Ahad, Jun 20, 2010

Siarkan Artikel Pro Israel di blog, Anwar Ibrahim Terbukti Pejuang Zionis

 

Ramai rakan-rakan blogger anti Anwar hari ini menulis mengenai kenapa Anwar Ibrahim menyiarkan artikel pro Israel di blog beliau semalam iaitu 16 Jun 2010. Artikel itu secara terang-terangan menulis pendapat Yuval Diskin yang menyatakan kepada media antarabangsa membatal sekatan dan kepungan kepada Gaza akan menyebabkan bahaya dan keadaan tidak selamat kepada Israel. Hal ini disebabkan Hamas yang mereka anggap sebagai pengganas akan mudah mendapat bekalan senjata dan menyerang mereka.

Apa yang dapat dilihat adalah di artikel itu tiada ulasan disertakan oleh Anwar dan menimbulkan tanda tanya adakah Anwar Ibrahim menyiarkannya kerana bersependapat dengan Yuval Diskin, Ketua Agensi Keselamatan Dalam Negeri Israel atau nama hebrewnya the Shin Bet?

Yalah, jika benar beliau tidak bersependapat dengan ketua agensi Israel itu, pasti ada ulasan yang disertakan beliau. Tetapi artikel itu dibiarkan kosong tanpa ulasan seumpama artikel itu sendiri adalah pendirian Anwar.

Bagi Daniel ini semua tidak pelik dan Daniel sendiri telah menulis minggu lalu yang sebenarnya ICG (International Crisis Group) tidak langsung mengkritik Israel terhadap serangan mereka ke atas kapal bantuan Gaza tempohari tetapi hanya menegur Israel yang serangan itu hanya membuatkan masyarakat dunia mengasihani Hamas yang mereka anggap sebagai pengganas. Ini bermakna ICG menyokong dan mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah.

ICG juga sering mengeluarkan laporan berkenaan Yuval Diskin ini dan rata-ratanya di dalam setiap laporan itu mereka bersetuju pendapat ketua agensi Israel itu yang menggelarkan Hamas sebagai pengganas.

ICG juga terkenal rapat dengan Agensi Keselamatan Dalam Negeri Israel atau the Shin Bet ini apabila dokumen perjanjian gencatan senjata Israel dan Hamas yang dibuat oleh agensi itu pada 19 Jun 2008 hanya tercatat di dalam laporan ICG sahaja pada ketika itu dan tidak pada laporan media lain. Klik sini.

Hal rapatnya ICG dan agensi Israel ini yang menyebabkan tidak menghairankan Anwar Ibrahim menyiarkan artikel berkenaan agensi Israel itu di blog beliau, kerana jelas sebagai ahli dan penderma organisasi berkenaan , beliau turut seia dan sekata dengan apa yang diperjuangkan organisasi itu iaitu mengiktiraf dan menyokong Israel sebagai negara yang sah serta sesiapa yang menentang negara itu akan mereka anggap pengganas.

Perkara ini jelas membuktikan Anwar Ibrahim sebagai pejuang zionis di negara ini. Buktinya,lihatlah sendiri Anwar Ibrahim menyiarkan artikel pro Israel di blog beliau.

Kerana satu laporan sahaja mengaitkan beliau dengan gerakan anti yahudi, Anwar Ibrahim kini mula membodek yahudi dan zionis kembali. Betapa terang lagi bersuluh, Anwar tak boleh hidup tanpa yahudi..





1 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

tak sangka para sahabat kita bersatu hati siarkan artikel ini..

ini permulaan yg baik dalam menghancurkan musuh agama kita.

semoga penyatuan tidak langsung ini akan memudahkan peperangan siber melawan mereka...


Moga Allah memberi ganjaran baik kepada kita di dunia dan akhirat..

Salam perjuangan.





Arkit blog