Rabu, Ogos 26, 2009

Tahniah Kartika

Selamat sejahtera.  mari kita baca artikal ni dan lihat komen saya.

 

Misteri tangguh hukuman - Campur tangan Peguam Negara halang Kartika disebat

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

WARTAWAN menemu bual bekas model yang bakal dihukum sebat kerana meminum arak, Kartika di rumah keluarganya di Sungai Siput semalam.


KUANTAN - Di sebalik penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang sepatutnya ditempatkan di Penjara Kajang kelmarin, banyak tanda tanya timbul dan pihak yang terbabit saling menuding jari menyalahkan pihak lain.

Tidak dapat dipastikan siapa yang benar dalam hal ini, tetapi yang pasti kontroversi itu mendapat liputan meluas termasuk oleh media asing.

Keputusan menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika dikatakan bukan kerana mahu menghormati Ramadan tetapi dipengaruhi keengganan pihak Penjara Wanita Kajang untuk melaksanakan hukuman tersebut.

Demikian dakwaan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar mengenai kegagalan pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika, 32, seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Beliau mendakwa, pengurusan Penjara Kajang tidak membenarkan penjara tersebut dijadikan tempat melaksanakan hukuman itu mungkin disebabkan mereka menerima tekanan daripada pihak tertentu.

"Penangguhan tersebut tidak ada kaitan dengan faktor menghormati bulan Ramadan kerana Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebelum ini memang memutuskan hukuman sebat dilaksanakan dalam bulan puasa untuk tujuan menginsafkan pesalah.

"Kita percaya pengurusan penjara itu mungkin memohon mendapatkan arahan daripada Pejabat Peguam Negara supaya hukuman sebat ke atas Kartika ditangguhkan. Mungkin ada campur tangan daripada pihak tertentu sehingga menyebabkan Pejabat Peguam Negara juga campur tangan," katanya ketika dihubungi semalam tetapi beliau enggan mendedahkan pihak yang dimaksudkannya.

 

Komen:

Jadi, apakah yang berlaku di sebalik semua ini?  Diharap pihak kerajaan dapat berbuat sesuatu supaya kes ini tidak dijadikan isu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan yang suka menangguk di air yang keruh.  Ini terutamanya parti pembangkang yang amat-amat gemar mensensasikan isu-isu seperti ini.

 

Dan, saya secara peribadi mengharapkan, agar hukuman ke atas Kartika ini dapat dilaksanakan.  Ini bertujuan untuk memberikan keinsafan kepada yang tertuduh dan memberi pengajaran kepada mereka yang ingin cuba melakukan perbuatan yang beliau telah lakukan seperti ini.  Dan kepada pihak-pihak yang ingin menasihati beliau supaya merayu, saya berpendapat, adalah lebih baik, hentikanlah.  Banyak lagi kerja lain yang perlu kita nak buat.  Ingat, jangan beri ruang pada pembangkang untuk mensensasikan isu ini.

 

Dan sekarang, mari kita baca petikan kedua pula.

 

Saya tidak akan merayu - Kartika

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my

SHUKARNOR dan Kartika menatap akhbar Kosmo! yang memaparkan kisah penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika di rumah mereka di Sungai Siput, Perak semalam.


SUNGAI SIPUT - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor tidak akan berganjak dengan pendiriannya untuk menerima hukuman enam sebatan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 18 Julai lalu.

Wanita berusia 32 tahun itu berkata, dia menghargai kenyataan beberapa pihak termasuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta beliau menimbangkan untuk merayu hukuman sebatan itu.

"Bagi saya, usaha untuk 'merayu' sebenarnya sudah berakhir iaitu selepas Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus memukul tukul di mahkamah dan menjatuhkan hukuman terhadap saya.

"Sejak saat itulah saya sudah nekad dan bersedia menerima hukuman (enam sebatan) itu," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Jawang di sini petang semalam.

Sebelum itu, di Kuala Lumpur semalam, Najib berkata, Kartika boleh membuat rayuan terhadap hukuman sebat yang dikenakan ke atasnya dan tidak sepatutnya reda semata-mata untuk dihukum.

Menurut Kartika, ada sesuatu yang tidak kena jika dia memohon kepada mahkamah supaya hukuman sebatan itu tidak dilaksanakan sedangkan sebelum ini dia mempunyai masa dan hak untuk berbuat demikian.

"Sebelum ini sudah lima kali saya naik turun mahkamah dengan tujuan dapat mengelakkan hukuman sebat tetapi tiada siapa yang ambil kisah. Dalam tempoh merayu saya tidak berbuat begitu, inikan pula selepas waran penahanan telah dikeluarkan semalam (kelmarin)," ujarnya.

 

Komen:

Tahniah kepada Kartika Sari atas apa yang telah anda lakukan.  Ini menandakan tuhan telah membuka hati anda.  Biar sakit di dunia, tapi, berbahagia di akhirat nanti.  Dan, adalah diharapkan, janganlah sesekali mengubah keputusan yang telah anda buat.  Sekali lagi, tahniah diucapkan.

 

Usahlah dilayan segala apa yang diperkatakan oleh orang luar.  Ingatlah bahawasanya syaitan amat gembira jika kita mengalah kepada napsu kita.  jangan biarkan syaitan dan iblis menang di dalam apa jua yang kita lakukan demi kerana tuhan yang maha esa.

2 ulasan:

Amjat berkata...

kenape najib suh die merayu yer? ade pape ke?

Tai berkata...

Beliau memberikan pendapatnya. Bagi saya, biar dia menerima hukuman supaya dapat memberikan keinsafan padanya.





Arkit blog