Selamatkan AIDC
Warisan Tamar
8 November 2010
AIDC merupakan sebuah blog yang secara total atau 99.99% mendedahkan wajah sebenar insan bernama Anwar Ibrahim. Bagi yang inginkan fakta dan banyak kisah `dalaman' yang sukar ditemui di mana-mana blog, media massa, media elektronik maka AIDC adalah jawapannya!
Saya mengikuti AIDC sebelum saya memulakan blog Warisan Tamar pada tahun 2008. AIDC secara tidak langsung juga telah memberi kekuatan dan semangat kepada saya. Dalam pada itu, ia juga menjadi `sumber' kepada saya terutama dalam mengenali dan mengetahui kerakusan manusia bernama Anwar Ibrahim!
AIDC sebenarnya telah begitu banyak menyumbang kepada rakyat Malaysia. Dengan `barisan' pasukan yang saya percaya sangat dedikasi dan tidak berkepentingan, saya yakin `perjuangan' mereka adalah seikhlas hati. Namun, kini AIDC diambang gelap...bukan kerana AIDC sudah tidak punya tempat di hati pembaca blog mahupun blogger tetapi kekangan kewangan sudah pasti telah menyukarkan pergerakan mereka dalam meneruskan misi perjuangan murni khususnya dalam membuka pekung pemimpin yang penuh dengan tipu daya ~ Anwar Ibrahim!
Kepada rakan pembaca, blogger malah mereka (individu/organisasi' yang mendapat `laba' dari perjuangan AIDC selama ini serta tidak lupa parti politik terutamanya Barisan Nasional, apa kiranya dapat menyumbang semampu dan sedaya yang boleh kepada kelangsungan perjuangan AIDC !!!
warisan tamar
Jangan Biarkan AIDC Berkubur,Bantulah!
Filed Under ( aidc ) by pisau on 8.11.10
Dalam kesibukan PRK Galas dan Batu Sapi,Pisau menerima panggilan telefon dari rakan blogger GAP.Terkejut tak terkata mendengar berita AIDC mahu ditutup.
Pisau mengikuti AIDC sejak awal penubuhannya,hinggalah diterima menjadi salah seorang ahli kelab AIDC.Pisau mengenali rakan rakan dari AIDC,satu team yang amat berdedikasi dan berkerja tanpa mengharapkan apa apa bantuan.
Setahu Pisau team AIDC serba kekurangan,baik dari segi kewangan mahupun dari segi peralatan.AIDC hanya mengharapkan derma dari pembaca blog.
AIDC banyak mendedahkan tembelang dan temberang Anwar,AIDC jugak berperanan menyedarkan terlalu ramai pihak dinegara ini mengenai manusia sesumpah Anwar Ibrahim.
Pisau pernah berbual dengan mangsa liwat, Saudara Saiful Bukhari,beliau sendiri mengakui terbuka hati apabila satu demi satu pendedahan yang dibuat oleh AIDC berjaya menyakinkan orang paling rapat dengan Anwar untuk membuat report polis.
Artikel dan video dari AIDC digunakan oleh pelbagai pihak untuk dijadikan sebagai bahan rujukan mahu pun djadikan sebagai modal ceramah.Malah banyak pihak menggunakan video dan fakta yang dihasilkan oleh team AIDC didalam program program kursus mereka.
Fakta dan artikel AIDC banyak kali diambil oleh media cetak dan elektronik untuk dijadikan bahan berita.Begitulah hebatnya team AIDC yang tidak mampu ditandingi oleh mana mana blog setakat ini.
Adalah amat memalukan jika tidak ada satu pihak pun yang tampil kedepan untuk membantu team AIDC yang berdedikasi dan konsisten.Sebaliknya hanya tahu menguna pakai hasil kerja AIDC tetapi langsung tidak membantu.
Pisau merayu kepada pembaca blog,penyokong kerajaan dan mana mana pihak bantulah AIDC untuk terus menentang dan mendedahkan kegampangan Anwar Ibrahim.Sudilah sekirannya pihak tuan tuan dan puan puan walau pun sedikit menderma agar dapat membantu menanggung kos operasi AIDC.
Pisau kata "banyak kursus ,laporan dari pelbagai pihak guna hasil air tangan AIDC,heran awat depa ni semua tak bantu AIDC."
Mohon Bantuan Bantulah Blogger AIDC, Sebarkan..!!
Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog Pejuang Maya. Hari ini Pejuang Maya nak minta bantuan dari pembaca sekalian untuk menghulurkan sedikit sumbangan buat Portal AIDC [Sini] yang mana kita tahu banyak menyalurkan maklumat dan bukti penyelewengan, pembohongan, penipuan dan kerakusan Anwar Ibrahim serta kuncu kuncunya.
AIDC ini telah lama beroperasi oleh individu dan di bantu dengan rakan rakan mereka dalam mendapatkan bahan maklumat, bukti dan sebagainya untuk kita merungkai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.
Kos semakin hari semakin meningkat, banyak benda dan keperluan di perlukan oleh AIDC ini dalam meneruskan kesinambungan yang sedia ada. Jadi sudilah kiranya menghulurkan sedikit sumbangan buat perjuangan ini.
AIDC bukanlah satu portal yang membuat keuntungan sebagaimana portal milik pembangkang. AIDC bernafaskan maklumat untuk kita. Jika kita tidak membantu maka kepada siapa lagi yang kita harapkan..??
Ini permintaan Pejuang Maya untuk pembaca sekalian. Bantulah seberapa yang anda mampu. Sumbangan boleh di salurkan melalui akaun yang tertera di bawah.
Pejuang Maya harap blogger-blogger AIDC dapat bersabar.
0 ulasan:
Catat Ulasan