Salam bahagia. Berjumpa lagi dalam SBM Sana-sini.
Info 1.
Pengerusi SBM Pulau Pinang, Md Akhir Embi, masuk hospital kerana sakit. Dia mengidap penyakit penat. Dia dimasukkan ke hospital di Kulim pada 29TH Jun yang lalu. Dan pada hari Isnin, 4TH Julai, beliau telah dibenarkan keluar dari hospital pada sebelah petang.
Tetapi, pada semalam, 16TH Julai, beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya menyerang kembali. Semuanya gara-gara beliau degil atau pun ketegak kata orang utara. Beliau dikatakan memakan sejenis buah. Buah apa tu, aku tak reti nak sebut. Akibat dari memakan buah itu, beliau mengalami sedikit kekejangan otot dan memori ingatannya menjadi amat lemah. Beliau langgar pantang-laranglah tu. Beliau khabarnya dihantar ke hospital di Sungai Petani. Dan berita terbaru yang diterima, beliau dah sembuh dan kembali normal. Sama-samalah kita mendoakan kesihatan beliau tersebut. Untuk hubungi beliau, 0194260441.
Info 2.
Pada 1ST hingga 3RD Julai yang lalu, rombongan SBM Melaka telah datang melawat ke Pulau Pinang. Rombongan mereka seramai 44 orang. Pada 2ND Julai di sebelah pagi, mereka telah pergi berkelah di Batu Feringgi. Dan, mereka hampir-hampir kehilangan salah seorang ahli rombongan akibat lemas semasa mandi-manda di pantai. Mangsa tersebut telah dihantar ke hospital akibat tertelan air laut dan pasir. Beliau dibenarkan keluar dari hospital pada sebelah petang. Mangsa tersebut bernama cik Kadariah.
Pada 3RD Julai, rombongan SBM Melaka telah datang ke SBM Pulau Pinang. Di sana, mereka dijamu dengan makanan tengahari. Makanan tengahari tu, memanglah sedap sesedap-sedapnya. Aku makan dua pinggan sebab salah seorang AJK iaitu Mona, taknak makan. Dia kata, dia dah pekena roti canai tadi. Jadi, kenyang. Saudara Hashim ishak juga makan dua pinggan.
Mereka sampai di SBM pada lebih kurang jam 1:30 petang. Saya dan beberapa AJK lain, menyambut mereka di pintu masuk SBM. Pada hari itu, yang datang bertugas ialah saya, Mona, Sarida dan habsah.
Semasa jamuan makan itu, SBM Penang dan melaka bertukar-tukar ucapan dan juga cenderamata. Dalam ucapan saudara Hashim ishak, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SBm Pulau Pinang kerana telah sudi menjadi tuan rumah kepada rombongan SBM melaka dan juga memberi jamuan makan tengahari kepada mereka.
Dalam ucapan balasnya, Habsah Saad, setiausaha SBM Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan SBM Melaka kerana sudi datang melawat ke SBm Pulau Pinang.
SBM melaka dan Pulau Pinang juga bertukar-tukar cenderamata. Mereka bertolak balik ke melaka pada kira-kira jam 2:30 petang dan sampai di melaka pada kira-kira jam 3:00 pagi. Ini adalah kerana mereka terlibat dalam kesesakan akibat dua kemalangan jalanraya dan tayar bas mereka pecah.
Info 3.
Pada pagi hari Khamis, 14TH Julai, SBM Kedah telah dipecah masuk. habis semua kelengkapan komputer dan set karaok dilarikan. Akibat daripada kejadian itu, kesemua data-data ahli dan lain-lain data milik SBM kedah telah lesap. Kerani SBM kedah, Puan Laily, telah membuat laporan polis atas kejadian ini.
Dalam perkembangan berkaitan, setiausaha SBM kedah, Sumairi Zainol menyatakan rasa sedihnya di atas kejadian yang menimpa SBM kedah ini. Beliau memberitahu, kini beliau terpaksalah memulakan kerja-kerja di SBm Kedah itu, bermula dari A iaitu mula-mula, sampailah terkini.
Beliau juga memberitahu, bahawa beliau telah melaporkan kejadian ini kepada SBm pusat. Dan, beliau juga melahirkan kebimbangannya sama ada SBm Pusat telah membelikan insurans kepada SBM kedah atau belum. Ini kerana menurut beliau, SBM pusat mengambil alih hal-hal insurans dari SBM kedah. Beliau berkata, kalau masih belum beli insurans tu, habislah.
Info 4. Pada 16TH Julai, rombongan SBM Kedah telah datang melawat Pulau Pinang. mereka singgah melawat ke SBM Pulau Pinang. Mereka sampai pada lebih kurang jam 11:00 pagi. Mereka dijamu dengan masakan bihun singapore.
Selepas itu, mereka pun bertolak ke distinasi yang seterusnya.
Info 5.
SBM Terengganu telah mengadakan mesyuarat branco mereka pada Jumaat, 15TH Julai, sebelah malam.
Info 6.
SBM melaka pula, mengadakan mesyuarat branco mereka pada Ahad, 17TH Julai.
Info 7.
SBM Pulau Pinang pula, akan mengadakan mesyuarat branco pada 14TH Ogos.
Info 8.
Sekarang ini, Rosnah Ahmad begitu sibuk sekali. Pantang Sabtu dan Ahad, takkan melekat di rumah lagi. Ada saja kerjanya di SBM, ICT MAB, mahu pun KRM. Al-maklumlah jawatan yang dia pegang, bukannya calang-calang jawatan. Di SBM, dia pegang jawatan naib pengerusi dan jawatankuasa wanita. DI ICT MAB dan KRM, dia jadi setiausaha kalau tak salah.
Info 9.
Sebelum berangkat ke Pulau Pinang, suara Hashim Ishak telah menjadi suara Ramlee Sarip. Ini kerana dia tak ada suara. Mungkin panas badanlah tu.
Sekian SBM sana-sini kali ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan