Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH
Pelajar-pelajar SKPK Princess Elizabeth sedang tekun bertadarus al-Quran menggunakan huruf Braille.
SALAH tu. Huruf mim bertemu min hukumnya iqlab. Kena panjang dua harkat. Ulang balik," lembut teguran Mohd. Zulkifli Mamat ketika membetulkan bacaan ayat
suci al-Quran salah seorang anak muridnya.
suci al-Quran salah seorang anak muridnya.
Unsur kelembutan yang hadir pada sesi pembelajaran antara dua insan yang cacat penglihatan itu sedikit sebanyak mampu mengusik emosi sesiapa yang mendengarnya.
Paling tersentuh apabila dalam keadaan teraba-raba, ada di antara murid itu dapat mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran tanpa tersekat-sekat sambil memperdengarkan
kelunakan suara yang mendamaikan.
kelunakan suara yang mendamaikan.
Malah hati siapa yang tidak sejuk apabila seorang guru yang cacat penglihatan, Mohd. Zulkifli, 43, gigih mengajar al-Quran kepada anak-anak muridnya yang
turut mengalami masalah sama di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth, Jalan Nong Chik, Johor Bahru, Johor sejak 10 tahun lalu.
turut mengalami masalah sama di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth, Jalan Nong Chik, Johor Bahru, Johor sejak 10 tahun lalu.
Sepanjang Ramadan ini, Mohd. Zulkifli yang mesra dipanggil Ustaz Zul bersama kira-kira 56 murid jelas tidak mahu ketinggalan bertadarus membaca al-Quran
bertulisan Braille.
bertulisan Braille.
Biarpun hidup dalam kegelapan, aktiviti bertadarus al-Quran saban malam itu menjadi rutin selepas sembahyang terawih sebagai waktu terbaik buat mereka
memperbanyakkan ibadat agar mendapatkan keredaan dan keberkatan Ilahi.
memperbanyakkan ibadat agar mendapatkan keredaan dan keberkatan Ilahi.
Jelas Mohd. Zulkifli, kepuasan dan keseronokan yang diperoleh sebagai guru mengajar al-Quran ialah apabila beliau dan dua guru yang lain dapat mengkhatamkan
seramai 12 murid sejak aktiviti tersebut dianjurkan lima tahun lalu.
seramai 12 murid sejak aktiviti tersebut dianjurkan lima tahun lalu.
"Bayangkan satu huruf pun mendapat pahala daripada Allah SWT, inikan pula sebuah al-Quran. Tambah pula dalam puasa ini yang penuh berkat ini, lagi banyak
pahala.
pahala.
"Mengajar murid-murid cacat penglihatan membaca al-Quran sebenarnya perlu banyak kesabaran kerana paling cepat mereka dapat mahir dengan titik huruf Braille
adalah dalam tempoh tiga bulan," kata anak kelahiran Tumpat, Kelantan itu membuka bicara.
adalah dalam tempoh tiga bulan," kata anak kelahiran Tumpat, Kelantan itu membuka bicara.
Menyambung bicara, bapa kepada seorang bayi comel berusia 13 bulan itu berkata, cabaran utama bagi memahirkan diri membaca al-Quran bertulisan Braille
adalah mengenal huruf terlebih dahulu.
adalah mengenal huruf terlebih dahulu.
Katanya, ini kerana huruf seperti alif, ba dan ta mempunyai titik yang berbeza dan ia hanya dapat dibezakan menerusi kecekapan deria rasa jari pada titik-titik
tulisan.
tulisan.
"Namun menjadi guru mengajar al-Quran yang 'tidak nampak' ini lagi besar cabarannya. Selain perlu membiasakan diri dengan keadaan sekeliling, saya berdepan
dengan murid-murid cacat penglihatan yang nakal kerana gelagat mereka sama seperti kanak-kanak normal lain.
dengan murid-murid cacat penglihatan yang nakal kerana gelagat mereka sama seperti kanak-kanak normal lain.
"Mereka juga suka mengusik murid-murid lain malah tidak kurang yang terlalu aktif dan sentiasa bersifat periang. Apa pun saya tetap melayan mereka seperti
murid normal dan memarahi jika membuat salah," katanya tersenyum sambil rancak bercerita.
murid normal dan memarahi jika membuat salah," katanya tersenyum sambil rancak bercerita.
Saya tidak sesal
Bagi penulis, hati Mohd. Zulkifli lebih terang biarpun matanya tidak dapat melihat. Dia membaca al-Quran bertulisan Braille melalui mata hatinya dan itulah
kelebihan Allah SWT sebagai anugerah yang amat bernilai kepada dirinya yang buta sejak 27 tahun lalu.
kelebihan Allah SWT sebagai anugerah yang amat bernilai kepada dirinya yang buta sejak 27 tahun lalu.
Katanya, dia tidak sesal menerima musibah itu cuma sedikit sedih walaupun percaya setiap kekurangan dirinya itu akan terdapat kelebihan yang diberikan
Allah SWT kelak.
Allah SWT kelak.
"Bayangkan kalau kita hilang RM10 pun dah rasa sedih, inikan pula hilang mata untuk melihat dunia ini. Saya terima takdir ini kerana mungkin terdapat hikmahnya,"
katanya.
katanya.
Mengimbau tragedi lampau, Mohd. Zulkifli mengalami demam panas selama dua bulan ketika berumur 16 tahun. Dia hanya berubat mengikut cara kampung iaitu
berjumpa bomoh. Sebaik demamnya beransur pulih, matanya pula silau dan rabun sebelum tidak nampak secara keseluruhan tidak lama kemudian.
berjumpa bomoh. Sebaik demamnya beransur pulih, matanya pula silau dan rabun sebelum tidak nampak secara keseluruhan tidak lama kemudian.
"Saya harap pada mereka yang Allah SWT kurniakan penglihatan yang sempurna dapat membaca al-Quran dengan lebih kerap sebagai tanda kesyukuran kepada-Nya.
"Jangan mensia-siakan kurniaan Allah SWT itu kerana bila sudah tidak ada lagi, baru kita merasakan satu kerugian betapa berharga nilai penglihatan itu,"
katanya menitip nasihat.
katanya menitip nasihat.
Di SKPK Princess Elizabeth, pemegang Diploma Perguruan dari Institut Perguruan Darul Aman, Kedah itu turut mengajar mata pelajaran Agama dan Pengajian
Islam.
Islam.
Sekolah yang dibuka sejak 1953 itu kini menempatkan 78 murid berusia antara enam hingga 12 tahun yang menghadapi masalah penglihatan.
Selain itu, seramai 25 pelajar yang berusia 13 hingga 19 tahun bersekolah di Maktab Sultan Abu Bakar yang terletak berdekatan dengan SKPK Princess Elizabeth.
Kesemua mereka tinggal di asrama yang disediakan memandangkan terdapat murid-murid di situ datang dari seluruh Semenanjung Malaysia.
Pada 15 September ini, sekolah itu akan menganjurkan majlis khatam al-Quran peringkat sekolah bagi meraikan dua lagi murid yang berjaya mengkhatamkan al-Quran
dan dua lagi muqadam.
dan dua lagi muqadam.
Gembira khatam al-Quran
Melihatkan ketabahan murid-murid cacat penglihatan ini membaca al-Quran walaupun dalam serba kekurangan cukup menginsafkan.
Diselubungi kehidupan yang penuh penderitaan, mereka tetap tidak mahu mengaku kalah dalam menunaikan tuntutan agama.
Bagi mereka, tiada istilah berputus asa jauh sekali memencilkan diri daripada aktiviti insan normal lain kerana menyedari nasib berbeza dalam menjalani
hidup di muka bumi ini.
hidup di muka bumi ini.
Seorang pelajar, Ainur Athira Zulkifli, 13, berkata, dia tidak mahu mengharap belas ihsan orang lain selain berterusan meratapi takdir yang menimpa dirinya
itu.
itu.
Kata anak kelahiran Kluang itu, biarpun buta, kesukaran membaca al-Quran bertulisan braille pada peringkat awal merupakan ujian mencabar yang perlu diatasinya.
Anak kedua daripada empat beradik itu mengakui masalah mempelajari hukum tajwid bertulisan braille hampir menggoncang semangatnya.
Namun latihan bacaan setiap hari membolehkan dirinya berjaya mengkhatamkan al-Quran pada umur 11 tahun, katanya tersipu malu.
"Saya mula membaca muqadam pada umur 10 tahun dan semakin fasih dalam tempoh setahun. Mula-mula memang susah hendak guna jari belajar dalam tulisan braille.
"Tetapi asyik kena marah dengan ustaz tiap-tiap hari, lama kelamaan saya dapat 'menangkapnya' dengan cepat," katanya yang bersekolah di Maktab Sultan Abu
Bakar.
Bakar.
Sementara itu, seorang murid, Mohd. Asraf As'ari, 13, memberitahu, dia sedar kelemahan diri apabila agak lambat dapat membaca al-Quran bertulisan braille
yang memerlukan kemahiran deria rasa di jari.
yang memerlukan kemahiran deria rasa di jari.
Kata anak kepada seorang mekanik itu, ini kerana dia sukar membezakan huruf braille bagi tanda atas, tanda bawah dan sabdu. Namun cabaran itu sesekali
tidak pernah luntur kesungguhannya.
tidak pernah luntur kesungguhannya.
Dia yang buta sejak umur tujuh tahun berkata, rahsia kejayaannya dapat mengkhatamkan al-Quran pada tahun lalu kerana menetapkan tempoh belajar selama satu
jam setiap hari.
jam setiap hari.
Hakikatnya, merapati murid-murid cacat penglihatan ini seolah-olah melangkah ke satu jalur kehidupan yang luar biasa apabila tidak semua insan berpeluang
menikmati keindahan hidup seperti mana yang diinginkan.
menikmati keindahan hidup seperti mana yang diinginkan.
Mereka mengharungi kehidupan yang penuh berliku dan suka duka yang dihadapi itu merupakan satu ujian yang sering menggugat kesabaran, namun anak-anak kecil
ini tetap berserah kepada Allah SWT.
ini tetap berserah kepada Allah SWT.
Bagi individu atau syarikat yang ingin berkongsi kegembiraan dengan murid-murid dalam menganjurkan sebarang majlis, mereka boleh menghubungi guru besar
sekolah, Nafisah Ismail di talian 07-2224068.
sekolah, Nafisah Ismail di talian 07-2224068.
0 ulasan:
Catat Ulasan