Jumaat, September 04, 2009

Kekalkan Quota Senator Untuk OKU

Daripada: Hashim Ishak
Tarikh: 03 September, 2009 9:33 AM
Subjek: Kekalkan Quota Senator Untuk OKU
 

Sebagaimana kita semua maklum bahawa wakil OKU di Dewan Negara iaitu
Allahyarham Senator Dato' Prof Dr. Ismail Md Salleh yang dikasihi
telah pun meninggalkan kita semua.
Persoalan sekarang timbul adakah kerajaan akan melantik seorang
Senator OKU sebagai penganti Allahyarham Senartor Dato' Prof Dr.
Ismail Md Salleh. Kuasa melantik seorang Senator adalah terpulang
kepada budibicara Perdana Menteri Malaysia iaitu Yang Amat Berhormat
Dato' Seri Najib Tun Razak.
Kita semua tahu bahawa Dato' Prof. Dr. Ismail Md Salleh ialah seorang
OKU yang mempunyai kelayakan dan perkhidmatan yang cemerlang dalam
memperkatakan isu-isu tentang hak-hak dan pembangunan OKU di negara
ini.
Kita berharap dengan kehilangan tokoh OKU yang sangat dikenali itu
tidak akan menjadi penghalang bagi kerajaan melantik seorang lagi OKU
umumnya attau OKU penglihatan khususnya sebagai seorang Senator di
Dewan Negara. Kita percaya masih ada lagi tokoh-tokoh OKU di negara
ini yang juga mempunyai kebolehan dan kelayakan untuk memegang dan
memikul tanggungjawab sebagai seorang Senator.
Masyarakat Malaysia berasa bangga bila pertama kali dalam sejarah
negara telah dilantik seorang OKU ke Dewan Negara.  Ini membuktikan
bahawa kerajaan Malaysia memang prihatin dalam memberi suara OKU dalam
dewan pemesyuaratan tertinggi seperti Dewan Negara. Dengan lulusnya
AKTA OKU 2007 dan adanya seorang Senator OKU, menunjukkan bahawa
kedudukan OKU di dalam negara ini adalah terbela.
Kita perlu kekalkan seorang wakil kita di dalam Dewan Negara untuk
mengenengahkan permasaalahan kita supaya isu-isu dan masaalah OKU
dapat dibawa ke dalam Dewan.
Saya menyeru kepada semua OKU menyokong usaha untuk mengekalkan quota
Senator OKU  ini. Kalau perlu tulis dan emailkan atau beri komen
kepada laman web Perdana Menteri Malaysia iaitu
www.onemalaysia.com.my
Semoga dengan usaha ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat
memberi pertimbangan sewajarnya kepada permintaan kita ini.
 
Hashim Ishak,
Pengerusi SBM Melaka.
 
--
Sekian, Terima Kasih,
Skype name: hashimmelaka
Blog SBM Melaka:
http://mysbmmelaka.blogspot.com

0 ulasan:





Arkit blog