6TH Oktober 2011, hari bersejarah buat diriku. Itulah kali pertama aku pergi ke Kuala Lumpur menaiki bas ekspress seorang diri. jam 8.30 pagi, teksi telah mengambilku dari rumah ke stesen bas Sungai Nibung. jam 8.55 pagi, teksi tiba di stesen bas Sungai Nibung. Pemandu teksi terus bawa aku ke bas Trans Nasional kerana lima minit lagi, bas akan berjalan. jam 9.00 pagi, bas memulakan perjalanan.
Aku pun mengeluarkan HP aku dan telefon kawan-kawan untuk berbual. Lebih kurang jam 12.00 tengahari, bas berhenti di Sungai perak. Di perhentian itu, seorang apek cina telah sudi membawa aku ke tandas. Apek cina itu juga belanja aku makan. makan apa, aku dah tak ingat.
Lebih kurang jam 2.00 petang. Bas tiba di jalan Duta Kuala Lumpur. Aku pun turun. Dan sekali lagi, apek cina itu telah membantu aku pergi membeli kupon teksi dan seterusnya membantu aku menaiki teksi ke Celcom Ampang. 10 minit kemudian, aku sampai di Celcom Ampang. Di situ, aku tunggu Allan Wong.
Hujan sudah mula hendak turun. Di luar kedengaran bunyi guruh. Sementara menunggu, aku mainlah facebook. Jam 3.00 petang, Allan Wong pun tiba. Seterusnya, aku pun pergi mendaftar prepaid celcom X2 untuk HP yang baru aku beli iaitu Nokia X6 touch screen phone.
Jam 4.30, kami bertolak ke Hotel tempat penginapanku, New Winner di Brickfields. Kami terpaksa meredah hujan renyai-renyai untuk pergi menunggu teksi. 15 minit kemudian, kami sampai di Brickfields. Aku terus mendaftar masuk ke hotel tersebut. Di bilikku yang aku dah pun lupa nombornya, kelihatan seorang tua sedang duduk bersantai sambil mendengar tv.
Aku pun berkenal-kenalanlah dengan orang tua itu. Rupanya, beliau adalah pengerusi SBM perak. Aku panggil dia pak Cu saja. Namanya haji Ahmad yang sekarang dah bergelar Dato. Dia agak peramah juga.
Sementara Allan Wong pula, sedang mengatur setting kat HP baru aku. Tidak berapa lama kemudian, kami turun ke lobi hotel pasai tak tahan dok kat dalam bilik kerana Pak Cu tu merokok. Tulah yang leceh tu.
6.00 petang, selepas semua kerja setting selesai, aku dan Allan Wong pergi makan mi kat kedai yang terletak bersebelahan dengan Hotel New Winner yang dipanggil kedai Look Fatt. Jam 7.00 malam, aku naik ke bilik sementara Allan Wong dah balik ke rumah. Di bilik, pak Cu sedang berehat-rehat. Aku pun pergi mandi.
jam 8.00 malam, aku dan Eu Khoon pergi makan kat sebuah kedai mamak yang terletak berhampiran dengan SBM. Pada masa itu, hujan rintik-rintik lagi. Pada malam tu, aku makan tiga pinggan besar maggi goreng. Malam itu, tidur jam 12.00 tengahmalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan