Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 2 Mei 2011, bersamaan 28 Jamadil-Awwal 1432 Hijrah.
1. Ucapan Terima Kasih Dan Penghargaan.
Persatuan melalui Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua ahli Persatuan serta rakan-rakan ke majlis bacaan surah Yasin dan tahlil pada hari Khamis lalu. Persatuan juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada keluarga Al-marhumah Datin Jamaliah yang telah menyumbangkan 15 naskah Al-Quran Braille setakat ini.
2. Perletakan Jawatan Kakitangan PERTIS.
Adalah di maklumkan bahawa kakitangan PERTIS, Siti Fatimah binti Mohamed Ansari, telah meletakkan jawatannya berkuat kuasa pada 25 April 2011 yang lalu.
3. Kakitangan Baru Di PERTIS.
Berikutan dengan perletakan jawatan Siti Fatimah, maka PERTIS telah pun mempunyai seorang kakitangan baru bagi menggantikan kekosongan yang telah ditinggalkan. Kakitangan yang dimaksudkan ialan Cik Nurun Jamiah binti Hassan. Beliau akan bertugas di bahagian kewangan PERTIS. Beliau akan mula bertugas pada 3 Mei 2011.
4. Mesyuarat Agung PERTIS Peringkat Wilayah.
Berikut adalah tarikh mesyuarat agung PERTIS peringkat wilayah:
Tarikh
Mesyuarat Agung
7 Mei 2011
PERTIS Wilayah Negeri Sembilan.
5. Barisan AJK PERTIS Terengganu 2011-2012.
PERTIS Wilayah Terengganu telah pun mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada 30 April 2011 yang lalu. Berikut adalah barisan kepimpinan PERTIS Terengganu untuk tempoh 2011-2012 Masihi.
Bil.
Nama Penyandang
Jawatan
1.
En. Mohd Fauzi bin Mansor
Pengerusi.
2.
Cikgu Mohd Khairuddin bin Abdul Wahab
Naib Pengerusi
3.
Cikgu Mohamed bin Ismail
Setiausaha.
4.
Pn. Mashitah binti Yunus
Bendahari.
5.
En. Ramli Md Som
AJK Biasa.
6.
En. Asmadi bin Abdul Wahab
AJK Biasa.
Pemeriksa kira-kira ialah Pn. Mariana binti Mad.
6. PROGRAM UKHUWAH DAN MEMPERKASA BELIA CEMERLANG
6.1. Persatuan melalui Biro Tugas Khas PERTIS Malaysia buat julung-julung kalinya akan menganjurkan aktiviti khas untuk warga belia PERTIS pada hari Selasa, 13 Jamadil Akhir 1432 Hijrah bersamaan 17 Mei 2011 iaitu bersempena cuti umum Hari Weesak. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 5.00 petang bertempat di Kompleks MAB. Pengisian program akan dimuatkan dengan aktiviti khusus untuk ahli-ahli kalangan belia PERTIS dan segmen ceramah memperkasa jati diri mempertetuh iman. Penyertaan kepada ahli-ahli bukan kalangan belia (berusia 40 tahun ke atas) Cuma dibuka pada slot ceramah pada sebelah petang yang bermula pada jam 2.00 petang. Justeru, penyertaan daripada kalangan belia PERTIS amatlah dialu-alukan. Bagi tujuan pendaftaran atau pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Pengerusi Biro di talian, 019-255 1232 (penyediaan kupon makanan). Pendaftaran melalui perkhidmatan SMS turut dialu-alukan.
6.2. Pada hari yang sama juga, satu program khusus berbentuk kuiz agama untuk Saudara Muslim akan turut dianjurkan. Penyertaan dan penglibatan daripada ahli-ahli kalangan Saudara Muslim amatlah dialu-alukan. Bagi tujuan pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Ustaz Mohd Nasir, Pengerusi Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti di talian, 019-394 1441.
7. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA
7.1. Pihak Ibu Pejabat PERTIS Malaysia sedang dalam proses kemaskini daftar dan butiran keahlian. Pihak kami mendapati bahawa butiran peribadi ahli seperti No. Kad Pengenalan, No. telefon, alamat dan lain-lain maklumat keahlian wujud sedikit kecelaruan serta permasalahan. Butiran yuran juga didapati tidak seragam. Ahli-ahli yang telah berpindah alamat juga didapati gagal memaklumkan pihak Ibu Pejabat. Justeru, kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli Persatuan adalah diminta untuk menghubungi Pn. Bariah, Pembantu Tadbir Pentadbiran di talian, 03-4021 2631, hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bagi semakan daftar keahlian masing-masing. Ini adalah bagi memudahkan urusan kemaskini rekod keahlian dimaksud di samping melancarkan usaha pihak Ibu Pejabat yang akan menghantar surat kepada semua ahli sebagai pemakluman keahlian atau peringatan butiran yuran keahlian (jika berkaitan).
7.2 Adalah dimaklumkan juga bahawa pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2011 Masihi sedang dibuka. Sebagai rujukan, kadar yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu RM3.00 seorang dan ahli tanggungan RM1,00 seorang. Semua ahli Persatuan adalah dinasihatkan untuk menjelaskan bayaran yuran semasa atau melangsaikan sebarang yuran tertunggak sebelum atau pada 28 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 30 Jun 2011. Bayaran yuran dalam tempoh berkaitan adalah prasyarat layak menyertai sebarang aktiviti yang terhad atau yang memerlukan pendaftaran termasuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan serta pemberian sebarang bantuan terlibat. Bagi maksud kemaskini status yuran keahlian, sila berhubung dengan Puan Bariah di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631, jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ahli yang telah menjelaskan yuran tahunan atau yang sudi memohon untuk menjadi ahli seumur hidup PERTIS.
8. IKLAN MINGGU INI
Dapatkan bekalan air Zamzam daripada Ramalek Shah bin Othman. Berat 10 liter. Harga RM120.00 sebotol. Bagi sebarang tempahan, Hubungi beliau di talian, 012-684 4559.
9. PENGUMUMAN DARIPADA LAIN-LAIN NGO
Pertubuhan Khidmat Masyarakat Cacat Penglihatan akan menganjurkan lawatan ke Negeri Kelantan Darul Naim pada 3 hingga 5 Jun 2011. Yuran pendaftaran, RM60.00 seorang yang merangkumi caj pengangkutan dan penginapan. Bas akan bertolak daripada pekarangan Kompleks MAB pada jam 8.30 pagi, 3 Jun 2011. Sarapan pagi pada 3 Jun 2011 disediakan. Pihak penganjur juga berjaya memperolehi 2 kali tajaan makan malam. Penyertaan Cuma dibuka kepada ahli dan anak ahli sahaja. Justeru tempat yang amat terhad, penyertan adalah berdasarkan KEPADA “siapa cepat, dia dapat”. Bagi maksud pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Ramli bin Abu Bakar (Pengerusi) di talian, 019-344 9873 atau pejabat Pertubuhan di talian 03-9221 1440. Pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja quota penyertaan penuh.
* PENGUMAMAN INI DIBAWA DENGAN EHSAN DAN KERJASAMA DARIPADA PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS)
Diselaraskan oleh,
(Zakaria bin yahya)
Yang Dipertua PERTIS Pusat.
0 ulasan:
Catat Ulasan