Jumaat, Ogos 28, 2009

Kalah dan menang, apa hikmahnya?

Seperti yang kita ketahui, BN telah kalah dalam kesemua pilihanraya kecil sejak lepas Pru 2008.  manakala pakatan rakyat, telah memenangi kesemua PRK selepas pru 2008.  Ok, kenapa BN kalah?

 

  • Tuhan masih sayangkan BN.  Kekalahan adalah ubat untuk BN supaya ahlinya sedar dari tidur.
  • Bn masih sakit.  Sebab itu, keizinan tidak diberi oleh yang maha esa bagi BN untuk memenangi kesemua PRK yang telah diadakan sehingga kini.
  • Bn masih belum bersatu.  Masih lagi bercakaran.
  • Ini adalah bala yang ditimpakan oleh tuhan yang maha esa kepada parti BN di atas sikap ahlinya yang sombong dan bongkak serta menyalahgunakan kuasa ketika di puncak kuasa.  Perlu diingat, walau pun hanya segelintir kecil yang melakukannya, namun, apabila tuhan menimpakan bala, semuanya akan terkena tempiasnya.

Dan sekarang, mari kita lihat mengapa pakatan rakyat boleh menang.

 

  • Apabila rakyat telah leka dan lupa pada tuhan, tuhan akan menghantar peminpin yang zalim untuk meminpin mereka.
  • Tuhan yang maha esa ingin memperlihatkan kepada kita, bagaimanakah sikap rakus PR apabila sudah berkuasa.
  • Tuhan juga ingin membalas segala perbuatan dan kata-kata mereka terhadap BN.
  • mereka kata, parti Umno kafir sebab bekerjasama dengan orang bukan islam iaitu MIC dan MCA.
  • Nah sekarang, dengan siapa mereka bekerja dan bersahabat?
  • Mereka bersahabat dengan orang bukan islam, malah musuh islam yang dengan terang dan jelas, tidak hormat pada agama islam.
  • Mereka kata, BN parti korap.  nah sekarang, adakah mereka bersih dan maksum?
  • Mereka kata, BN bersikap tak adil dan berat sebelah.  Tetapi, adakah mereka adil dan saksama?

Kepada BN, berubahlah demi rakyat.  Setiap manusia, ada membuat kesilapan dan kesalahan.  Biarlah kesilapan dan kesalahan itu mengajar kita semua dan, janganlah kita mengulanginya lagi.

0 ulasan:





Arkit blog