Bengkel Daya Sungai Petani latih OKU berdikari
ZULKIFLI Ramli (dua dari kanan) memerhatikan Razlena Rosa Zila (kiri) dan rakannya, Rosnidawati Saharudin (dua dari kiri) menghasilkan coklat di Bengkel
Daya Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.
Daya Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------
SUNGAI PETANI 7 Julai - Usaha untuk membolehkan golongan orang kurang upaya (OKU) berdikari dan menyertai masyarakat bukan hanya terletak pada tanggungjawab
kerajaan semata-mata, tetapi semua pihak termasuk syarikat dan badan perniagaan perlu memainkan peranan masing-masing.
kerajaan semata-mata, tetapi semua pihak termasuk syarikat dan badan perniagaan perlu memainkan peranan masing-masing.
Peranan itu kini dipergiatkan melalui kewujudan pelbagai pusat pemulihan dan latihan pekerjaan untuk golongan istimewa seperti Bengkel Daya Sungai Petani
yang terletak di Jalan Pahlawan di sini.
yang terletak di Jalan Pahlawan di sini.
Bengkel tersebut digerakkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda dan lebih 20 sukarelawan membantu melaksanakan program latihan serta
pekerjaan untuk memenuhi keperluan setiap pelatihnya.
pekerjaan untuk memenuhi keperluan setiap pelatihnya.
Pengarah JKM Kedah, Zulkifli Ramli berkata, bengkel itu yang ditubuhkan sejak beberapa tahun lalu berfungsi mengenal pasti, mengembang dan memberi latihan
kemahiran kerja kepada pelatih dengan tujuan menyediakan mereka dengan pasaran pekerjaan untuk mencari nafkah.
kemahiran kerja kepada pelatih dengan tujuan menyediakan mereka dengan pasaran pekerjaan untuk mencari nafkah.
"Pada masa ini, pusat tersebut boleh menampung lebih 25 pelatih OKU. Sebelum ini, kami berasakan golongan berkenaan sukar untuk berdikari apatah lagi mendapat
pekerjaan di luar.
pekerjaan di luar.
"Bagaimanapun kami kini berusaha memberikan latihan berkaitan agar mereka lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat luar," katanya pada majlis
ramah mesra JKM bersama masyarakat di sini baru-baru ini.
ramah mesra JKM bersama masyarakat di sini baru-baru ini.
Hadir sama Naib Ketua Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof dan Pegawai JKM Daerah Kuala Muda, Mohamad Md. Noor.
Menurut Zulkifli, selain latihan, Bengkel Daya Sungai Petani turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat untuk mengambil pekerja OKU bagi menghasilkan
produk makanan dan pakaian.
produk makanan dan pakaian.
"Selain menjalani latihan, para peserta turut memperoleh pendapatan apabila mereka diterima sebagai pekerja untuk menghasilkan produk yang dikeluarkan dalam
bengkel ini," katanya.
bengkel ini," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Syarikat Inang Suri Enterprise, Siti Farah Mansor, 28, berkata, pihaknya yang menjalankan kegiatan mengeluarkan produk coklat
memberi peluang kepada OKU untuk menjalani latihan di samping bekerja di bengkel tersebut sejak setahun lalu.
memberi peluang kepada OKU untuk menjalani latihan di samping bekerja di bengkel tersebut sejak setahun lalu.
Katanya, selain menyahut seruan kerajaan yang memberikan peluang sewajarnya kepada OKU, pihaknya berpendapat langkah berkenaan boleh meningkatkan lagi semangat
golongan tersebut untuk hidup bermasyarakat.
golongan tersebut untuk hidup bermasyarakat.
"Kami mengambil empat pekerja OKU untuk menghasilkan coklat. Mereka berjaya menunjukkan prestasi cemerlang setanding orang biasa semasa bekerja," katanya.
Beliau berkata, lebih membanggakan, produk yang dihasilkan golongan OKU tersebut berjaya dipasarkan secara meluas di institusi pengajian tinggi (IPT) di
seluruh negara.
seluruh negara.
Sementara itu, seorang pekerja OKU, Razlena Rosa Zilah, 17, berkata, dia amat berterima kasih kepada kerajaan dan juga pihak yang memberikan peluang kepadanya
untuk mencari nafkah sendiri.
untuk mencari nafkah sendiri.
"Sebelum ini saya sering berasa rendah diri kerana sentiasa berfikir, saya menyusahkan orang lain," ujarnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan