Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 6 Februari, 2017
Terdapat lima pengumuman baru pada minggu ini. Satu dari Ibu Pejabat, Tiga dari SBM CawanganPahang, satu dari SBM Cawangan Kelantan. Juga dimuatkan adalah pengumuman ulangan, iklan pekerjaan untuk Juru Urut dan lirik bagi lagu "SBM Gemilang".
Pengumuman Dari Ibu Pejabat SBM
Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Belia (JPB)
Perhatian kepada belia cacat penglihatan yang berusia 18-35 tahun.
Japan Braille Library kini membuka permohonan untuk mengikuti program
Teruko Ikeda ICT Training 2017 yang akan diadakan di Pulau Pinang,
Malaysia.
terdapat dua kumpulan peserta untuk program tahun ini iaitu
Intermediate (24 Jun-10 Julai 2017) dan Advance (8-23 Julai 2017).
Semua peserta juga akan terlibat dengan Bengkel Pemerkasaan Kepimpinan
pada 8-10 Julai 2017.
Pemohon-pemohon hendaklah belia cacat penglihatan dari negara-negara
Asia Pasifik, mempunyai kemahiran asas dalam menggunakan komputer,
berkemahiran asas dalam bahasa Inggeris, berumur antara 18-35 tahun
pada Jun 2017, sihat tubuh badan, mampu berdikari dan mampu untuk ke
Pulau Pinang dengan sendiri.
mereka yang berminat perlu mendapatkan sokongan dari bekas pelatih
Program Teruko Ikeda ICT Training atau memohon melalui organisasi yang
berkaitan dengan orang cacat penglihatan di negara masing-masing.
untuk mendapatkan borang permohonan atau maklumat lanjut, anda boleh
berhubung dengan En. Ahmad Shamsuri, Pengerusi, Jawatankuasa
Pembangunan Belia (SBM) di talian 0122829575.
borang permohonan yang telah lengkap perlu diterima oleh pihak
penganjur sebelum atau pada 28 Febuari 2017.
hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk ditemuduga
oleh pihak penganjur. Pengumuman senarai pemohon yang terpilih akan
dibuat pada akhir Mac 2017.
Pengumuman Ulangan:
Pengumuman dari Jawatankuasa Pembangunan Komunikasi, Advokasi dan Hak Asasi (JAKAHA)
Perubahan Dalam Jadual Perkhidmatan Komuter KTM Dari 1 Febuari 2017
Berkuatkuasa 1 Feb, akan terdapat perubahan dalam jadual perkhidmatan Komuter KTM bagi sektor Lembah Klang dan sektor perjalanan di utara. Keretapi Tanah Melayu Berhad dalam satu kenyataannya mengumumkan bahawa perubahan jadual tersebut akan melibatkan perjalanan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang-Tanjung Malim di sektor Lembah Klang manakala sektor utara pula akan melibatkan dua perjalanan iaitu Padang Rengas-Bukit Mertajam-Padang Rengas dan Butterworth-Padang Besar-Butterworth.
Perubahan dalam jadual bagi sektor Lembah Klang adalah disebabkan kerja-kerja membina semula landasan bagi Projek Landasan Berkembar yang telah memasuki peringkat kedua dalam fasa 1A yang mana landasan ke utara di stesen Rawang dan Kuang akan ditutup.
Sejajar dengan perubahan jadual berkenaan, KTMB akan meningkatkan kekerapan keretapi bagi perjalanan Sungai Buloh-Klang/Pelabuhan Klang pergi dan balik kepada setiap 30 minit dari 45 minit di luar waktu puncak pada hari-hari biasa dan sepanjang hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Bagaimanapun, kekerapan keretapi bagi perjalanan Batu Caves-Tampin-Batu Caves akan kekal setiap 45 minit di luar waktu puncak dari hari Isnin hingga Jumaat dan hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Sementara itu, perubahan dalam jadual bagi sektor perjalanan di utara adalah disebabkan pembatalan keretapi terakhir dari stesen Padang Rengas dan Bukit Mertajam. Ini akan mengurangkan jumlah perkhidmatan Komuter KTM bagi perjalanan ini kepada 20 keretapi sehari berbanding 22 pada masa ini. Mulai 1 Feb, keretapi terakhir bagi perjalanan Padang Rengas-Bukit Mertajam-Padang Rengas akan bergerak pada pukul 9.54 malam dan bukan pukul 10.54 malam. Sementara keretapi terakhir dari Bukit Mertajam akan bergerak pada pukul 9.42 malam dan bukan pukul 10.42 malam. Bagi perjalanan Butterworth-Padang Besar-Butterworth pula, keretapi terakhir dari stesen Butterworth akan dijadualkan semula kepada pukul 9.25 malam dari pukul 10.25 malam. Sementara keretapi terakhir dari stesen Padang Besar akan turut dijadualkan semula kepada pukul 9.25 malam dari pukul 10.25 malam.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang jadual perjalanan komuter, para penumpang KTM boleh melawat www.ktmb.com.my atau menghubungi talian 03-2267 1200 atau @ktmkomuter di Twitter.
Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM
Pengumuman dari Zon Utara:
Pengumuman dari SBM Cawangan Perak
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berikut adalah pengumuman daripada SBM cawangan Perak:
Pada 11 Febuari 2017, SBM cawangan Perak akan mengadakan Lawatan Sehari ke
Teluk Senangin Pantai Remis Perak. Peserta-peserta yang akan menyertai lawatan ini dikehendaki berkumpul di pejabat SBM cawangan Perak tidak lewat daripada jam 7.30 pagi pada tarikh tersebut.
Ahli-ahli yang ingin menyertai lawatan ini bolehlah menghubungi Puan Fadzilah di talian 019-4882439 atau kerani Pejabat SBM Perak di talian 05-253 3029.
Kepada ahli-ahli yang ingin menjelaskan yuran bagi tahun 2017, boleh menjelaskan yuran tersebut kepada
kerani SBM cawangan Perak di waktu pejabat.
Mesyuarat Dwi Tahunan SBM Cawangan Perak
Mesyuarat Agong Dwi Tahunan SBM cawangan Perak akan diadakan pada hari sabtu 18 Mac 2017 mulai jam 9 pagi
bertempat di tingkat 1 pejabat SBM Perak di alamat No 22A dan B, jalan lintasan Medan Kidd, Medan Kidd 30200 Ipoh.
Pengumuman dari Zon Selatan:
Pengumuman dari SBM Cawangan Melaka
Pengerusi SBM Melaka mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina iaitu tahun ayam kepada semua ahli yang meraikannya. Berhati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung.
Pengumuman dari zon Tengah
Pengumuman dari SBM Cawangan KL/Selangor
Asalamualaikum dan Salah Sejahtera
Kelas Kraf Tangan Berasaskan Manik
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kelas kraf tangan berasaskan manik yang sepatutnya diadakan pada 4 dan 5 Februari 2017 akan ditunda pada 12 (ahad dan 18 Februari (sabtu).
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi Pn. Rosnah Binti Hj Ahmad, pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor merangkap pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Komuniti (JPWK) Cawangan KL/Selangor di talian 012-216 3354 / 012-288 7676.
lokasi dan masa untuk program ini adalah sama seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
SBM Cawangan KL/Selangor memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami.
Yuran tahunan Keahlian
Pembayaran yuran keahlian bagi tahun 2017 telahpun dibuka sejak 3 Januari 2017.
Tarikh tutup pembayaran yuran keahlian ialah pada 30 April 2017. Untuk ahli biasa ialah RM10.00
Untuk ahli bersekutu RM5.00
Untuk ahli seumur hidup bawah 60 tahun ialah RM60.00 dengan syarat tiada tonggakan yuran keahlian sepanjang lima tahun berturut-turut.
Bagi mereka yang telah mencapai 60 tahun akan menjadi ahli seumur hidup dengan syarat tiada tonggakan yuran keahlian semasa menjadi ahli selama lima tahun berturut-turut. Walau bagaimanapun mereka yang ingin menjadi ahli seumur hidup perlu mengisi borang yang telah disediakan di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor.
Untuk sebarang pertanyaan dan urusan sila hubungi En. Mohammad Adha Bin Shamsuri pembantu tadbir SBM Cawangan KL/Selangor di talian 2276 5276 pada waktu pejabat.
Pengumuman dari Pantai Timur
Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berikut adalah keputusan pertandingan Ping pong individu yang telah dijalankan pada 21 dan 22 Januari 2017.
Johan en abd manaf jaafar
Naib johan mohd bahkri MD said
Tempat ketiga Muhammad alkudus bin abdul manaf
Karnival sukan tahunan sbm Pahang diteruskan lagi dengan pertandingan dominos dan dart yang akan diadakan pada 12/2/2017.
`Maklumat lanjut berkenaan karnival sukan ini telahpun diedarkan kepada semua ahli cawangan pahang.
Kepada semua ahli sbm cawangan Pahang yang masih lagi belum menjelaskan yuran tahunan, sila berbuat demikian di pejabat sbm cawangan Pahang atau berhubung terus dengan kerani cawangan di talian 09-296 4197.
Yuran tahunan perlu dijelaskan pada atau sebelum 31/3/2017.
Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi kerani cawangan di talian 09-296 4197
Pada waktu pejabat.
Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak
Tiada pengumuman
Iklan:
Singgah sana foot reflexsology & spa yang terletak di Shah Alam memerlukan beberapa orang juru urut lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, kepada OKU penglihatan yang berkemahiran dalam bidang urut namun masih belum mendapat peluang pekerjaan, anda boleh menghubungi Encik Saiful di talian 012-5082368 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Inilah lagu SBM Gemilang.
0 ulasan:
Catat Ulasan