Rabu, April 20, 2016

teley maklumat pertis 18 April 2016

 

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 18 April  2016, bersamaan 10 Rejab  1437 Hijrah Isnin.
 
Pengumuman Terkini.
 
1. Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.
 
1.1Pengumuman lanjut mengenai   Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-duapuluh satu 2016.
Sebagaimana dimaklumkan bahwa Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-21/2016 PERTIS 
akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh: 20 dan 21 Sya’ban 1437 Hijrah bersamaan 27 dan 28 Mei 2016 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat: City Villa Hotel,
No. 69 Jalan Raja Hussein off Jalan Tuanku Abdul rahman,
Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-2692 6077.
Masa: 3.0 Petang 20 Sya’ban 1437 Hijrah bersamaan 27 Mei 2016 Masihi (Jumaat) Hingga 05.00 Petang 21 Sya/ban 1437 Hijrah bersamaan 28 Mei 2016 Masihi (Sabtu)
 
Kepada ahli-ahli yang akan menyertai Mesyuarat Agung Tahunan ke-21/2016
Perlu melunaskan  yuran tahunan sama ada semasa atau yang tertunggak.
Ahli  juga perlu menjelaskan yuran penyertaan untuk Mesyuarat agung Tahunan kali Ke-21/2016.
Berikut merupakan yuran penyertaan:
 
1. Untuk Ahli PERTIS Pusat:
yang menginap:   RM50.00
yang tidak menginap:   RM20.00
2. Bukan Ahli:
Yang menginap:    RM150.00
Yang tidak menginap:   RM60.00
 
Untuk ahli PERTIS Wilayah bayarannya adalah sama seperti ahli PERTIS  Pusat.
Walau bagaimana pun jika ada kos penambahan ianya tertakluk kepada pengerusi PERTIS wilayah masing-masing.
 
Untuk sebarang pendaftaran dan pembayaran yuran penyertaan sila hubungi:
En. mMohd Azim Firdaus Bin Mohd Fekkeri:
Pembantu Tadbir PERTIS Pusat di talian 03-4021 2631 pada waktu pejabat.
Untuk ahli PERTIS  Wilayah sila berdaftar dengan pengerusi atau pembantu tadbir PERTIS Wilayah masing-masing
 
Pendaftaran dianggap sah setelah menjelaskan yuran penyertaan tersebut.
 
Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran adalah seperti berikut:
ahli PERTIS Pusat: 28 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 06 Mei 2016 Masihi (Jumaat)
ahli PERTIS Wilayah: 27 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 05 Mei 2016 Masihi (Khamis) 
 
Pendaftaran atau pembayaran yang dilakukan selepas tarikh yang  tersebut di atas
tidak akan dilayan.
 
Semasa membut pendaftaraan sila nyatakan sama ada perlu penginapan atau tidak perlu penginapan.
 
Pihak PERTIS akan menyediakan bas dari Brickfields ke hotel dan sebaliknya  sekiranya menerima permintaan dari ahli-ahli.
Sehubungan dengan itu sila maklumkan jika memerlukan  pengangkutan.
Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan dan pihak PERTIS dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
1.2 Majlis Isra’ Mikraj dan Program Saudara Baru 2016.
PERTIS menerusi Biro Pendidikan dan Dakwah Pusat,
Akan menganjurkan Majlis Isra’ Mikraj dan Program Saudara Baru 2016.
Kedua-dua program tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh: 8 Sa’ban 1437 Hijrah bersamaan, 15 Mei 2016 (Ahad)
Tempat: Kompleks MAB.
Masa: 9.00 pagi – 4.30 Petang.
Yuran penyertaan:
I. Ahli PERTIS:   RM5.00
II. Bukan ahli:   RM10.00
III. Kanak-kanak bawah 12 tahun:   RM3.00
 
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila SMS, wassap atau hubungi ustaz Mohammad Noor Bin Awang Ngah Pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah di talian
012-342 8745 atau 013-203 8510
 
Peringatan:
Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS
selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com ,
dan no. telefon 012-216 3354/012-288 7676
atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.
 
Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada
minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
 
Diselaraskan Oleh
Puan Rosnah Ahmad
Setiausaha Agung
persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS

0 ulasan:





Arkit blog