Rabu, April 29, 2015

Talian Maklumat PERTIS 27 April 2015

Talian Maklumat PERTIS 27 April 2015

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),
membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 27  April 2015 Masihi, bersamaan 08 Rejab  1436 Hijrah Isnin.

 

Pengumuman Terkini


Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

 

 

1.1   Mesyuarat AgungTahunan  PERTIS Kali Ke-20.

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-20.

Mesyuarat tersebut akan dijalankan seperti berikut:

 

Tarikh:

12 dan 13 Sya’ban 1436 Hijrah bersamaan,

30 dan 31 Mei 2015 Masihi. (Sabtu dan Ahad)

Tempat:

Adamson Hotel

No 79 Lorong Haji Hussein 2

Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz

50300 Kuala Lumpur

Tel: 03-2698 8557

Faks: 03-2698 9557/03-2698 8501

Yuran penyertaan:

RM 30.00 untuk ahli PERTIS.

RM100.00 Untuk bukan Ahli PERTIS.

Bayaran yang sama juga dikenakan kepada mereka yang tidak menginap di hotel.

Ini ialah untuk memudahkan pihak pengurusan.

Untuk pendaftaran dan pembayaran sila hubungi Encik Mohd Azim Firdaus pembantu pentadbir Ibu Pejabat PERTIS di talian 03-4021 2631 pada waktu pejabat.

 

1.2 Program Isra’ mikraj.

PERTIS melalui Biro Dakwah dan Pendidikan Pusat PERTIS,

Akan menganjurkan program Isra’ Mikraj 1436 Hijrah.

Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh: 28 Rejab 1436 Hijrah bersamaan 17 Mei 2015 Masihi (Ahad).

Tempat: Dewan Dr Ismail Salleh,

Kompleks MAB,

Jalan Tebing Off Jalan Tun Sambanthan 4,

Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa: 9.00 Pagi hingga 1.00 tengah hari.

Penceramah jemputan: Ustaz Fozi Bin Husin.

Makan tengah hari akan disediakan.

Semua ahli dan bukan ahli PERTIS, dijemput ke majlis tersebut.

Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan demi menjayakan aktiviti tersebut.

Pihak PERTIS dahului dengan ucapan terima kasih.

 

1.3 dua Jawatan kosong Di Ibu Pejabat PERTIS.

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang berminat untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan berikut:

 

1.3.1 Setiausaha Eksekutif.

Syarat kelayakan:

1.    Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf.

2.    Mampu berkerja secara sendiri dan berpasukan.

3.    Lelaki ataupun perempuan.

4.    Punyai minat yang tinggi untuk menyumbang ke arah pembangunan OKU penglihatan.

5.    Berketerampilan dan penguasaan dwi bahasa adalah satu kelebihan.

Tugasan utama termasuklah menyelia dan merencana tugasan atau operasi di pejabat, melaksana dan mengemukakan cadangan ke arah memenuhi fungsi-fungsi persatuan.

 

1.3.2 Pembantu penerbitan.

1.    Penguasaan Braille dan Duxbury.

2.    Berminat dalam kerja-kerja penerbitan Braille.

3.    Fahami bahasa dan tulisan arab.

4.    Mampu berkerja secara sendiri dan berpasukan.

5.    Mempunyai keterampilan diri dan iltizam yang tinggi.

 

Bagi kedua-dua jawatan di atas, sila emailkan resume kepada Setiausaha Agung PERTIS melalui email beliau,rosmelati60@gmail.com selewat-lewatnya 21 Rejab 1436 Hijrah bersamaan 10 Mei 2015 Masihi.

 

1.4 pengumuman dari kelab amru al'as pertis.

kelab amru al'as akan menganjurkan  kem kepimpinan belia padatarikh:

26 hingga 28 Rejab 1436 Hijrah

bersamaan 15 hingga 17 mei 2015(Jumaat hingga Ahad).

Para belia di bawah usia 40 tahun adalah dipelawa untuk menyertai kem ini.
untuk tujuan pendaftaran, saudara-saudari boleh menghubungi cek raihah
di talian ibu pejabat pertis iaitu 03 40212631 pada waktu pejabat.
yuran pendaftaran sebanyak rm10 akan dikenakan. sebarang kemusykilan
sila hubungi en. Mohd Shafiri bin Jusoh ditalian 012 2002140

 

 


Peringatan:

 

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Pn. Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

 

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com,
dan no. telefon 0122163354, 0129772341 atau 03 2034 7007.

 

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

  

Diselaraskan Oleh
Puan Rosnah Ahmad
Setiausaha Agung
persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

0 ulasan:





Arkit blog