Ahad, Mac 20, 2016

Diari hari ini, 20 Mac.

Pada bulan ni, ada beberapa pendatang dari Nepal kat tempat kerja kami akan habis kontrak dan blah buang. Depa dah taknak sambung lagi dah kontrak depa tu. Alasannya, gaji rendah.

 

Kat kilang kami ni iaitu PPSB, singkatan bagi Public Packagers, ada emapt si buta. Ni termasuklah aku. Tugas kami kat sana ni, senang saja iaitu kopek sampah. pas tu, buang dalam tong yang telah disediakan. Tu sajalah kerja kami dalam sehari-hari tu.

 

Kat tempat kerja kami ni, perangai orang buta ni dia satu macam. Bila mereka nak dapatkan bantuan orang, upah kena bagi. Ibarat macam rasuahlah. Bukan mereka yang nak tolong tu minta, tapi ini si buta yang pandai-pandai buat perkara semacam ni. Akibatnya, ada yang tak segan-silu minta belanja itu dan ini.

 

Yalah, mereka jadi tak ikhlas nak tolong. Bukannya tak boleh bagi upah. Tapi, lama-lama sekali, kita bagilah sebagai penghargaan. Tapi mereka ni tak, contohnya, suruh pergi beli nasi, kena bagi duit lebih untuk beli sebungkus pada si yang membantu ni. Wah tiap kali macam ini, susahlah.

 

Bagi saya, saya tak amalkan macam ini. Saya sikit pun saya taknak bagi upah. Kalau merekan ak tolong, tolonglah dengan ikhlas hati kerana tuhan. Bukan kerana nak dapatkan sebarang habuan atau pun upah. Dan lama-lama sekali, sebagai penghargaan, kita bagilah sikit upah. Itu tak apa.

 

Rupanya kerja kilang ni kadang syiok sesangat. yalah, macam-macam gelagat boleh tengok. hang bomoh akulah, aku kata kat hanglah, aku maki hang, hang maki aku, macam-macamlah cerita dia.

 

Setelah dah lama tak buat cucok udang, akhirnya semalam, kak Rubi buat juga cok udang. Sepuluh biji aku beli. ha, puas hati makan cucok udang.

 

Semalam juga ada orang belanja lunch kat kami si buta ni. Ha, terima kasihlah kepada yang belanja tu.

0 ulasan:





Arkit blog