tuhan menjadikan kau insan oku tiada sebab dan hikmah yang tersembunyi?
Oku Oku Oku,
percayalah,
tuhan maha pengasih,
Kejadianmu ada hikmahnya,
Tidak selamanya kau bernasib malang,
Masih ada insan di dunia mahu mendengar luahan dan rintihan hatimu,
Kau tidak selamanya akan tertindas dan ditindas,
Keluarga oku tidak semua jahat,
di dunia ini,
tiada yang adil seratus peratus,
Mesti ada yang kurang,
Yang adil dan maha mengadili hanyalah tuhan yang maha pencipta,
Bersabarlah,
Hidup bukan setakat di sini,
Ada alam lain yang menanti,
Di situ, barulah kau dapat kemenangan sejati yang tak pernah kau dapatkan semasa di dunia.
2 ulasan:
uuummmm...
speechless...
(sedih)
Ya, terima kasih.
Catat Ulasan