TELEY MAB NO. 549
Rabu, 10 September 2014
No. tel.: 03-22722687
Salam sejahtera,
Terdapat 3 pengumuman baharu dan 2 pengumuman lama,
Pengumuman 1: Hari Khidmat Pelanggan Maybank Sedunia.
Acara ini akan diadakan pada hari Sabtu, 27 September di Taman Metropolitan, Kepong. Semua orang buta dijemput hadir. Bas akan meninggalkan Kompleks MAB pada jam 6.45 pagi dan sarapan pagi akan disediakan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Siti Huraizah di talian 22722677 samb. 189. Tarikh tutup untuk pendaftaran ialah pada 19 September (Jumaat).
Pengumuman 2: Kursus anatomi dan refleksologi oleh Dr. Farid.
Kursus ini akan diadapan pada 17 dan 24 September serta 1 dan 15 Oktober. Sijil akan diberikan. Bayaran untuk sehari sebanyak RM50.00. Manakala untuk 4 hari sebanyak RM100.00. Keutamaan kepada mereka yang telah memperolehi Sijil SKM. Sarapan, makan tengah hari dan minuman teh akan disediakan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Siti Khadijah di talian 018-2319338.
Pengumuman 3: Perhimpunan warga emas orang buta.
Majlis ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 4 Oktober pada jam 10.15 pagi di Dewan MAB. Ia akan diikuti dengan permainan Lotto di Pusat Warga Emas Orang Buta, bermula jam 9.00 pagi. Bayaran sebanyak RM5.00 bagi ahli dan RM6.00 bagi bukan ahli. Sila berdaftar dengan Puan Rani di talian 016-6854837.
Pengumuman 4: Sambutan ulangtahun ke-16 PEKHIDMAT.
Majlis ini akan berlangsung di Kafeteria MAB pada hari Sabtu, 20 September pada pukul 11.00 pagi. Semua ahli dijemput hadir. Sila daftarkan diri di pejabat ini di talian 92211440.
Pengumuman 5: Penerangan ringkas tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan oleh pihak FOMCA.
Majlis ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 6 September dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di Dewan MAB. Makan tengah hari akan disediakan. Sila berdaftar dengan En. Subra di talian 22722677. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi, Puan Farah Jori di talian 22722677 samb. 118.
Terima kasih,
Ikhlas,
En. Godfrey Ooi.
TELEY MAB NO. 549
Wednesday, 10th September 2014
Tel. no. 03-22722687
Hello friends,
There are 3 new and 2 old announcements,
Announcement 1: Maybank Global CSR Day.
This will be on Saturday, 27th September at Taman Metropolitan, Kepong. All the blind are invited. The bus will leave Kompleks MAB at 6.45 am and breakfast will be provided. For more information, please call Cik Siti Huraizah at 22722677 ext. 189. Closing date for registration is 19th September. (Friday).
Announcement 2: Anatomy and reflexology training by Dr. Farid.
This will be on 17th and 24th September and 1st and 15th October. The certificate will be issued. Payment for 1 day is RM50.00. While for 4 days is RM100.00 only. Preference for those who have the SKM Certificate. Breakfast, lunch and tea will be provided. For registration and payment, please call Mr. Subra at 22722677. For more information, please contact Puan Siti Khadijah at 018-2319338.
Announcement 3: Elderly blind gathering.
This will be on Saturday, 4th October at 10.15 am at the MAB Hall. It will be proceeded by the Lotto game at The Elderly Blind Centre, starting 9.00 am. The fee is RM5.00 for members and RM6.00 for non-members. Please register with Mrs. Rani at 016-6854837.
Announcement 4:PEKHIDMAT 16th Anniversary Celebration.
This will be at The MAB Cafe on Saturday, 20th September at 11.00 am. All the members are invited. Please register at the office at 92211440.
Announcement 5: Briefing on Goods and Services Tax by FOMCA.
This will be on Saturday, 6th September at 8.30 am to 12.00 pm at the MAB Hall. Lunch will be provided. Please register with Mr. Subra at 22722677. For more information, please call Puan Farah Jori at 22722677 ext. 118.
Thank you,
Regards,
Mr. Godfrey Ooi.
0 ulasan:
Catat Ulasan