Isnin, Oktober 29, 2012

Talian hayat dilanjutkan

Aha, aku yang dijadualkan kerja hinga 31ST Oktober ini, akan kerja hingga 15TH November. Sebabnya, kilang tak jadi pindah pada 1ST November. Tak tau apa pasai.

Ahad, Oktober 28, 2012

Zhana, ke mana kau pergi?

Sudah empat ke lima tahun lebih Zhana menghilangkan diri. Ke mana kau menghilang ya Zhana? Zhana menghilang, tanpa sebarang khabar berita. Tanpa meninggalkan sebarang jejak. masih kuingat, kuhantarkan surat padanya di tempat kerjanya dan dia membaca. Terima kasih kepada sahabat yang menolong ku.

Dan selepas beberapa ketika, Zhana pun menghilang. ke mana kau menghilang Zhana? Kuharapkan pada suatu hari nanti, kau akan menjelmakan diri kau. Kuharapkan pada ketika itu, kau tampil dengan wajah dan semangat yang baru. Kau tampil dengan penuh bergaya dan penuh ciri-ciri seorang wanita melayu. Kuharapkan, Zhana pada ketika itu, adalah Zhana yang penuh kesopan-santunan dan bukanlah seperti Zhana yang dahulu.

Zhana, kudoakan kau berbahagia di samping keluarga. Semoga kau tabah menghadapi liku-liku hidup yang penuh pancaroba ini. Sentiasalah mengingati tuhan. Jangan tinggal solat.

Teringat aku pada Zhana bilamana aku mendengar lagu Ahli Fikir Dia Datang. lagu lama yang Ahli Fikir buat rrap. Apabila terdengar sahaja lagu tersebut, tiba-tiba, wajah Zhana muncul di hadapanku.

jagalah dirimu baik-baik Zhana. Kuharapkan suatu hari nanti, suaramu akan muncul kembali di corong-corong radio.

Rezeki di tangannya jua

Orang kata, rezeki di tangan tuhan. Tuhan lebih tahu tentang rezeki hambanya itu.

Inilah alkisahnya detik-detik terakhir aku di tempat kerjaku. Kini, aku sedang menghitung hari-hari terakhirku di tempat kerja. Selepas ini, di manakah pula rezekiku? Adakah rezekiku ini masih di negeri kelahiranku iaitu Penang? Dok penang, pekena nasi kandak, kankah bagoih? Atau, adakah aku akan mengembara ke daerah lain untuk mencari rezeki sesuap nasi? Semua itu, hanya tuhan yang maha esa yang mengetahuinya.

Sejak kisah detik-detik terakhir aku di tempat kerjaku aku hebahkan di facebook, telah banyak cadangan yang kuperolehi. jawapannya, biarlah aku yang menjawab di dalam hati. Aku tidak boleh memberi sebarang komen oleh kerana sebab-sebab tertentu. Ini kerana, aku takut benda yang aku berikan jawapan nanti, akan melantun balik padaku. Jika ini yang berlaku, siapa nak jawab?

Kilang tempat kerjaku sudah pun memulakan operasi pemindahannya sedikit demi sedikit bermula 1ST Oktober yang lalu. Dan pada Sabtu, 27TH Oktober, kesemua penghawa dingin telah dibuka.

31ST Oktober, merupakan talian hayat terakhir buatku dan dua warga oku yang lain. Manakala pada 1ST November, maka tamatlah talian hayat bagi kami warga oku di kilang tersebut.

memecah tembok ketakutan bahagian dua. Terakhir.

7TH Oktober 2011. Jam 4.30 pagi. Telefon di bilikku berdering. Pengerusi SBM johor saudara Zainol telah menyambut panggilan itu. Rupanya, panggilan dari pengerusi SBM Terengganu. nak ajak aku turun ke kedai makan yang terletak kat sebelah hotel untuk makan. hah, bab makan, aku pantang diajak. mesti nak punya.

Jam 4.40 pagi, Pengerusi SBM Terengganu saudara Nasir dan rakannya Rahim dah sampai ke bilik. kami ajak Zainol sekali, tapi dia tolak. Selepas pintu ditutup rapat, kami beredar turun ke kedai yang terletak bersebelahan dengan hotel new Winner. Kedai mamak. Tak ingat nama dia.

Di sana, aku makan tiga keping roti canai dan minum nescafe o. Sambil kami makan dan minum, kami pun bersembang. Suasana di pagi Sabtu yang dingin itu amat selesa sekali. Sampai kami pun tak sedar dah berapa lama kami melepak di kedai itu. Tau-tau, dah pun kedengaran azan subuh.

6.30 pagi. Kami kembali ke bilik. Bila aku masuk ke bilik, Zainol dan pak Cu sedang bersiap-siap nak pergi makan rasanya. Selepas itu, aku ke bilik nasir dan Rahim. Aku melepak-lepak di situ. Nasir pula, hisap rokok. Begitu juga dengan Rahim.

8.15 pagi. Aku, Nasir dan Rahim pun bergerak turun ke lobi hotel. Kami nak ke bangunan SBM pusat sebab hari tu, ada mesyuarat majlis presiden. Apabila melalui kedai mamak bersebelahan dengan hotel, kami terserempak dengan pak Cu dan Zainol yang sedang makan. Kami pun duduklah berbual-bual dengan mereka.

8.55 pagi. kami sampai di bangunan SBM Pusat di jalan Padang Belia. Di sana, kedengaran bunyi riuh-rendah suara orang. kami pun masuk ke bilik mesyuarat dan duduklah di tempat masing-masing. Mesyuarat dijadual bermula jam 9.00 pagi.

“Eh Khai Eong, awak balik bila?” Aku ditegur oleh seorang perempuan. Dan kini, tahulah aku, suara itu milik Azeera Ariffin, setiausaha eksekutif SBM. Suaranya sedap dan best sekali. “Saya balik besok.” Jawab aku rengkas saja.

Minit mesyuarat pun diedarkan kepada semua yang hadir oleh Azeera. Jam 9.05 pagi, presiden SBM yang tampan dan bergaya, Hj Nazari pun tiba untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden. Jam 9.15 pagi, mesyuarat bermula.

10.00 pagi. kak Fadhilah pun ambik pesanan untuk minum pagi. Aku pesan kopi ais kalau tak salah. Pagi tu, minum kopi ais dan makan sedikit kuih. Sambil-sambil itu, mesyuarat terus berjalan.

12.45 tengahari, tuan presiden pun memberhentikan mesyuarat untuk makan tengahari. Aku, nasir, hashim dan Rahim pun turunlah pergi ke kedai yang terletak berhampiran dengan premis SBM. keluar dari tangga SBM tu dan belok kanan.

Pada tengahari itu, aku makan nasi dan kari kambing. Wah, best sekali. makan dan minum aku, Rahim dan Nasir pada tengahari itu telah ditaja oleh Hashim. Aku tak beranilah nak mentekedarah banyak sebab mesyuarat belum lagi habis. nanti nak pi toilet, lecehlah pulak.

Selepas selesai makan, kami pun pulang ke bilik mesyuarat SBM. Didapati, masih ramai lagi yang belum balik dari makan tengahari itu. kami melepak. Aku dan nasir telah pergi ke bilik audio Eu Khoon. Kami berbual-bual di sana. jam 2.30 petang, mesyuarat disambung kembali. Jam 2.30 mesyuarat dimulakan kembali.

4.00 petang, sekali lagi kak Fadilah pergi memesan minuman petang. Mesyuarat berakhir jam 4.45 petang. Wah, rasa lega sekalilah mesyuarat dah habis tu. Maklumlah, mata dah mula mengantuk dah.

Aku dan Nasir berdiri di luar bangunan SBM. Jam 5.00 petang, Hj Nazari pelawa aku dan Nasir pergi minum petang. Shukur pun ikut serta. Di gerai, aku hanya minum secawan limau ais. Sambil-sambil itu, aku belajar cara menggunakan telefon touch screen itu.

Jam 5.30 petang, aku dan nasir balik ke hotel. Aku terus balik ke bilik. Di situ, Zainol sedang berkemas-kemas begnya sebab dah nak balik. Khabarnya, dia nak ke rumah anak saudaranya terlebih dahulu.

6.00 petang, Zainol belanja aku makan pasembok atau orang KL cakap, rojak kat kedai tepi hotel tu. Dia juga belanja Abas sekali. Selepas itu, balik ke bilik dan pergi mandi dan tukar baju.

9.00 malam, sekali lagi pergi pekena mi maggi tiga pinggan besar dengan Eu Khoon di kedai berdekatan SBm tu. mamak tu pun naik takut rasanya. 12.00 tengahmalam, masa untuk lending.

Jam 7.00 pagi esoknya, Ahad 8TH Oktober, aku bersiap-siap untuk berangkat pulang. 7.30 pagi, pergi sarapan nasi lemak kat gerai makcik sombong. jam 8.00 pagi, menaiki teksi ke Jalan Duta ditemani oleh seorang sahabat. 8.15 pagi, sampailah ke perhentian bas jalan Duta. Duduk di kerusi menunggu bas yang akan bertolak jam 9.00 pagi. mata mengantuk sekali.

9.00 pagi, bas Trans nasional ke Penang tiba. Aku dibawa naik ke bas tersebut. jam 9.10 pagi, bas memulakan perjalanannya. Jam 12.00 tengahari, bas berhenti di Sungai Perak. 1.50 petang, bas tiba di perhentian stesen bas Sungai Nibung. Aku pulang ke rumah, sampai di rumah, jam 2.30 petang.

Cerita habis.

Rabu, Oktober 24, 2012

Memecah tembok ketakutan bahagian 1

6TH Oktober 2011, hari bersejarah buat diriku. Itulah kali pertama aku pergi ke Kuala Lumpur menaiki bas ekspress seorang diri. jam 8.30 pagi, teksi telah mengambilku dari rumah ke stesen bas Sungai Nibung. jam 8.55 pagi, teksi tiba di stesen bas Sungai Nibung. Pemandu teksi terus bawa aku ke bas Trans Nasional kerana lima minit lagi, bas akan berjalan. jam 9.00 pagi, bas memulakan perjalanan.

Aku pun mengeluarkan HP aku dan telefon kawan-kawan untuk berbual. Lebih kurang jam 12.00 tengahari, bas berhenti di Sungai perak. Di perhentian itu, seorang apek cina telah sudi membawa aku ke tandas. Apek cina itu juga belanja aku makan. makan apa, aku dah tak ingat.

Lebih kurang jam 2.00 petang. Bas tiba di jalan Duta Kuala Lumpur. Aku pun turun. Dan sekali lagi, apek cina itu telah membantu aku pergi membeli kupon teksi dan seterusnya membantu aku menaiki teksi ke Celcom Ampang. 10 minit kemudian, aku sampai di Celcom Ampang. Di situ, aku tunggu Allan Wong.

Hujan sudah mula hendak turun. Di luar kedengaran bunyi guruh. Sementara menunggu, aku mainlah facebook. Jam 3.00 petang, Allan Wong pun tiba. Seterusnya, aku pun pergi mendaftar prepaid celcom X2 untuk HP yang baru aku beli iaitu Nokia X6 touch screen phone.

Jam 4.30, kami bertolak ke Hotel tempat penginapanku, New Winner di Brickfields. Kami terpaksa meredah hujan renyai-renyai untuk pergi menunggu teksi. 15 minit kemudian, kami sampai di Brickfields. Aku terus mendaftar masuk ke hotel tersebut. Di bilikku yang aku dah pun lupa nombornya, kelihatan seorang tua sedang duduk bersantai sambil mendengar tv.

Aku pun berkenal-kenalanlah dengan orang tua itu. Rupanya, beliau adalah pengerusi SBM perak. Aku panggil dia pak Cu saja. Namanya haji Ahmad yang sekarang dah bergelar Dato. Dia agak peramah juga.

Sementara Allan Wong pula, sedang mengatur setting kat HP baru aku. Tidak berapa lama kemudian, kami turun ke lobi hotel pasai tak tahan dok kat dalam bilik kerana Pak Cu tu merokok. Tulah yang leceh tu.

6.00 petang, selepas semua kerja setting selesai, aku dan Allan Wong pergi makan mi kat kedai yang terletak bersebelahan dengan Hotel New Winner yang dipanggil kedai Look Fatt. Jam 7.00 malam, aku naik ke bilik sementara Allan Wong dah balik ke rumah. Di bilik, pak Cu sedang berehat-rehat. Aku pun pergi mandi.

jam 8.00 malam, aku dan Eu Khoon pergi makan kat sebuah kedai mamak yang terletak berhampiran dengan SBM. Pada masa itu, hujan rintik-rintik lagi. Pada malam tu, aku makan tiga pinggan besar maggi goreng. Malam itu, tidur jam 12.00 tengahmalam.

Isnin, Oktober 22, 2012

Menunggu dalam takut

Jam 8.08 pagi, aku telah sampai di jeti feri Pulau Pinang. Apabila aku sampai, aku mencari bangku panjang yang selalu pemandu teksi duduk. Ada seorang nyonya telah membawa aku ke bangku panjang tersebut. Aku duduklah di bangku panjang itu sambil menunggu rakanku yang masih belum datang.

Sementara rakanku belum kunjung tiba, aku sempat jugalah mendengar sekeliling. Orang ramai lalu-lalang di situ. Ada yang baru keluar dari feri, ada yang baru turun dari bas. maklumlah, di situ, ada juga stesen bas Rapid Penang. Ramai juga wanita Vietnam. Aku tak tahulah, anak darakah, atau mak dara.

8.15 pagi, rakanku masih belum tiba lagi. Aku menunggu dan terus menunggu. Di masa menunggu itu, aku berasa agak takut juga. Yalah, manalah tahu tak pasai-pasai, ada orang berikan duit. nanti, orang salah anggap pulak yang kita ni duduk situ nak mintak sedekah. Kankah kes naya tu? Orang semakin ramai lalu-lalang di jeti feri itu.

8.30 pagi. Rakanku masih belum tiba. Aku menunggu lagi. Sudah hampir setengah jam rasanya ni. Dan akhirnya pada jam 9.45 pagi, rakanku pun tibalah dengan menaiki bas Rapid penang. maka, kami pun berjalanlah menuju ke distinasi kami.

jam 10.00 pagi, kami tiba di Taman Chai Ling di Butterworth. kami singgah di kedai untuk makan. Aku makan lima pinggan chee cheong fan. Rakanku makan semangkuk besar mi kari dan lima keping kuih.

Semasa dok pelahap makan, orang dah call. Depa call tanya kami kat mana. Pengerusi dok tunggu nak buat mesyuarat khas. Bagi tau sajalah tengah dok makan. Apa nak kata kan? Bas lambat.

Jam 11.00 pagi, selesai makan. Selepas membayar, terus menuju ke perhentian bas. Tunggu lima minit saja, bas pun sampai. kami naik bas. 15 minit kemudian, kami tibalah di distinasi kami, SBM. Panasnya bukan main lagi.

Mesyuarat tamat jam 1.00 tengahari. Aku minta kerani tolong pi beli nasi. Dia tahulah banyak mana aku makan. Aku nak nasi dan kuah saja. Jam 1.30, kerani dah balik dari beli nasi. Ok cantik, nasi aku ni, bungkusan memang besar. Enam orang makan punya nasi, aku bantai sorang. Tengahari itu, tanpa disangka-sangka, hujan turun dengan lebat sekali.

Nasi aku ni ada sekeping ikan. Tak apalah bantai saja. Selepas makan nasi bungkus besar tu, pekena pulak keropok lekur. Tapi keropok lekur tu liatlah penat nak kunyah. Dan pada tengahari itu, aku telah dapat minum sebungkus teh ais secara percuma.

Jam 4.30 petang. Bertolak pergi ke jeti dengan menaiki teksi. Petang itu, hujan renyai-renyai. Tetapi, apabila sampai di jeti feri di Pulau Pinang, hujan begitu lebat sekali. Sampai di rumah jam 6.15 petang.





Arkit blog