Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 13 November, 2017
Salam bahagia daripada kami semua dari Ibu Pejabat.
Terdapat tiga pengumuman baru pada minggu ini. Dua daripada Ibu Pejabat dan satu dari SBM Cawangan KL/Selangor. Yang Selebihnya adalah pengumuman ulangan atas permintaan.
Pengumuman dari Ibu Pejabat
Pertandingan Membaca Braille Peringkat Kebangsaan SBM 2017
Program ini telah dijalankan di Pusat Aktiviti SBM, Wisma SBM pada hari Sabtu, 11 November yang lalu. Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut:
Bagi kategori Pertandingan Membaca Braille Bahasa Melayu:--
Johan: Cik Alfa Nur Aini BT. Herman Afendi;
Naib Johan: Puan Romainun BT. Zakaria; dan
Tempat Ketiga: Puan Lilian Chan.
Bagi kategori Pertandingan Membaca Braille Bahasa Inggeris:--
Johan: Puan Lilian Chan;
Naib Johan: Puan Romainun BT. Zakaria; dan
Tempat Ketiga: Cik Alfa Nur Aini BT. Herman Afendi.
Dengan ini Cik Alfa Nur Aini BT. Herman Afendi dan Puan Lilian Chan akan mewakili SBM ke Pertandingan Membaca Braille Peringkat Kebangsaan Majlis Kebangsaan Orang Buta Malaysia (NCBM) pada 23 November ini yang akan diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia.
Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang Lain, jangan putus asa masih ada peluang.
Selamat bertanding kami ucapkan kepada kedua-dua wakil SBM itu.
SBM akan menyiarkan upacara pertandingan tersebut secara langsung di Radio SBM.
Maklumat Pertandingan Membaca Braille Peringkat Kebangsaan NCBM 2017
NCBM ingin mengucapkan terima kasih kepada para gabungan keahliannya yang telah membantu dalam penyediaan wakil-wakil pertubuhan masing-masing ke pertandingan Membaca Braille Peringkat Kebangsaan NCBM yang bakal diadakan seperti ketetapan berikut:--
Tarikh: 23 November 2017;
Tempat: Bilik Serbaguna, Bangunan Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia;
Masa: 9:00 pagi hingga 1:00 tengahari.
Upacara akan dimulakan dengan kudapan pagi dan berakhir dengan makan tengahari.
Seramai 20 orang peserta akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Bas akan disediakan untuk perjalanan pergi-balik membawa peserta dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menghadiri upacara tersebut. Sila mendaftar dengan memberi nama anda di talian 03,2276 2973, 2276 1046 pada waktu pejabat. Kerjasama anda akan membantu kami untuk menyediakan makan minum yang mencukupi.
Jumpa anda di sana. Anda diminta untuk berkumpul di perhentian teksi berhampiran dengan Sentral Vista pada 9:00 pagi pada hari tersebut.
Pengumuman Ulangan:
PENGUMUMAN DARIPADA JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WANITA DAN KOMUNITI (JPWK)
DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA WANITA BAHAWA LPPKN SEDANG MELAKSANAKAN PROJEK FREE PAP SMEAR throughout MALAYSIA. PROJEK INI BERTUJUAN UNTUK MENGGALAKKAN WANITA YANG BERKAHWIN ATAU PERNAH BERKAHWIN MENJALANI UJIAN PAP SMEAR SETERUSNYA MENINGKATKAN TAHAP KESEDARAN TENTANG PENCEGAHAN KANSER SERVIKS SEKALIGUS MENGENALPASTI SERTA MENDAPAT RUJUKAN BAGI WANITA YANG MENGALAMI PRA-KANSER DAN KANSER SERVIKS UNTUK MENDAPAT TINDAKAN SUSULAN.
OLEH YANG DEMIKIAN, JPWK SBM BERCADANG UNTUK MEMBAWA WANITA – WANITA YANG BERMINAT MENJALANI UJIAN INI DI KLINIK NUR SEJAHTERA JALAN RAJA LAUT. TARIKH DAN MASA AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN. SYARAT – SYARAT PENYERTAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. WANITA WARGANEGARA ATAU PENDUDUK TETAP
2. WANITA YANG BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS
3. WANITA YANG BERKAHWIN ATAU PERNAH BERKAHWIN DAN
4. Wanit yang mampu mengandung tetapi belum berkahwin (Perlu mendapatkan persetujuan bertulis untuk menjalani prosedur)
BAGI YANG BERMINAT BOLEH MENDAFTAR DENGAN PUAN FADILAH DI TALIAN IBU PEJABAT SBM 03-22746162 PADA WAKTU PEJABAT.
Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM
Pengumuman dari Zon Utara:
Tiada Pengumuman.
Pengumuman dari Zon Selatan:
Tiada Pengumuman.
Pengumuman dari zon Tengah
Pengumuman dari SBM Cawangan KL/Selangor
1. Program wargamas.
SBM Cawangan KL/Selangor akan mengadakan program wargamas pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 25 November 2017 (Sabtu);
Lokasi: Pusat Aktiviti, Wisma SBM, No. 24 Jalan Tun Sambanthan 3,
Brickfields, Kuala Lumpur;
Masa: 8:30 pagi.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pn. Lele Suyarni Omar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan Komuniti (JPKWK) di talian 010-225 4524.
2. Penjualan T-Shirt.
SBM KL/Selangor ada menjual T-Shirt Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Edisi ke-8/2017. Harga sehelai T-Shirt ialah RM30.00.
1 unit tongkat putih akan diberi secara percuma kepada sesiapa yang membeli satu atau lebih T-Shirt tersebut.
Oleh kerana stoknya terhad, siapa cepat dia dapat. Bagi sebarang pertanyaan sila hubungi
En. Muhamad Adha Bin Shamsuri, Pembantu Tadbir SBM KL/Selangor di talian 03-2276 5276
pada waktu pejabat.
Perkhidmatan Gonting Rambut Percuma.
perkhidmatan ini akan diadakan setiap bulan. Untuk bulan Oktober, ianya akan dijalankan pada 29 Oktober 2017 (Ahad) Bermula pada pukul 10:00 Pagi. Ianya terbuka kepada semua ahli dan anak-anak ahli. Untuk sebarang pertanyaan dan mendaftar, sila hubungi Pn. Rosnah Hj Ahmad Pengerusi SBM Cawangan KL/Selangor di talian 012-288 7676.
Pengumuman dari Pantai Timur
Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada semua ahli SBM Cawangan Pahang.
Berikut disampaikan pengumuman bagi Program warga emas , hari keluarga dan jamuan akhir tahun 2017
Sukacita dimaklumkan bahawa Sbm Cawangan Pahang akan mengadakan program yang tersebut di atas seperti ketetapan berikut:-
Tarikh:- 18 November 2017 (Sabtu);
Masa: 10-.00 pagi hingga 3.00 petang;
Tempat:- Sbm Cawangan Pahang, G46G Jalan Mentakab, Kg Batu 1 28000 Temerloh Pahang.
Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 3.00 seorang.
Tentatif Program adalah seperti berikut:-
Program hari keluarga, meraikan warga emas dan jamuan akhir tahun 2017 Sbm Cawangan Pahang.
Tarikh :- 18 November 2017;
Masa:- Perkara:-
10.00 pg.: Pendaftaran;
10.30pg-12t/hari: Acara :
Sukaneka 1
Sukaneka2
Sukaneka 3
Sukaneka 4
12.30t/hari-1.00 ptg: Rehat/Makan;
2.00 petang: Ketibaan TatamuJemputan;
2.15 petang: Ucapan Aluan Pengacara Majlis, Ucapan Pengerusi SBM Cawangan Pahang, Ucapan perasmian;
2.40 petang: Penyampaian Hadiah sukaneka Dan sumbangan kepada Warga emas;
3.00 petang: Majlis bersurai.
Untuk sebarang pertanyaan dan makluman lanjut, sila hubungi Encik Ooi Kee Bing (AJK JKKS) di talian 013-921 9776 atau pejabat SBM Cawangan Pahang di talian 09-2964197 pada waktu pejabat.
Kami seluruh Jawatankuasa sbm Cawangan pahang amat mengalu-alukan kehadiran dan sokongan semua ahli untuk menjayakan Program ini.
Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak
Tiada pengumuman
Iklan
Explora 7 Online
Louis Prem akan menyiarankan satu bulitin mingguan yang dinamakan Explora 7 Online. Ini adalah perkhidmatan berita kepada orang ramai. Ia mengandungi artikel, berita, iklan dan banyak lagi. Sesiapa yang ingin mengiklankan produk mereka, perkhidmatan urut dan lain-lain, sila hantar iklan atau pengumuman anda melalui e-mel kepada
louisprem63@gmail.com
atau hubungi Subra di 03-2272 2677 MAB.
0 ulasan:
Catat Ulasan