Sabtu, September 11, 2010

BN tak sokong Perkasa

Amat tertarik dengan kenyataan ini.  ya benar Perkasa ditubuhkan untuk membela hak-hak orang melayu.  Ini saya amat sokong.

 

Tetapi, pada pendapat saya, Perkasa jangan terlalu agresif dan extrim.  Perkasa kena ingat, bukan semua orang bukan melayu yang mempersoalkan hak-hak istimewa orang-orang melayu dan bumiputera.  Ini semua ankara segolongan kecil termasuk parti politik yang gila dan tamakkan kuasa.  Dan Perkasa harus ingat.  Orang bukan melayu, tidak akan berani mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan melayu dan bumiputera, jika sekiranya, tidak dimulakan oleh golongan melayu dan bumiputera itu sendiri.  Cuba kita lihat dahulu, beranikah orang bukan melayu mempersoalkan hak-hak istimewa yang dimiliki oleh bumiputera?  Sebab apa?  Sebab tidak ada orang yang memberi jalan.  Tetapi, sejak kebelakangan ini, golongan bumiputera yang tak sedar diri dan tak sedar dek untung ini, telah memberikan suatu jalan yang amat luas pada mereka ini sehinggakan, mereka berani mempersoalkan hak-hak istimewa dan quota bumiputera.  Perlu ingat, semua ini, berpunca dari orang melayu yang tak sedar diri dan tak sedar dek untung ini.  Mereka sanggup mengkhianati bangsa sendiri semata-mata tamakkan kuasa.  Ini yang berlaku.  Sejarah negara juga, sanggup mereka putar-belitkan.

 

Perkasa harus ingat, kepada mereka yang tidak buta sejarah, mereka pasti tidak akan berani mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang melayu.  Jadi, apa yang perlu Perkasa lakukan ialah, berikan penerangan yang amat meluas kepada golongan ini tentang sejarah negara.  mestilah guna pendekatan yang boleh diterima oleh mereka ini.  Perlu diingat, mereka yang buta sejarah ini, dengan senang-senang telah diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan parti politik untuk mencapai tujuan jahat mereka ini.

 

Perkasa boleh meminta bantuan dari kementerian yang terbabit untuk memberi penerangan.  Perkasa tidak perlu begitu agresif dan extrim.  Cara begini, tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan memburukkan lagi permasalahan yang dicetuskan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

 

Sementara kerajaan pula, telah saya katakan beberapa kali, haruslah menjadikan matapelajaran sejarah Malaysia, sebagai matapelajaran wajib lulus.  jadi, bahasa melayu dan sejarah malaysia ini, kalau tak lulus, dikira gagal semua matapelajaran.  Dengan cara ini sahajalah, generasi akan datang, tidak lagi akan buta sejarah dan kemudian, diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

 

Perkasa tidak perlu menjadi parti politik.  Cukuplah sekadar menjadi jambatan kepada Umno atau pun menjadi pembantu kepada Umno untuk melawan anasir-anasir yang jahat serta mempertahankan hak-hak dan keistimewaan orang melayu dan bumiputera di negara kita yang tercinta ini.

0 ulasan:





Arkit blog