Rabu, Mac 30, 2016

telemaklumat pertis 28mac2016

 

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada:
isnin, 28  Mac  2016 Masihi, bersamaan 19 Jamadil-akhir 1437 Hijrah
 
Pengumuman Terkini
 
1. Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.
 
1.1 Ucapan Terima Kasih.
PERTIS menerusi Biro Pendidikan dan Dakwah merakamkan  ucapan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah hadir ke program Rawatan Perubatan Islam Peringkat Asas 2016.
Program tersebut telah diadakan pada 18 Jamadil-akhir 1437 Hijrah bersamaan 27 Mac 2016 Masihi (Ahad). Alhamdulillah sambutan yang begitu menggalakan.
Pihak penganjur memohon ribuan ampun dan maaf di atas segala apa yang telah  berlaku sepanjang program tersebut dijalankan. Sesungguhnya kita hanya merancang, namun apa yang berlaku di luar kemampuan kita. Kepada sesiapa yang berkehendakan sijil penyertaan sila SMS atau hubungi Setiausaha Agung PERTIS di talian 012-288 7676 atau 012-216 3354.
Nyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan.
 
1.2 Program Ceramah Umum Untuk Muslimah.
PERTIS melalui Biro Muslimah, Kebudayaan dan Kesenian akan menganjurkan Ceramah Umum  Untuk Kaum Muslim ah yakni nikah, kahwin dan cerai.
Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh:
02 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 10 April 2016 Masihi (Ahad)
Tempat:
Dewan Dr Ismail Salleh,
Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.
Masa:
09.30 Pagi.
Yuran penyertaan:
Setiap peserta akan  dikenakan rM3.00. Sehubungan dengan itu, untuk pendaftaran dan bayaran sila hubungi Pn. Sariyah Binti Nordin Pengerusi Biro Muslimah, Kebudayaan dan Kesenian di talian
013-341 1066.
Tempat terhad untuk 100 orang sahaja.
Walau pun program tersebut di khaskan untuk kaum muslimah atau wanita, namun kaum lelaki juga dijemput untuk mengikuti program tersebut.
 
1.3 Kakitangan/staf Bertugas Bergilir-gilir Pada Hari Sabtu.
Mulai 24 Jamadil-akhir 1437 Hijrah bersamaan  02 April 2016 (Sabtu)
Pejabat PERTIS  Kawasan Brickfields Kuala Lumpur akan beroperasi.
Ianya akan bermula pada 09.00 pagi hingga 05.00 petang setiap hari sabtu.
Salah seorang kakitangan/staf akan bergilir-gilir menjalankan  tugas di pejabat tersebut.
Untuk minggu pertama, En. Azim akan mula bertugas. Sesiapa yang berhasrat untuk menjelaskan
yuran tahunan atau  mempumyai sebarang urusan sila ke pejabat PERTIS Kawasan Brickfields
pada masa yang telah ditetapkan. Alamat PERTIS Kawasan Brickfields ialah 42A,  Jalan Padang Belia, Brickfields, Kuala Lumpur. No. telepon 03-2276 2634.
Sayugia diingatkan bahwa ini merupakan peringkat percubaan. Ianya akan berjalan selama 3 bulan berturut-turut. Jika tiada sambutan dari ahli-ahli, perkhidmatan  tersebut akan dihentikan.
Sehubungan dengan itu, , kerjasama dari semua pihak amat diharapkan.
 
2. Pengumuman Dari PERTIS Wilayah.
2.1 PERTIS Wilayah Pahang Darul Makmur.
PERTIS Wilayah Pahang Darul Makmur, telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21/2016.
Mesyuarat tersebut telah dijalankan seperti berikut:
Tarikh: 18 Jamadil-akhir 1437 Hijrah bersamaan 27 Mac 2016 Masihi (Ahad).
Tempat:
Di pejabat PERTIS Wilayah Pahang,  Mentakap Pahang Darul Makmur.
Suatu pemilehan Ahli JawatankuasaPERTIS Wilayah Pahang Darul Makmur telah dijalankan.
Berikut merupakan barisan Ahli Jawatankuasa PERTIS Wilayah Pahang Darul Makmur
bagi tahun 2016 hingga 2018.
1. Pengerusi:
En. Mohd Bahkri Bin Mat Said.
2. Naib Pengerusi:
En. Sudin Bin Mat Yusoff.
3. Setiausaha:
En. Ahmad Hanafiah bain Bidok.
4. Bendahari:
En. Abidin Bin Mat Ali.
5. Dua orang Ahli Jawatankuasa ialah:
5.1 En. Abd Malik Bin Abd Kadir.
5.2 Pn. Rosminah Binti Abdul RRani.
 
2.2 PERTIS Wilayah Kelantan Darul Naim.
PERTIS Wilayah Kelantan Darul Naim telah mengadakan Mesyuarat Agung kali Ke-21/2016.
Mesyuarat tersebut telah di jalankan di  Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)
Cawangan Kelantan Darul Naim. Suatu pemilehan Ahli Jawatankuasa telah dijalankan.
Berikut merupakan barisan Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2016 hingga 2018.
1. Pengerusi:
En. Mohd Nazri Bin Nawi.
2. Naib Pengerusi:
En. Mohd Zailani Bin  Mohd Noh
3. Setiausaha:
En. Rahimin Bin Abdul Rahman
4. Bendahari:
En. Abdul latif Bin Mat Husin
5. Dua Ahli Jawatankuasa ialah:
5.1 En. Waliyul Amri Bin Wahab
5.2 Che Norhayati Binti Che Hasan.
6. Juru memereksa kira-kira ialah:
En. Azmi Bin Manaf.
Kepada yang Berjaya diucapkan tahniah dan laksanakan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas dan jujur demi agama dan persatuan.
 
Peringatan:
 
1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Pn. Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-4021 2631 pada waktu pejabat.
 
2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com,
dan no. telefon 012-216 3354/013-261 7278
atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.
 
Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
Diselaraskan Oleh
Puan Rosnah Ahmad
Setiausaha Agung
persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS

Khamis, Mac 24, 2016

Diari hari ini, 24 Mac

Tak naik gaji, depa hingak. naik gaji pun, depa hingak. Ni gilakah apa depa ni? Naik sikit pun kira bersyukur dah daripada tak naik langsung. Dok hingak apa lagi?

Semalam, pekerja kat PPSB dapat surat kenaikan gaji. Aku dapatlah naik RM 30 iaitu, daripada RM 930, dah berubah ke RM 960. Dianya akan berkuatkuasa pada April satni.

Susahlah orang yang tak tau bersyukur ni no?

Akak kat depan kilang tu dah tak juai nasi dah. Dengak cerita, rumah dia terbakar. Tak taulah rumah kat mana tu.

Pagi semalam pi Celcom sat. Sebab ada hal sikit. Pi ambik pakej Celcom First Gold yang RM 80 tu. Aku nak SMS dia tu, free.

 

Hari ni, ada seorang buta kat tempat kerja kami kerja half day. Dia balik jam 12:00 tengahari. Itu yang aku dengaklah.

 

Gara-gara bising, ada orang dah taknak tolong orang buta. yalah, bila dah ditolong, dia bising-bising. Macam beberapa hari lalu, si buta seorang ni suruh kawan tu pi beli air. Dahlah melayu haram tak tau cakap, habis tu nak suruh orang pi beli air dan tak reti cakap nama air tu. Bila dah salah beli, dia bising-bising. At last ada orang dah taknak tolong orang buta dah. Ada yang tolong tapi merungut sebab orang buta suka bising-bising kalau salah beli.

 

Itulah, mata dah tak nampak, lepas tu, nak marah-marah orang. Sendiri tolong sendirilah kalau macam gitu.

 

Sekarang ni, tiap hari kena suruh kawan sorang pi beli air ais. Wah kalau tak, dahaga o. Leceh o. Dahlah water cooler kat kilang tu depa tak pebaik lagi. Entahlah bilalah depa nak pebaik menatang tu, tak taulah aku.

Rabu, Mac 23, 2016

teley maklumat pertis 21mac2016

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),
membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 21 Mac 2016  Masihi, bersamaan 12 Jamadil-akhir 1437 Hijrah Isnin.
 
Pengumuman Terkini
 
Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.
 
1. Maklumat Terkini  dan Tentatif Untuk Majlis Perubatan Secara Islam Peringkat Asas 2016.
 
Sebagaimana yang telah dimaklumkan bahwa PERTIS Menerusi Biro Pendidikan
Dan Dakwah akan menganjurkan Majlis Perubatan Secara Islam Peringkat Asas 2016.
Walau bagaimana pun pendaftaran untuk menyertai  majlis tersebut telah pun ditutup.
Memandangkan sambutan  yang begitu menggalakan, pihak Penganjur memohon maaf kerana tidak dapat lagi menerima penyertaan disebabkan tempat yang begitu terhad.
 
Kepada mereka yang telah berdaftar, sila berada di Kompleks MAB  pada tarikh
dan masa yang telah ditetapkan. Anda akan diberi tanda nama atau name tag.
Tujuannya untuk memudahkan urusan sewaktu makan.
Kepada mereka yang berkehendakan sijil penyertaan sila maklumkan kepada Setiausaha Agung PERTIS di talian 012-288 7676 atau 012-216 3354.
 
Berikut merupakan tentatif Program.
Tarikh: 18 Jamadil-akhir 1437 Hijrah bersamaan 27 Mac 2016 Masihi (Ahad).
Tempat: Dewan Dr Ismail Salleh,
Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.
Masa: 08.00 – 09.15 Pagi: Pendaftaran dan sarapan pagi.
09.25 Pagi: Kata-kata aluan daripada pengerusi Majlis dan bacaan doa.
09.30 Pagi: Bacaan ayat suci Al-Qur’an.
09.40 Pagi: Kata-kata aluan daripada pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah Pusat PERTIS.
09.50 Pagi: Ucapan dan perasmian daripada Encik Osman Nordin Bin Omar Bendahari Pusat PERTIS.
10.00 Pagi: Majlis Perubatan Secara Islam Peringkat Asas Bahagian 1  dimulakan.
Penceramah: Penceramah ialah: Yang Berbahagia Ustaz Haji Tuan Asmawi Bin Tuan Omar, Dari Rawatan Islam  Darul Mateen.
01.0 Petang: Makan tengahari dan solat zohor.
02.15 Petang: Majlis Perubatan Secara Islam Peringkat Asas bahagian 2 dimulakan. Yakni teori dan amali.
04.30 Petang: Majlis penyampaian cendrahati, selawat dan bacaan doa penutup.
05.0 Petang: Minum petang dan bersurai.
 
2. Pembayaran Yuran Tahunan Dan Mengemaskini biodata Keahlian.
Sempena dengan Majlis Perubatan Secara Islam Peringkat Asas 2016,
pihak PERTIS  akan membuka kaunter pembayaran yuran tahunan pada hari tersebut. Pihak PERTIS juga sedang mengemaskini biodata keahlian. Sehubungan dengan itu,
sila bawa bersama Salinan kad pengenalan Dan kad   OKU untuk simpanan sebagai rekod. Ini ialah kerana kebanyakan rekod yang ada di pejabat PERTIS sudah tidak boleh diguna pakai lagi. Tujuannya ialah untuk memudahkan urusan pentadbiran  dikemudian hari. Justeru  itu,  kerjasama dari semua pihak amat diharapkan dan pihak PERTIS dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
3. Edaran Alqur’an dan tafsiran.
PERTIS melalui unit penerbitan  sedang mengedarkan Al-Qur’an yakni  Tafsir Pimpnan  ar-Rahman secara percuma kepada semua ahli-ahli PERTIS. Kepada sesiapa yang belum memiliki Al-Qur’an  tersebut sila dapatkannya
dengan segera di pejabat PERTIS  selagi stop masih ada.
Sila hubungi Pn. Siti Haida Pembantu tadbir PERTIS Unit Penerbitan  di talian
03-2276 2634 pada  waktu pejabat. Sila  beri butir-butir diri seperti
Nama penuh,  nombor kad pengenalan dan bila akan  mengambil Al-Qur’an tersebut.
Kepada mereka yang berada diluar kawasan Kuala Lumpur pihak PERTIS
akan menghantarnya melalui pos. Walau bagaimana pun  kos pembayaran ditangguh sendiri oleh pihak penerima tersebut. Bayaran pos bagi semenanjung Malaysia  ialah RM60.00. Siapa cepat dia dapat.
 

Peringatan:
 
1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-2260 3950), sila maklumkannya kepada Pn. Siti Haida Hamedan di talian  pejabat PERTIS Unit Penerbitan Brickfields   03-2276 2634  pada waktu pejabat.
 
2. Sila ambil maklum,
semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com,
dan no. telefon 012-216 3354/012-288 7676  
atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.
 
Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
Diselaraskan Oleh
Puan Rosnah Ahmad
Setiausaha Agung
persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Isnin, Mac 21, 2016

Diari hari ini, 21 Mac

kat tempat kerja kami ni, ada seorang buta. Dia ni semua nak tunjuk kononnya, dialah yang terbaik dan terhebat.

 

Bila management kilang kata, tiap jumaat kalau dapat, pakailah baju merah atau biru, wah, dia ni, kononnya, hebatlah. Ikut undang-undang. Jumaat saja, tak pernahnya tak pakai i cerita kat you all semua.

 

Lepas tu, tiap Sabtu, kalau tak pakai uniform pun tak apa. Dia tak pernahnya pakai uniform pada Sabtu. Dia nak tunjuk kononnya, dia tu, patuhlah kat undang-undang kilang tu. Aku tak kiralah, tiap hari kerja, uniform aku pakai.

 

Ha, bila punch card masa nak balik, dia mesti kat depan sekali. maklumlah, dia kan semua nak nombor satu? Bab bagi orang itu dan ini pun sama. Ada si buta lain suka dok bagi itu ini kat orang, dia nak tunjuk lagi hebat. Nilah kata, semua nak nombor satu.

 

Wah, cuaca amat panas sekarang. Kat tempat kerja tu, toksah dok katalah hangat bagai nak gila.  Harap cuaca semacam ni akan beransur redalah pada April nanti seperti mana ramalan dari Jabatan Metrologi tu.

 

Selamat bersidang cawangan Umno. Usah pedulikan orang tua kutuk Tun M. Dia adalah sebahagian daripada sajak yang dia pernah baca sendiri, Melayu mudah lupa. Teruskan perjuangan anda semua. Sokonglah presiden yang ada. Kukuhkan perpaduan dalam Umno. Jangan biarkan Umno dihancurkan oleh pengkhianat Umno itu sendiri.

Ahad, Mac 20, 2016

Diari hari ini, 20 Mac.

Pada bulan ni, ada beberapa pendatang dari Nepal kat tempat kerja kami akan habis kontrak dan blah buang. Depa dah taknak sambung lagi dah kontrak depa tu. Alasannya, gaji rendah.

 

Kat kilang kami ni iaitu PPSB, singkatan bagi Public Packagers, ada emapt si buta. Ni termasuklah aku. Tugas kami kat sana ni, senang saja iaitu kopek sampah. pas tu, buang dalam tong yang telah disediakan. Tu sajalah kerja kami dalam sehari-hari tu.

 

Kat tempat kerja kami ni, perangai orang buta ni dia satu macam. Bila mereka nak dapatkan bantuan orang, upah kena bagi. Ibarat macam rasuahlah. Bukan mereka yang nak tolong tu minta, tapi ini si buta yang pandai-pandai buat perkara semacam ni. Akibatnya, ada yang tak segan-silu minta belanja itu dan ini.

 

Yalah, mereka jadi tak ikhlas nak tolong. Bukannya tak boleh bagi upah. Tapi, lama-lama sekali, kita bagilah sebagai penghargaan. Tapi mereka ni tak, contohnya, suruh pergi beli nasi, kena bagi duit lebih untuk beli sebungkus pada si yang membantu ni. Wah tiap kali macam ini, susahlah.

 

Bagi saya, saya tak amalkan macam ini. Saya sikit pun saya taknak bagi upah. Kalau merekan ak tolong, tolonglah dengan ikhlas hati kerana tuhan. Bukan kerana nak dapatkan sebarang habuan atau pun upah. Dan lama-lama sekali, sebagai penghargaan, kita bagilah sikit upah. Itu tak apa.

 

Rupanya kerja kilang ni kadang syiok sesangat. yalah, macam-macam gelagat boleh tengok. hang bomoh akulah, aku kata kat hanglah, aku maki hang, hang maki aku, macam-macamlah cerita dia.

 

Setelah dah lama tak buat cucok udang, akhirnya semalam, kak Rubi buat juga cok udang. Sepuluh biji aku beli. ha, puas hati makan cucok udang.

 

Semalam juga ada orang belanja lunch kat kami si buta ni. Ha, terima kasihlah kepada yang belanja tu.

Khamis, Mac 17, 2016

Diari hari ini, 17 Mac

Pada semalam, barulah aku tahu kenapa seorang rakan Nepal kami belanja kami makan. nama rakan kami tu, Vinut. Dia kena ekok pada hujung minggu lalu. Dengak-dengak cerita, dekat-dekat RM 3500 jugak. Aku terdengar cerita ni dari soksek-soksek orang yang lalu-lalang. Depa ni, berjalan sambil sembang. Tu yang aku dapat dengak.

 

Pintu jamban kat kilang tempat kerja aku, PPSB yang salah satunya dah tercabut setelah seminggu dipasang, masih belum terpasang lagi. Aduhai, tak taulah bila depa nak pasang balik pintu tu.

 

Sekarang ni, CCTV dipasang di merata tempat kat tempat kerja kami. Yalah, nak awasi dan nak tangkap mereka yang penyegan dan selalu pergi merayap entah ke mana pada waktu kerja. Bila dah kena tangkap, depa mulalah bising. Kalau tak tangkap, depa makin melampau.

 

Bila dah kena tangkap, mereka ini tidak dibenarkan membuat kerja OT atau lebih masa buat beberapa ketika dah. padanlah dengan muka depa tu.

 

Aduhai, water cooler kat PPSB ni, bila boss nak repair pun aku tak taulah. Dah lama dah rosak. Ayak sejuk dah tak berfungsi. Kadang waktu petang, terpaksa keluar ke depan kilang, beli ayak ais dari apek yang dok mai juai kat depan kilang.

 

Ok, tidur dulu, bye.

Pertukaran nama blog

Kini, nama blog sudah bertukar. Pertukaran dibuat mengikut peredaran masa.

TELE MAB no. 625

Selasa, 15hb Mac 2016

No. Tel.: 03-22722687

Salam sejahtera,

Terdapat 3 pengumuman baharu dan 3 pengumuman lama,

1.       Sudut Kanak-kanak Perpustakaan.

Kemudahan ini telah dilancarkan pada hari Rabu lepas, 9hb Mac. Para ibu bapa bersama kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah adalah digalakkan untuk
membawa mereka ke perpustakaan ini. Buku-buku yang mempunyai cetakan yang besar, braille dan 3D dengan muzik. Sudut kanak-kanak dibuka dari jam 8.30 pagi
hingga 5.00 petang kecuali waktu makan tengah hari.

2.       Terkini tentang hadiah-hadiah perayaan Tahun Baharu Cina.

Mereka yang telah berdaftar dan masih tidak mengambil beg kudap-kudapan tersebut, sila hubungi Cik Gayathri di samb. 297.

3.       Karnival Kesihatan.

Fakulti Oftalmologi UiTM akan mengadakan satu Karnival Kesihatan dan aktiviti-aktiviti pada hari Ahad, 27hb Mac dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari.
Pengangkutan, sarapan dan makan tengah hari akan disediakan. Semua OKU Penglihatan dijemput untuk mengambil bahagian. Bas akan meninggalkan Kompleks MAB
pada jam 7.30 pagi. Sila berdaftar dengan En. Subra di talian 22722677. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Siti Huraizah di samb. 189.

4.       Terkini tentang Bengkel Penulisan Kreatif.

Bengkel ini telah ditangguhkan ke tarikh 28hb-29hb
Mei (Sabtu & Ahad),dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Hanya tempat duduk yang terhad boleh didapati. Jadi, sila cepat dan berdaftar dengan Cik Roslina
di samb. 150.

5.       Terkini tentang persiaran Warga Emas OKU Penglihatan ke Hatyai.

Ia akan diadakan dari 29hb April hingga  2hb
Mei (Jumaat hingga Isnin). Bayaran sebanyak RM270 bagi ahli-ahli dan RM400 bagi bukan ahli. 2 hidangan sarapan dan 2 hidangan makan tengah hari akan disediakan.
Tempat adalah terhad, sila cepat dan berdaftar dengan Pn. Rani di talian 016-6854837.

6.       Program Asas Perubatan Islam oleh PERTIS.

Program ini akan diadakan pada hari Ahad, 27hb Mac pukul 9.00 pagi di Dewan MAB. Semua OKU Penglihatan dijemput hadir. Bayaran sebanyak RM5.00 bagi ahli,
RM10.00 bagi bukan ahli dan RM3.00 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Ustaz Mohd Noor di talian
012-3428745.

Terima kasih,

Ikhlas,

En. Godfrey Ooi.

Tele MAB no. 625

TELE MAB no. 625

Tuesday, 15th March 2016

Tel. No.: 03-22722687

Hello friends,

There are 3 new and 3 old announcements,

1.       Library Children’s Corner.

This fascility is launched on last Wednesday, 9th March. Parents with children aged 12 and below are encouraged to bring them to the library. The books
with large print, braille and 3D with music. The children’s corner is opened in 8.30 am to 5.00 pm except for the lunch hour.

2.       Chinese New Year Festive Gifts update.

Those who have registered and have not collected the goody bags, please contact Ms. Gayathri at ext. 298.

3.       Health Carnival.

The UiTM Opthalmology Faculty will be holding a Health Carnival at activities on Sunday, 27th March from 8.00 am to 1.30 pm. Transport, breakfast and lunch
will be provided. All the blind are invited to take part. The bus will leave Kompleks MAB at 7.30 am. Please register with Mr. Subra at 22722677. For more
info, you can call Cik Siti Huraizah at ext. 189.

4.       Creative Writing Workshop update.

This has been postponed to 28th-29th
May (Saturday & Sunday), from 8.30 am to 5.00 pm. Only limited places are available. So, please hurry and register with Cik Roslina at ext. 150.

5.       Elderly blind excursion to Hatyai update.

This will be from 29th April to 2nd
May (Friday to Monday). The fee is RM270 for members and RM400 for non-members. 2 breakfasts and 2 lunches will be provided. As places are limited, please
hurry and register with Mrs Rani at 016-6854837.

6.       Islamic Basic Medical Program by PERTIS.

This will be on Sunday, 27th
March at 9.00 am at The MAB Hall. All the blind are invited. The fee is RM5.00 for members, RM10.00 for non-members and RM3.00 for children under 12 years
of age. For more info and registration, please call Ustaz Mohd Noor at 012-3428745.

Thank you,

Regards,

Mr Godfrey Ooi.

telemaklumat pertis 14mac2016

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),
membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 14 Mac 2016 Masihi, bersamaan 05 Jamadil-akhir 1437 Hijrah Isnin.

Pengumuman Terkini

Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.

1. Talian Maklumat PERTIS.

Operasi Talian Maklumat PERTIs telah pun berpindah dari Ibu pejabat PERTIS Gombak ke pejabat PERTIS Unit Penerbitan Kawasan Brickfields, Kuala Lumpur.

Nombor baru talian Maklumat PERTIS ialah 03-2260 3950 dan ianya beroperasi

selama 24 jam.

2. Mesyuarat Agung Tahunan keduapuluh satu.

PERTIS akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke21/2016.

Ianya akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh:

20 dan 21 Sya’ban 1437 Hijrah bersamaan,

27 dan 28 Mei 2016 Masihi yakni hari Jumaat dan sabtu.

Tempat:

Hotel Midah Jalan Atap Kuala Lumpur.

Yuran pendaftaran:

1. Untuk ahli yang menginap di hotel:

RM50.00

2. Untuk ahli yang tidak menginap di hotel:

RM20.00

Walau bagaimana pun sebarang perubahan dan maklumat seterusnya akan dimaklumkan di dalam talian maklumat PERTIS dari masa ke semasa.

3. Yuran Keahlian.

Pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2016 telah pun dibuka sejak bulan Januari 2016. Sesiapa yang belum menjelaskan yuran tersebut sila berbuat demikian.

1. Untuk ahli:

biasa: RM06.00

2. Untuk ahli

Tanggungan: RM01.00

3. Untuk ahli

Bersekutu: RM03.00

4. Untuk ahli

Seumur hidup: RM56.00

Untuk menjadi ahli seumur hidup seseorang itu perlu:

1. menjadi ahli PERTIS selama setahun terlebih dahulu.

Telah menjelaskan segala yuran yang tertunda jika ada.

Untuk sebarang pertanyaan atau pembayaran,

Sila hubungi En. Osman Nordin Bin Omar Bendahari PERTIS di talian 013-364 1994.

4. Program Perubatan Secara Islam Peringkat Asas.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan bahwa PERTIS melalui Biro Pendidikan dan Dakwah akan menganjurkan program Perubatan Secara Islam Peringkat Asas.

Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh:

18 Jamadil-akhir 1437 Hijrah bersamaan 27 Mac 2016 Masihi yakni hari ahad.

Tempat:

Di Dewan Dr Ismail Salleh,

Kompleks MAB, Brickfields Kuala Lumpur.

Masa:

Pukul 09.00 pagi.

Penyertaan masih dibuka dan ianya terhad kepada 100 orang sahaja.

Setiap penyertaan akan dikenakan yuran pendaftaran seperti berikut:

1. Untuk ahli: RM05.00

2. Untuk bukan ahli: RM10.00

3. Untuk kanak-kanakyang berusia

Antara 5 hingga 12 tahun: RM3.00.

Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran,

Sila SMS atau hubungi:

1. Ustaz Mohammad Noor Bin Awang ngah,

Pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah:

012-342 8745 atau 013-340 8510.

2. Pn. Arilzoh Mokhtr 013-392 9280.

Sijil penyertaan:

Pihak PERTIS akan mengeluarkan sijil penyertaan kepada mereka yang memrlukan sijil tersebut. Sehubungan dengan itu, sila Maklumkan kepada Pn. Rosnah Hj Ahmad Setiausaha Agung PERTIS sama ada SMS atau hubungi terus ke talian 012-288 7676 atau 012-216 3354. Sila beri butir-butir diri iaitu

nama penuh dan nombor kad pengenalan yang terkini.

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-2260 3950), sila maklumkannya kepada Pn. Siti Haida Hamedan di talian pejabat PERTIS Unit Penerbitan Brickfields 03-2276 2634 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,

rosmelati60@gmail.com,

dan no. telefon 012-216 3354/012-288 7676

atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah Ahmad

Setiausaha Agung

persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Rabu, Mac 09, 2016

TELE MAB no. 624

TELE MAB no. 624

 

Selasa, 8hb Mac 2016

No. tel.: 03-22722687

Salam sejahtera,

Terdapat 5 pengumuman baharu,

1.       Terkini tentang adiah-hadiah perayaan bagi orang-orang buta berbangsa Cina.

Acara ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 12hb
Mac di Dewan MAB. Mereka yang telah menghantarkan borang permohonan sehingga 27
hb
Februari adalah layak untuk menghadirinya. Sila bawa Kad OKU anda. Bagi mendapatkan penjelasan, sila hubungi Dr Jacqueline di samb. 303.

2.       Terkini tentang Bengkel Penulisan Kreatif.

Bengkel ini telah ditangguhkan ke tarikh 28hb-29hb
Mei (Sabtu & Ahad),dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Hanya tempat duduk yang terhad boleh didapati. Jadi, sila cepat dan berdaftar dengan Cik Roslina
di samb. 150.

3.       Program Asas Perubatan Islam oleh PERTIS.

Program ini akan diadakan pada hari Ahad, 27hb
Mac pukul 9.00 pagi di Dewan MAB. Semua OKU Penglihatan dijemput hdir. Bayaran sebanyak RM5.00 bagi ahli, RM10.00 bagi bukan ahli dan RM3.00 bagi kanak-kanak
di bawah umur 12 tahun. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Ustaz Mohd Noor di talian 012-3428745.

4.       Kod United English Braille (UEB).

Kod baru UEB telah dilancarkan di beberapa buah negara. UEB telah membawa bersama beberapa kod yang telah sedia ada ke dalam  1 kod, yang mengandungi kod-kod
kesusasteraan, , matematik dan komputer. Booklet boleh didapati di NCBM. Sila hubungi Cik Wong Kuee Heong di talian 26306570 samb. 323.

5.       Buku-buku braille terbaharu.

Beberapa buah buku braille telah disumbangkan oleh JAKIM, boleh didapati di Perpustakaan MAB. 2 buah buku braille yang telah dikeluarkan oleh Perpustakaan
MAB adalah:

1.       Talak dan prosedur perceraian dalam 1 jilid.

2.       Jula Juli Bintang Tujuh oleh Adileah dalam 5 jilid.

Terima kasih,

Ikhlas,

En. Godfrey Ooi.

Tele MAB no. 624

TELE MAB no. 624

Tuesday, 8th March 2016

Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 5 new announcements,

1.       Festive gifts for the Chinese blind update.

This will be on Saturday, 12th March at the MAB Hall. All those who have submitted the application forms by 27th
February are eligible to attend. Please bring your OKU Card. For clarification, please call Dr Jacqueline at ext. 303.

2.       Creative Writing Workshop update.

This has been postponed to 28th-29th
May (Saturday & Sunday), from 8.30 am to 5.00 pm. Only limited places are available. So, please hurry and register with Cik Roslina at ext. 150.

3.       Islamic Basic Medical Program by PERTIS.

This will be on Sunday, 27th
March at 9.00 am at The MAB Hall. All the blind are invited. The fee is RM5.00 for members, RM10.00 for non-members and RM3.00 for children under 12 years
of age. For more info and registration, please call Ustaz Mohd Noor at 012-3428745.

4.       United English Braille Code (UEB).

The new UEB Code has been adopted in a number of countries. The UEB brings together several existing codes into 1 code, which includes the literary, mathematics
and computer codes. The booklet Is available at NCBM. Please call Ms Wong Kuee Heong at 26306570 ext. 323.

5.       New Braille books.

A number of Braille books donated by JAKIM are available in the library. 2 new braille books have been produced by MAB Library

1.       Talak dan prosedur perceraian in 1 volume.

2.       Jula Juli Bintang Tujuh by Adileah in 5 volumes.

Thank you,

Regards,

Mr. Godfrey Ooi.





Arkit blog