Selasa, Ogos 31, 2010

Pengumuman Teleinfo Bahasa Malaysia (30hb Ogos 2010)

 

Info dari Jawatankuasa Komunikasi dan Assessibiliti

Permohonan adalah dipelawa untuk memohon jawatan editor sambilan bagi penerbitan Majalah Wawasan SBM.  Pemohon tidak semestinya ahli SBM dan boleh menggunakan computer.  Elaun bulanan akan disediakan.  Untuk tujuan pertanyaan dan kepada yang berminat, sila hubungi sama ada Encik Loh Kong Ken, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Assessibiliti di talian bimbitnya, 0122654907 ataupun Tuan Haji Abdul Majid Bin Haji Jaffar di talian bimbitnya, 0169280555 sebelum atau selewat-lewatnya pada hari Rabu, bersamaan 15hb September 2010.

 

Info dari Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi sedang dalam proses mengumpul data bagi dua kumpulan sasaran berikut, iaitu kumpulan pancaragam serta juruurut OKU Penglihatan.  Ianya bertujuan untuk memudahkan jawatankuasa ini merancang program, mempromosi bakat serta perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh golongan sasaran ini, terutama dalam majlis awam melalui media masa.  Bagi tujuan tersebut, anda boleh memberikan data yang diperlukan dengan menghubungi Encik Bahari Bin Zulkifli di talian ibu pejabat SBM, 03-22746162 pada waktu pejabat ataupun menghubungi pejabat cawangan serta kawasan masing-masing.  Anda perlu memberikan nama penuh, nombor telefon serta mahir dalam bidang muzik, nyanyian atau urut.  Kerjasama anda di dalam hal ini amatlah dihargai.

 Terima kasih.

0 ulasan:





Arkit blog