Aha, inilah satu kisah dari aku. Kisah ini aku anggap melucukan sekali. Kisah ini baru aku alami dua hari yang lalu hinggalah ke hari ini.
Aku telah berkenalan dengan seorang gadis di laman sosial My Life. Klik sini untuk keterangan lanjut.
Nama gadis ini ialah Emelda. Umur 13 tahun. Pada awal perkenalan kami, ianya berjalan elok dan lancar sekali. Dan seperti biasalah, aku akan memberitahu keadaan diriku. Ini memang menjadi kebanggaanku. Aku tak kiralah apa nak jadi.
Apabila dia telah mengetahui siapa aku, dia mula mempertikaikannya. “Awak jangan bohonglah, kalau awak buta, macammana awak boleh hantar SMS pada saya?” Itu yang dipertikaikannya. “Sebenarnya, telefon kami dilengkapi dengan perisian khas yang membolehkan HP kami ini berkata-kata dan segala text yang terpapar di skrin akan dibaca oleh perisian tersebut.” Terangku melalui SMS padanya.
“Awak jangan tipulah.” “Kalau awak buta, macammana awak boleh tonton tv?” Satu lagi perkara telah dibangkitkan olehnya. O o o, dia pertikailah pulak. “Kami yang buta ni, dengar tv.” “Dan oleh kerana, kami dah biasa dengan istilah menonton tv, maka, kami pakailah istilah menonton tv tu.” Aku menerangkan lagi. Aku harap, kali ni, dia fahamlah.
“Saya harap, awak bercakap jujurlah.” “janganlah nak menipu.” Dia membalas SMS aku. O o o, masih tak percaya lagi dia ni. “Ha, itu, terpulanglah pada awak.” “Tapi, sememangnya, saya buta.” Terangku rengkas melalui SMS.
Aku juga mengenali saudaranya. Aku juga telah memberitahu saudaranya bahawasanya, aku ni seorang yang buta. Tak kiralah dia nak percayakah tak.
“Saya rasa, awak jangan tipulah mengatakan awak buta.” “Kalau awak buta, macammana awak boleh kerja?” Dia pertikai lagi. O o o, pertikailah pulak pasal kerja. Aku merasa amat lucu sekali dengan segala pertikaian yang telah dia bangkitkan.
“Habis, kalau tak kerja, apa kami nak makan?” Aku menjawab penuh selamba. Tetapi, sehingga sekarang, dia masih pertikaikan kalau buta, macammana boleh kerja? “Bagi alasan.” “Kenapa buta, tak boleh kerja?” Aku membalas.
Dan sehingga kini, tiada balasan SMS daripadanya. Ha ha ha. Luculah sesangat aku merasakannya.
Dalam soal ni, tak boleh nak salahkan dia jugak. Dia orang Sabah. Mungkin pengetahuan dia tentang orang buta, masih belum ada. Jadi, itulah yang membuatkan dia pertikai habis.
Dalam soal ini, orang buta kena main peranan. orang buta ni, dia masuk laman sosial mana pun, takkan mau dia mengaku dia tu buta. Dia takut hilang kawan. Aku anggap orang seperti ini, menghina diri dia sendiri kerana kebutaan dia. Kalau dia tidak menghina dan memandang rendah kepada dirinya sendiri, sudah tentu dengan bangganya dia akan memberitahu keadaan dirinya tanpa memikirkan apa yang akan berlaku selepas pemberitahuan makluman tersebut.
Berbalik pada cerita tadi, aku rasa, esoklah aku nak sambung gaduh dengan budak ni tentang orang buta. Seronok dan lucu pulak aku rasa.
Dan, selepas aku beritahu di laman My Life tentang kebutaan aku, semua yang rajin chat dengan aku tiba-tiba hilang. Bila ditanya, macam-macamlah alasan pulak. Lucu pulak aku rasa semua benda ni.
Habis.
0 ulasan:
Catat Ulasan