Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 28 Mac, 2016
program Walkathon (program Orang Kurang Upaya besar-besaran)
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Saya Zakiah dari pada Universiti Malaya ingin menjemput ahli-ahli persatuan Orang Kurang Upaya untuk sama-sama memeriahkan program Walkathon (program Orang Kurang Upaya besar-besaran) anjuran Jawatankuasa Pelaksana Kerohanian dan Perpaduan (JKP KEP) Kolej Kediaman Ketujuh (Za'ba) ini, pada:
Tarikh: 3 APRIL 2016
Masa: 8 pagi sehingga 11.30 pagi
Hari: Ahad
Tempat: Tasik Varsity dan Gazebo Universiti Malaya
Tempat untuk berkumpul: Tasik Varsity
Peserta akan diberikan sijil.
Makanan akan disediakan (sarapan dan tengahhari).
Bagi orang kurang upaya yang menggunakan kerusi roda, laluan yang digunakan semasa program dijalankan, akan dipantau rapi oleh pihak keselamatan Universiti Malaya.
TENTATIF PROGRAM :
07:30 AM Pendaftaran pelajar dan sarapan
08:30 AM Ketibaan tetamu VIP
08:45 AM Ketibaan perasmi program
08:50 AM Program bermula
08:55 AM Bacaan doa
09:00 AM Ucapan pengarah
09:05 AM Ucapan Pengetua Kolej
09:15 AM Ucapan perasmian
09:25 AM Gimik perasmian program
09:35 AM Senam robik
09:50 AM Larian walkathon bermula (Tasik Varsity)
10:10 AM Larian walkathon tamat (Gazebo, KPS)
10.15 AM Penyerahan kutipan sumbangan
10:20 AM Penyerahan cenderahati kepada tetamu VIP
10:35 AM Nyanyian lagu Universiti Malaya
10:40 AM Sesi bergambar
10:45AM Bersurai
Pengumuman Daripada En. Rosham Bin Sidek
Setiausaha Agung SBM
Kepada Semua Ahli SBM
Tuan / Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM 2016 (EDISI KE-11)
PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)
Dengan segala hormatnya, notis adalah diberi bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2016 SBM (Edisi Ke-11) akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh: 29 – 31 Julai 2016 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat: Primaland Port Dickson Resurt & Convention Centre
No. 1, PD Prima, Batu 13, Jalan Pantai, Pasir Panjang,
71250 Port Dickson, Negeri Sembilan
Tel: 06-6626363
2. Mana-mana ahli SBM yang ingin menyertai Mesyuarat ini adalah dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM150.00 seorang. Manakala bagi bukan ahli/anak/pengiring pula dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM220.00 seorang. Pendaftaran bolehlah dibuat melalui Pejabat Cawangan / Kawasan masing-masing sebelum 15 Jun 2016. Pendaftaran peserta mesyuarat yang lewat dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
3. Sejajar dengan Peraturan 8.8 – Perlembagaan SBM, mana-mana Ahli yang ingin mengemukakan sebarang usul untuk dibincangkan semasa Mesyuarat berkenaan hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Agung SBM tidak lewat dari 15 Jun 2016.
4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
(ROSHAM BIN SIDEK)
Setiausaha Agung
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)
Pengumuman Ulangan:
Pengumuman Dari Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)
SBM melalui wakil dalam Majlis OKU telah menyuarakan beberapa masalah pengangkutan yang dihadapi oleh OKU penglihatan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia. Masalah tersebut termasuk kes seperti sesetengah pemandu rapid bas yang tidak mahu berhenti mengambil penumpang OKU penglihatan dan ketiadaan pandu arah tektile untuk OKU Penglihatan di kebanyakan platform KTM.
Kepada semua pekerja OKU cacat penglihatan, dimaklumkan bahawa Kursus Peningkatan Motivasi Pekerja Cacat Penglihatan yang dicadangkan berlangsung pada bulan Mei 2016 terpaksa ditukarkan kepada Seminar Pekerjaan dalam konteks pekerjaan OKU penglihatan. Ini disebabkan oleh tiada sambutan yang memberangsangkan daripada pekerja cacat penglihatan. Seminar tersebut akan diadakan dalam tempoh 1 hari sahaja dan dijadualkan akan berlangsung pada bulan Ogos di hotel yang akan dimaklumkan kemudian. Yuran penyertaan yang dikenakan melalui majikan adalah RM 200.00 manakala individu RM 150.00. Sekiranya berminat, anda boleh berdaftar dengan puan fadilah bt Abdullah di Ibu Pejabat SBM di talian 03-22746162.
Butir-butiran yang diperlukan adalah seperti berikut:
-Nama penuh peserta
-Nombor kad pengenalan
-Nombor telefon bimbit
-Nama majikan
-Nombor telefon majikan
-Nombor faks majikan
Pengumuman daripada setiausaha eksutif
Senarai jualan peralatan braille
Tongkat putih Hong Kong dengan pemegang berukuran 115, 120 dan 125 sentimeter, berharga RM27.00 untuk ahli dan RM35.00 untuk bukan ahli.
Sekotak 10 Kaset TDK D60 RM25.00
Kertas embossing harga untuk ahli adalah RM5.00 manakala bukan ahli RM6.00
Kalkulator bersuara jenama Genta Bahasa Mandarin RM19.00
Kalkulator bersuara Bahasa Inggeris 12 digit RM36.00
Jam bersuara keychain RM20.00
Pemain MP3 (E-bolang) harga untuk ahli adalah RM340.00 manakala untuk bukan ahli RM375.00.
Permainan Scrabble cetakan besar RM76.00
Permainan Quarto RM99.50
Braille poket 4 dan 9 baris RM12.00 seunit
Untuk maklumat lanjut dan urusan pembelian peralatan braille, sila hubungi Cik Nurfarahin Jaafar di talian 03-2274 6162 pada waktu Pejabat.
Pengumuman dari Cawangan dan Kawasan SBM:
Pengumuman dari Zon Utara:
Info dari SBM Cawangan Pulau Pinang
Salam bahagia dan salam sejahtera
Jawatankuasa Pembangunan Sukan (JPS) SBM Cawangan Pulau Pinang telahpun mengadakan pertandingan sukan dalaman SBM Cawangan Pulau Pinang dengan jayanya pada hari Sabtu, bersamaan 27hb Februari 2016 bertempat di SBM Cawangan Pulau Pinang. Sebanyak empat jenis permainan telahpun dipertandingkan pada hari tersebut yang mana ianya merangkumi pertandingan catur, damaji, congkak dan pertandingan karom. Berikut adalah disampaikan keputusan-keputusan pemenang bagi keempat-empat jenis permainan tersebut:--
Untuk pertandingan catur, juara bersama telahpun dimenangi oleh Encik Md. Akhir Bin Embi dan Encik Mohd. Asri Bin Saad manakala tempat ketiga dimenangi oleh Encik Md. Daud Bin Abdul Rahman.
Bagi pertandingan damaji, johan telahpun dimenangi oleh Encik Mohd. Rodzi Bin Ariffin, naib johan oleh Encik Md. Daud Bin Abdul Rahman manakala tempat ketiga dimenangi oleh Encik Johari Bin Saad.
Bagi pertandingan congkak, johan telahpun dimenangi oleh Puan Saadiah Binti Hassan, naib johan oleh Encik Mohd. Rodzi Bin Ariffin manakala tempat ketiga dimenangi oleh Encik Abu Bakar Bin Abas.
Bagi pertandingan karom pula, johan telahpun dimenangi oleh Puan Haslinda Binti Che Din, naib johan oleh Encik Razali Bin Noor Bux manakala tempat ketiga dimenangi oleh Puan Saadiah Binti Hassan.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang bagi keempat-empat jenis pertandingan tersebut.
Pengumuman dari Cawangan Perak
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Program terdekat SBM cawangan Perak.
Sukacita dimaklumkan bahawa SBM cawangan Perak akan menganjurkan beberapa program seperti berikut:
1) Kursus kepimpinan jati diri untuk 40 peserta pada 25 hingga 27 mac 2016 yang bertempat di D’Cherakoh riversite resort Sg Siput (u).
2) Mengadakan promosi urut Refleksologi dan Kraftangan pada 8 hingga 10 April 2016 yang bertempat Sekolah Menengah Sains Tapah.
Pengumuman dari SBM Cawangan Kedah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera…
Kepada semua ahli SBM yang berdaftar dengan SBM Cawangan Kedah, anda dikehendaki mengemaskini maklumat-maklumat berikut:
1. Alamat terkini
2. Alamat surat-menyurat
3. Nombor telefon terkini
Maklumat-maklumat ini bolehlah dihantar melalui gmail SBM Cawangan Kedah iaitu
sbmkedah13@gmail.com
ataupun menghubungi pejabat SBM Cawangan Kedah ditalian 04-7302568 atau datang terus ke pejabat SBM Cawangan Kedah pada waktu pejabat.
Pengumuman dari Zon Selatan:
Pengumuman dari SBM Cawangan Melaka
Pengerusi mengucapkan Selamat Ulang Tahun yang ke 10 SBM Melaka. SBM Melaka telah
ditubuhkan pada 1 April 2006 ekoran perpisahan kawasan SBM NegerI Sembilan dengan
Melaka. Jumlah keahlian terkini adalah seramai 100 orang ahli biasa. Baki akaun tabung
bangunan dari 2011 hingga kini berjumlah sebanyak RM33, 648. Selama 10 tahun penubuhan
SBM Melaka, pelbagai aktiviti telah berjaya dijalankan seperti Hari Tongkat Putih
Peringkat Kebangsaan (2011), Kursus Kepimpinan Peringkat Kebangsaan(2012), Pertandingan
Bakat Seni Suara Peringkat Kebangsaan (2013) dan aktiviti lain. Sekian, Majulah SBM
Melaka.
Pengumuman dari Kawasan Negeri Sembilan
Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Belia SBM Kawasan Negeri Sembilan
Kempemantapan belia SBM zon Selatan.
SBM kawasan Negeri Sembilan Darul Khusus akan menganjurkan kempemantapan belia zon selatan pada 30 April-2 Mei 2016 bertempat di Kem Biro Tata Negara Ulu Sepri Rembau Negeri Sembilan DarulKhusus.
Untuk makluman, hanya 10 orang peserta sahaja diperlukan bagi setiap negeri. Untuk pendaftaran, sila hubungi penyelaras berikut:
Bagi peserta Kl/Selangor, sila mendaftar dengan kerani SBM cawangan Kl/Selangor pada waktu pejabat di talian 0322765276.
Bagi peserta Negeri Melaka, sila mendaftar dengan kerani SBM cawangan Melaka pada waktu pejabat di talian 062815893.
Bagi peserta Negeri Sembilan, Sila mendaftar dengan En. Khairul Azwan Bin Wahab, pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia SBM kawasan Negeri Sembilan di talian 0196575795 atau melalui email khairulazwan87@gmail.com
Bagi peserta Negeri Johor, sila mendaftar dengan Cik Rosliza, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia SBM cawangan Johor di talian 0127059272/01140428783.
tarikh tutup pendaftaran pada 15 April 2016.
Pengumuman dari Zon Tengah:
Pengumuman SBM Cawangan KL/Selangor 28 Mac 2016 (Isnin)
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
1. MAKLUMAT TERKINI BERKENAAN PROGRAM SAMBUTAN HARI TONGKAT PUTIH ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN 2016 dan PROGRAM LAWATAN JARAK JAUH 2016.
Memandangkan ramai di antara peserta SBM Cawangan KL/Selangor telah membeli tiket masing-masing, sehubungan dengan itu, pihak SBM Cawangan KL/Selangor melalui mesyuarat khas antara Jawatankuasa JAKAHA dan Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial, telah memutuskan bahwa kadar baru bagi kedua-dua program tersebut adalah seperti berikut:
1. Untuk program Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2016 ialah RM300.00 termasuk yuran penyertaan yang ditetapkan oleh pihak penganjur yakni RM50.00.
2. Program Sambutan Hari tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan
dan Lawatan Jarak Jauh 2016 ialah RM600.00 ianya termasuk yuran penyertaan RM50.00.
Bayaran tersebut adalah meliputi kos pengangkutan, penginapan dan lain-lain urusan.
Walau bagaimana pun jika ada wang lebihan ianya akan dikembalikan semula kepada peserta. Untuk tujuan tersebut, sila jelaskan wang yuran penyertaan terlebih dahulu. sila bawa bersama Salinan kad pengenalan dan nyatakan saiz T.shirt semasa membuat urusan pembayaran kelak.
Tarikh tutup pembayaran untuk yuran penyertaan ialah 11 April 2016.
Untuk sebarang pertanyaan sila SMS atau hubungi terus En. Jamaluddin Bin Rashid Pengerusi Jawatankuasa JAKAHA SBM Cawangan KL/Selangor di talian 013-382 1142
Atau En. Adha Bin Shamsuri kerani SBM Cawangan KL/Selangor di talian 03-2276 5276 pada waktu pejabat.
Kerjasama dari semua peserta amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
2. MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN2016 SBM (EDISI KE11)
SBM akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2016 SBM (Edisi Ke-11/2017)
Mesyuarat tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh:
29 hingga 31 Julai 2016 Yakni hari Jumaat hingga Ahad.
Tempat:
Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre,
No. 1, PD Prima, Batu 13, Jalan Pantai, Pasir Panjang,
71250 Port Dickson, Negeri Sembilan
Pendaftaran telah pun dibuka kepada ahli-ahli SBM Cawangan KL/Selangor yang berhasrat untuk mengikuti mesyuarat Agung tersebut.
Kadar bayaran yuran penyertaan adalah seperti berikut:
1. Untuk ahli ialah RM150.00 seorang.
2. Untuk bukan ahli, anak-anak ahli dan pengiring ialah RM220.00 seorang.
Untuk tujuan pendaftaran sila hubungi En. Adha kerani SBM KL/Selangor di talian 03-2276 5276pada waktu pejabat.
Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran ialah pada 30 Mei 2016.
3. KERANI SBM CAWANGAN KL/SELANGOR Bercuti.
Pada 30 dan 31 Mac 2016 iaitu pada hari rabu dan khamis kerani SBM Cawangan KL/Selangor akan bercuti. Ini ialah kerana beliau menggantikan cuti hujung minggu ketika beliau menjalankan tugas rasmi di Ipoh, Perak pada 24 dan 25 Mac 2016 yang lalu.
Beliau akan masuk bertugas pada 2 April 2016 yakni Hari sabtu.
Pengumuman dari Pantai Timur:
Pengumuman Dari SBM Cawangan Terengganu
Salam Sejahtera.
Pada 31 Mac 2016 akan diadakan Mesyuarat Perlaksanaan Kembara Kebajikan 1 Malaysia bersama Jabatan Kebajikan Negeri Terengganu yang akan diadakan di SBM Cawangan Terengganu pada Jam 10.00 pagi.
Untuk Pertanyaan lanjut, sila hubungi SBM Cawangan Terengganu di talian 09-666 1320.
Pengumuman dari Sabah dan Sarawak
Pengumuman dari SBM cawangan Sarawak
Peringatan kepada semua pengerusi SBM cawangan / kawasan di seluruh Malaysia, memandangkan tarikh tutup bagi program Sambutan Hari Tongkat Putih Kebangsaan di Sarawak semakin dekat iaitu pada bulan april 2016. Saya menggalakkan supaya semua pengerusi cawangan/kawasan mendaftarkan penyertaan dari sekarang bagi mengelakkan sebarang kesulitan di saat-saat akhir. Ini juga membantu pihak penganjur dalam pengurusan pengangkutan, makanan dan penginapan di Sarawak bermula dari 14 sehingga 16 Oktober 2016.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi puan Alya di talian 082-571486 pada waktu pejabat atau pengerusi SBM Sarawak Encik Isak Ngau di talian 019-2112558.
Pengumuman dari Kawasan Sabah
Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI) Kawasan Sabah.
Kepada mereka yang berada di Sabah dan ingin mendapatkan pekerjaan atau pelajar yang akan tamat
pengajian tidak lama lagi, sila hantar profile dan resume anda kepada SBM Kawasan Sabah. Alamat SBM Kawasan Sabah adalah:
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Kawasan Sabah,
Lot No 51,
Tingkat 1,
phase 2,
Wisma Telipok Ria,
Telipok, 89208 Tuaran Sabah.
Nombor telefon 088-495675
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Encik Khir Johari, pengerusi JPMI Kawasan
Sabah di talian 016-5825399 atau Puan Catherine, pengerusi SBM Kawasan Sabah di talian 019-222 9992.
Anda boleh juga menghantar biodata dan resume anda melalui emel ke
sbmkinabalu@gmail.com.
Iklan:
Tiada
Sekian, terima kasih.
0 ulasan:
Catat Ulasan