Jumaat, Mei 15, 2015

Talian Maklumat PERTIs 11 Mei 2015

Talian Maklumat PERTIs 11 Mei 2015

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),
membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 11 Mei 2015   Masihi, bersamaan 22  Rejab  1436 Hijrah Isnin.

 

Pengumuman Terkini


Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

 

1.1   Mesyuarat AgungTahunan  PERTIS Kali Ke-20.

 

Membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada hari Isnin, 22 Rejab 1436H (11 Mei 2015)

 

1.1 Mesyuarat Agung Tahunan (MAT)  Kali Ke-20.

Pihak PERTIS akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-20.

Tarikh:

12 dan 13 Sya’ban 1436 Hijrah bersamaan,

30 dan 31 Mei 2015 Masihi. (Sabtu dan Ahad)

Tempat:

Adamson Hotel

No 79 Lorong Haji Hussein 2

Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz

50300 Kuala Lumpur

Tel:  03-2698 8557

Masa:

2.00 Petang, (12 Sya’ban 1436

Bersamaan 30 Mei 2015 Masihi (Sabtu)  hingga

2.00 Petang, 13 Sya’ban 1436 Hijrah Bersamaan 31 Mei 2015 (Ahad.

Yuran penyertaan akan dikenakan  seperti berikut:

Ahli  RM30.00 manakala bukan ahli RM100.00.

Tarikh tutup pendaftaran ialah:

PERTIS Pusat:

26 Rejab 1436 Hijrah bersamaan, 15 Mei 2015 Masihi (Jumaat)

untuk PERTIS Wilayah:

25 Rejab 1436 Hijrah bersamaan, 14 Mei 2015 Masihi (Khamis.)

Sebarang pendaftaran dan pembayaran sila hubungi:

Untuk ahli Pusat:

Encik Mohd Azim Firdaus Pembantu Pentadbir Kewangan Ibu Pejabat PERTIS,

di talian 4021 2631 pada waktu pejabat.

Untuk PERTIS Wilayah:

Hubungi Pengerusi atau kerani pejabat masing-masing.

Oleh kerana sebilik dua orang,  sila nyatakan pasangan masing-masing semasa pendaftaran dilakukan, untuk mengelakan berlaku sebarang kemungkinan.

 

1.2 Majlis  Isra' dan Mikraj.

PERTIS melalui Biro Dakwah Dan Pendidikan Pusat PERTIS,

akan menganjurkan Majlis Isra' Mikraj.

Majlis tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh:

28 Rejab 1436 Hijrah bersamaan, 17 Mei 2015 (Ahad)

Tempat:

Dewan Dr Ismail Salleh,

Kompleks MAB,

Jalan Tebing Off Jalan Tun Sambanthan 4,

Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa:

8.30 Pagi hingga 2.00 Petang.

Sarapan pagi akan disediakan dari pukul 8.30 Pagi hingga 9.45 pagi.

Penceramah jemputan:

Ustaz Fauzi Husin.

Kaunter pembayaran yuran tahunan dan Yuran penyertaan untuk  Mesyuarat Agung Tahunan akan dibuka bagi memudahkan urusan pembayaran.

 

Berikut adalah aturcara majlis:

08.30 hingga 09.45 Pagi:

Sarapan pagi.

09.55  Pagi:

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis.

10.00 Pagi:

Bacaan Al-Qur'an dan terjemahan Al-Qur'an.

10.15 Pagi:

Ucapan daripada pihak penganjur iaitu Pengerusi Biro Dakwah Dan Pendidikan Pusat PERTIS,

Ustaz Mohamad Noor Bin Awang Ngah.

10.20 Pagi:

Ucapan dan perasmian daripada Encik Zamzuri Bin Ghani Naib Yang Dipertua PERTIS (NYDPP)

10.30 Pagi:

Ceramah daripada Ustaz jemputan iaitu Ustaz Fauzi Bin Husin.

11.45  Pagi:

Persembahan nashid daripada pelatih-pelatih Pusat Latihan Gurney.

12.00 Tengah hari:

Penerangan berkenaan bantuan yang disediakan oleh pihak Baitulmal.

Yang akan disampaikan oleh pegawai Baitulmal.

12.45 Tengah hari:

penyampaian sumbangan Al-Qur'an dan Terjemahan Al-Qur'an  daripada pihak penaja iaitu pegawai dari Baitulmal.

12.50 Penyampaian cenderahati kepada peserta dan jemputan khas.

12.55 Tengah Hari:

bacaan doa.

1.00 Petang:

Jamuan tengah hari.

2.00 Petang:

Majlis bersurai.

 

2. Pengumuman Daripada Organisasi lain.

2. Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia,

SBM Kuala Lumpur/Selangor,

akan menganjurkan Mesyuarat Agung DWI Tahunan yang pertama.

Mesyuarat tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh:

5 Sya'ban 1435 Hijrah bersamaan, 23 Mei  2015 (Sabtu.)

Tempat:

Hotel City Villa Kuala Lumpur.

Masa:

8.30 Pagi  Hingga 2.00Petang.

Yuran penyertaan dikenakan:

RM15.00 untuk ahli,

RM45.00 untuk bukan ahli.

Pemberian cenderahati berserta sarapan  pagi akan diberi kepada mereka yang berdaftar dan yang telah  menjelaskan yuran penyertaan sahaja.

Cabutan nama bertuah juga akan diadakan. Di antara hadiah yang disediakan ialah seperti handphone, alat elektrik dan sebagainya.

Pada tahun ini akan dijalankan pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi sesi tahun 2015 hingga 2017. Semua jawatan akan dipertandingkan iaitu:

Pengerusi, Timbalan Pengerusi,

Setiausaha, Bendahari dan 5 orang Ahli Jawatankuasa.

Borang pencalonan akan dibuka pada 27 Rejab 1436 Hijrah bersamaan, 16 Mei 2015 Masihi (Sabtu.) dan ditutup pada 2 Sya'ban 1436 Hijrah bersamaan, 20 Mei 2015 Masihi (Rabu.)

Untuk sebarang pendaftaran dan pembayaran sila hubungi puan Romainun Binti Zakaria Setiausaha Cawangan Kuala Lumpur/Selangor di talian 013 258 5967

atau kerani pejabat di talian 2276 4474 pada waktu pejabat.

 

 

Peringatan:

 

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Pn. Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

 

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,

rosmelati60@gmail.com,

dan no. telefon 0122163354, 0129772341 atau 03 2034 7007.

 

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah Ahmad

Setiausaha Agung

persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

0 ulasan:





Arkit blog