Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 16 April, 2018
Salam bahagia daripada kami semua dari Ibu Pejabat.
Terdapat sepuluh pengumuman pada minggu ini. Satu dari Ibu Pejabat, satu dari Cawangan Kedah, dua dari Cawangan Perak, Dua dari Kawasan Negeri Sembilan dan empat maklumat terkini dari Cawangan KL/Selangor. Yang selebihnya adalah peringatan-peringatan atas permintaan.
Tidak lama lagi SBM akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2018, kali ini di Ipoh, Perak. Kami huraikan di sini garispanduan bagi peserta Mesyuarat tersebut.
PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
(SOCIETY OF THE BLIND IN MALAYSIA)
GARIS PANDUAN MENGHADIRI
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SIRI KE-12
TAHUN 2018
1. Pendahuluan
Dokumen ini dikeluarkan setelah diluluskan di Mesyuarat Majlis Presiden (SBM) Bil. 1/2018 pada 3 Mac 2018 untuk rujukan semua Ahli SBM dan diedarkan melalui pejabat Cawangan / Kawasan SBM.
2. Kelayakan Penyertaan
Semua Ahli Biasa SBM, Ahli Bersekutu SBM (yang terpilih sahaja) dan mereka yang mendapat kebenaran atau diundang adalah layak untuk menyertai perhimpunan dan Mesyuarat ini.
3. Tarikh Mesyuarat
Mesyuarat ini akan diadakan pada 29 Jun - 1 Julai 2018 dengan tarikh 29 Jun 2018 sebagai tarikh ketibaan dan “check in”. Kemudahan penginapan dan makanan akan disediakan mulai hari Jumaat, 29 Jun 2018, jam 4.30 petang hingga hari Ahad, 1 Julai 2018, jam 1.00 tengah hari.
4. Tempat dan Lokasi Mesyuarat
Mesyuarat ini akan diadakan di Tower Regency Hotel & Apartments, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Maklumat mengenai tempat mesyuarat boleh diperolehi dengan melayari lama sesawang www.towerregency.com.my
5. Pendaftaran
5.1 Kecuali mereka yang dinyatakan di Perenggan 7, Garis Panduan ini, semua Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu SBM (yang terpilih sahaja) yang berhasrat menyertai Mesyuarat ini hendaklah mendaftarkan penyertaannya melalui pejabat SBM Cawangan / Kawasan masing-masing. Pengerusi cawangan/kawasan seterusnya hendaklah menghantar senarai nama dan jantina peserta mesyuarat yang lengkap dengan pasangan dua (2) orang sebilik ke ibu pejabat SBM sebelum 25 Mei 2018 (Jumaat). Pendaftaran peserta mesyuarat yang lewat dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
5.2 Semua ahli SBM yang telah berdaftar akan dirujuk sebagai ”peserta Mesyuarat”.
6. Yuran Pendaftaran
6.1 Yuran pendaftaran bagi seorang peserta mesyuarat (Ahli Biasa SBM dan Ahli Bersekutu SBM) ialah sebanyak RM120.00 seorang;
6.2 Manakala bagi bukan ahli/anak/pengiring pula dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM250.00 seorang;
6.3 Yuran Pendaftaran bagi Ahli Jawatankuasa Cawangan/Kawasan SBM ialah sebanyak RM60.00 seorang;
6.4 Peserta mesyuarat yang hanya akan hadir pada 1 Julai 2018 (Ahad) akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM50.00 seorang dengan disediakan sarapan pagi, minum pagi dan makan tengah hari sahaja;
6.5 Mana-mana peserta Mesyuarat yang menarik diri sebelum 25 Mei 2018 akan dikembalikan Yuran Pendaftarannya, manakala peserta yang menarik diri selepas tarikh berkenaan, yuran Pendaftarannya tidak akan dikembalikan;
6.6 Sebarang penggantian penyertaan tidak dibenarkan berikutan penarikan diri seseorang peserta Mesyuarat dan Yuran Pendaftarannya tidak akan dikembalikan;
7. Pengecualian Yuran
Mereka yang dikecualikan dari membayar Yuran Pendaftaran ialah:-
7.1 Ahli Majlis Presiden;
7.2 Pegawai / staf SBM yang dikehendaki bertugas sepanjang tempoh mesyuarat; dan
7.3 Pembantu-pembantu Mesyuarat yang dipilih oleh Jawatankuasa Penganjur untuk bertugas secara sepenuh masa.
8. Tambang
8.1 Tuntutan tambang adalah terhad kepada perjalanan ’interstate’ sahaja berdasarkan nilai tiket yang dikemukakan (tidak termasuk kelas pertama) atau nilai konsesi yang biasa diberikan oleh Syarikat-syarikat pengangkutan bas bagi perjalanan yang berkenaan;
8.2 Tidak ada sebarang tuntutan boleh dibuat oleh peserta Mesyuarat sekiranya sesuatu Cawangan/Kawasan SBM itu menyediakan bas secara ”block booking” kecuali kuantitinya tidak dapat ditampung melalui kaedah berkenaan;
8.3 Peserta mesyuarat yang hanya akan hadir pada 1 Julai 2018 (Ahad) hendaklah menyediakan pengangkutan sendiri.
8.4 Bagi ahli-ahli SBM Cawangan Sarawak dan ahli-ahli SBM Cawangan Sabah, sebanyak RM3,500.00 diperuntukan kepada setiap negeri bagi membiayai kos perjalanan seberapa ramai ahli biasa yang mencukupi dengan peruntukan tersebut dari kedua-dua negeri berkenaan; dan
8.5 SBM akan menanggung sepenuhnya tambang bagi mereka yang dinyatakan di Perenggan 8, Garis Panduan ini.
9. Kemudahan Penginapan
Kemudahan penginapan adalah dalam bentuk apartment 2 bilik berhawa dingin bagi dua (2) orang sebilik bertaraf 4 bintang di Tower Regency Hotel & Apartments, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
10. Kemudahan Makanan
Kemudahan makanan/minuman akan disediakan sebanyak dua belas (12) kali sepanjang Mesyuarat diadakan seperti berikut:-
29 Jun 2018 (Jumaat) : kudapan petang, makan malam dan kudapan malam
30 Jun 2018 (Sabu) : sarapan pagi, kudapan pagi, makan tengahari, kudapan petang, makan malam dan kudapan malam
1 Julai 2018 (Ahad) : sarapan pagi, kudapan pagi dan makan tengahari
11 Aturcara Mesyuarat
11.1 Aturcara rasmi akan bermula pada 29 Jun 2018, jam 8.30 malam dengan satu sesi Taklimat Khas. Aturcara penuh akan dimaklumkan kemudian;
11.2 Majlis perasmian Mesyuarat akan dilangsungkan pada 30 Jun 2018, jam 9.00 pagi dijangka akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak atau VVIP yang lain ; dan
11.3 Semua peserta dikehendaki berpakaian kemas dan menjaga disiplin sepanjang Mesyuarat berlangsung.
11.4 Setiap peserta juga akan dibekalkan dengan tanda nama yang perlu dipakai sepanjang tempoh mesyuarat. Terdapat tiga warna tanda nama yang membezakan antara ahli biasa, ahli bersekutu dan urusetia penganjur termasuk ahli Majlis Presiden.
12. Jawatankuasa Penganjur/Urusetia Mesyuarat
Jawatankuasa Penganjur / Urusetia Mesyuarat dianggotai oleh :-
1) En. Mohd Mustaza Bin Mohammad Zin Pengerusi Penganjur
No. Tel : 019-2110111
2) En. Rosham Bin Sidek Dokumentasi
No. Tel : 013-3322737
3) Mdm. Jasmine Khoo Kewangan
No. Tel : 019-3296610
4) Pn. Nurfarahin Bt. Jaafar Pendaftaran / Penginapan
No. Tel : 017-2403593
5) En. Maznan Bin Mohd Zain Keselamatan
No. Tel : 013-2160790
6) Dr. Ahmad Shamsuri Bin Muhamad Makanan dan Majlis Perasmian
No. Tel : 012-2829575
7) Pn. Rosnah Bt. Ahmad Penajaan dan Cabutan Bertuah
No. Tel : 012-2163354
8) En. Muhammad Akmal Hafizudin Peralatan dan Logistik
No. Tel : 012-9259481
9. En. Idris Bin Hashim Penajaan, Perhubungan dan Siaraya
No. Tel : 019-5217055
10. En. Abdul Aziz Bin Yahya (Perak) Pengangkutan
No. Tel : 019-4955886
11. En. Muhamad Nor Bin Md Ali (Perak) Sukarelawan
No. Tel : 013-4274796
Disediakan oleh:
(ROSHAM BIN SIDEK)
Setiausaha Agung,
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)
Tarikh : 21 Mac 2018
Peringatan-peringatan dari Jawatankuasa Utama dan Ibu Pejabat
Negara kita akan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi. Oleh itu kami mengambil keputusan untuk memaklumkan kalian semua mengenai kaedah-kaedah yang sedia ada bagi memudahkan OKU untuk mengundi.
PENGURUSAN PENGUNDIAN BAGI ORANG KURANG UPAYA
PROSES PENGUNDIAN BAGI ORANG KURANG UPAYA (OKU)
4 KAEDAH PENGUNDIAN:
1. OKU yang tidak boleh membuat penandaan pada kertas undi tetapi MEMBAWA ORANG YANG DIPERCAYAI untuk membantu beliau menanda kertas undi atas permintaan dan pilihan pengundi.
2. OKU yang tidak boleh membuat penandaan pada kertas undi tetapi TIDAK MEMBAWA ORANG YANG DIPERCAYAI akan DIBANTU oleh KTM menanda kertas undi atas permintaan dan pilihan pengundi.
3. OKU yang mengundi di tempat mengundi di tingkat atas yang memohon untuk MENUMPANG mengundi di tempat mengundi di bawah.
4. OKU yang boleh membuat penandaan kertas undi sendiri.
Prosedur:
5. OKU yang tidak boleh membuat penandaan pada kertas undi tetapi MEMBAWA ORANG YANG DIPERCAYAI untuk membantu beliau menanda kertas undi atas permintaan dan pilihan pengundi.
Kerani Pengundian 1 (KP1) merujuk situasi kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM):
A) Pengundi masuk bersama-sama dengan orang yang dipercayai dan menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada KP1.
B) KTM berpuas hati bahawa pengundi merupakan orang yang tidak berdaya.
C) KTM menyemak dokumen Pengenalan Diri Orang yang dipercayai bagi memastikan dia adalah warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun.
D) Orang yang dipercayai melengkapkan Borang 10
(Akuan Mengenai Identiti) sebelum dibenarkan membuat penandaan bagi pihak Pengundi. Orang yang dipercayai dan KTM menandatangani borang.
E) Orang yang dipercayai menanda kertas undi atas permintaan dan pilihan pengundi .
F) KP1, KP2, dan KP3 melaksanakan langkah pengundian dan menyerahkan kertas undi kepada KTM.
G) Pengundi dan orang yang dipercayai keluar dari tempat mengundi.
H) Orang yang dipercayai memasukkan kertas undi ke dalam peti undi.
6. OKU yang tidak boleh membuat penandaan pada kertas undi tetapi TIDAK MEMBAWA ORANG YANG DIPERCAYAI akan DIBANTU oleh KTM menanda kertas undi atas permintaan dan pilihan pengundi.
KP1 merujuk situasi kepada KTM:
a) Pengundi tidak berdaya hadir ke Tempat Mengundi dengan bantuan Penunjuk Arah Pusat Mengundi (PAPM).
b) KTM berpuas hati bahawa pengundi merupakan orang yang tidak berdaya memaklumkan kepada KP1 untuk mengeluarkan kertas undi.
c) KP1, KP2, dan KP3 melaksanakan langkah pengundian dan menyerahkan kertas undi kepada KTM.
d) Maklumkan kepada pengundi calon-calon yang bertanding dan minta Pengundi membuat pilihan dengan cara membisikan calon pilihannya.
e) KTM Membuat penandaan pada kertas undi.
f) KTM membantu pengundi memasukkan kertas undi ke dalam Peti Undi dan seterusnya membantu pengundi keluar dari tempat mengundi.
7. OKU yang mengundi di tempat mengundi di tingkat atas yang memohon untuk MENUMPANG mengundi di tempat mengundi di bawah.
Penyelia Pusat Mengundi (PPM) memaklumkan KTM (Tingkat Atas) yang nama Pengundi kesukaran fizikal sepatutnya mengundi di Saluran Tingkat Atas. Namun, Pengundi berkenaan memohon untuk mengundi
di Saluran Tingkat Bawah.
A) KTM (Tingkat Atas) menyemak dokumen pengenalan diri Pengundi berkenaan yang diberikan oleh PPM dan menyemak dalam DPPR yang ada padanya. KTM turun untuk tujuan pengesahan Pengundi.
B) KTM (Tingkat Atas) memaklumkan kepada ETM (Tingkat Atas) berkenaan Pengundi yang mengalami kesukaran fizikal akan mengundi di Tempat Mengundi di Tingkat Bawah.
C) KP 1 (Tingkat Atas) mengesahkan Pengundi berdasarkan dokumen pengenalan diri dan meneriakkan nama Pengundi berkenaan dan membuat penandaan pada DPPR, manakala KP 3 (Tingkat Atas) mengeluarkan Kertas Undi dan menyerahkannya kepada KTM Ting. Atas).
D) KTM (Tingkat Atas) memasukkan Kertas Undi berkenaan ke dalam Sampul Khas, tidak perlu digam dan membawanya bersama Borang SPR.765 dan Borang 11 ke Saluran di tingkat bawah di mana Pengundi sedang menunggu.
E) KTM (Tingkat Atas) memaklumkan kepada KTM (Tingkat Bawah) terdapat Pengundi Kurang Upaya akan menumpang mengundi di Tempat Mengundinya. KTM Tempat mengundi atas menyerahkan sampul berisi kertas undi kepada KTM (Tingkat Bawah).
F) KTM (Tingkat Bawah) membantu Pengundi mengisi Borang 11 dan meminta Pengundi menandatangani Borang tersebut. KTM (Tingkat Bawah) memaklumkan kepada ETM (Tingkat Bawah) untuk melaksanakan proses pengundian bagi Pengundi berkenaan.
G) KP2 (Tingkat Bawah) mencelup jari Pengundi dengan Dakwat Pilihan Raya. KTM (Tingkat Bawah) menyerahkan Kertas Undi yang dibawa oleh KTM (Tingkat Atas) kepada Pengundi.
H) Pengundi menandakan Kertas Undi di Petak Undi dan dan memasukkan ke dalam Sampul Khas dan menyerahkan kepada KTM . KTM meminta ETM melengkapkan Borang SPR.765.Sampul Khas & Borang SPR.765 diserahkan kepada KTM (Tingkat Atas).
I) KTM (Tingkat Atas) kemudiannya membawa Sampul Khas ke Tempat Mengundi di Tingkat Atas dan membuka Sampul Khas di depan Ejen Tempat Mengundi (ETM) dan memasukkan Kertas Undi ke dalam Peti Undi. KTM menyerahkan Borang SPR.765 kepada setiap ETM yang hadir.
Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM
Pengumuman dari Zon Utara:
PENGUMUMAN DARI SBM CAWANGAN KEDAH
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera…
Saya mewakili Ahli Jawatankuasa Pembangunan Belia SBM Cawangan Kedah ingin membuat satu pengumuman iaitu:-
Pada 28 - 29 April 2018, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Belia SBM Cawangan Kedah akan menganjurkan Program Rekreasi Belia bertempat di Escape Theme Park, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Pengisian pada program selama 2 hari 1 malam itu adalah:-
28 April 2018 (Sabtu) - Para peserta akan berkumpul di Pejabat SBM Cawangan Kedah dan di jangka bertolak pada jam 10 pagi ke Teluk Bahang, Pulau Pinang. Pada sebelah petang pula, para peserta akan dibawa melawat Muzium Hantu dan bersiar-siar di sekitar Padang Kota.
29 April 2018 (Ahad) - Para peserta akan beriadah di Escape Theme Park, Teluk Bahang.
Pengumuman dari SBM Cawangan Perak
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berikut adalah pegumuman daripada SBM cawangan Perak:
1. Lawatan Sehari Ke Cameron Highlands
Pada 28.4.2018 SBM Perak akan mengadakan lawatan sehari ke Cameron Highlands,
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30 bagi ahli biasa dan ahli bersekutu,
bagi yang bukan ahli ialah RM40 seorang.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pn Fadzilah bt Yunus di talian 019 488 2439 atau kerani SBM cawangan Perak di talian 05-253 3029 pada waktu pejabat.
2. pada 29 Jun hingga 1 julai 2018, Mesyuarat Agung Dwi tahunan SBM Peringkat Kebangsaan akan diadakan bertempat di Tower Regency Hotel Ipoh Perak. Ahli-ahli yang ingin menyertai mesyuarat tersebut dikenakan yuran sebanyak RM120 seorang; Bagi yang bukan ahli dikenakan yuran sebanyak RM250 seorang;
Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 mei 2018.
sebarang maklumat lanjut sila hubungi En Idris bin hashim Pengerusi SBM cawangan Perak di talian 019 521 7055 atau kerani SBM cawangan Perak di talian 05-253 3029 pada waktu pejabat.
Pengumuman dari Zon Selatan:
Pengumuman dari SBM Kawasan Negeri Sembilan
PENGUMUMAN BARU
1. Kelas Catur
SBM Negeri Sembilan akan menganjurkan kelas permainan catur peringkat asas. Kelas ini akan dijalankan pada setiap hari ahad sepanjang bulan puasa di pejabat sbm negeri Sembilan.
Sekiranya mendapat sambutan, kelas ini akan diteruskan selepas mesyuarat dwi tahunan sehingga bulan November. Semoga aktiviti ini akan mendapat sokongan padu daripada seluruh ahli SBM Negeri Sembilan agar matlamat kita untuk melahirkan para pemain yang mampu untuk pergi lebih jauh lagi akan dapat dicapai. Diharap peserta-peserta kelas asas catur ini dapat mewakili sbm negeri Sembilan ke pertandingan sukan dalaman peringkat zon selatan yang akan diadakan pada bulan disember 2018, yang mana sbm negeri Sembilan akan menjadi tuan rumah.
Bagi maksud pendaftaran, sila hubungi En. abdul hamid di talian 019-203 5419.
2. Tuntutan Kebajikan
Sbm negeri Sembilan akan mengedarkan borang tuntutan kebajikan kepada semua ahli sbm negeri Sembilan secara pos. Tujuannya adalah untuk memudahkan ahli-ahli membuat tuntutan perubatan tanpa perlu datang ke pejabat. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar secara pos ke pejabat sbm negeri Sembilan dan kami akan panjangkannya ke ibu pejabat. Diharap dengan kemudahan ini, dapat menjimatkan perbelanjaan dan masa ahli-ahli. Ahli-ahli yang masih belum mengemaskini alamat dan nombor telefon diminta hubungi En. abdul hamid di talian 019-203 5419.
Jualan Peralatan Braille
SBM Negeri Sembilan telah memulakan perkhidmatan menjual peralatan yang biasa digunakan oleh golongan cacat penglihatan seperti pemain mp3 jam bersuara untuk ahli-ahli Negeri Sembilan.
Program Galakkan Keahlian
Kepada mereka yang berasal dari Negri Sembilan yang tinggal di Kuala Lumpur yang masih belum menjadi ahli SBM, dialu-alukan untuk menjadi ahli SBM Negeri Sembilan. Manakala mereka yang berasal dari Negeri Sembilan tetapi keahlian mereka di cawangan KL Selangor juga digalakkan untuk bertukar keahliannya ke Negeri Sembilan.
Lawatan Ke Padang Besar
Pendaftaran untuk lawatan ke Padang Besar masih dibuka.
Untuk maklumat kepada semua pengumuman yang tersebut di atas sila hubungi Abdul Hamid di talian 019-203 5419 atau Mathialagan di talian 013-613 0057.
Pengumuman dari zon Tengah
Pengumuman dari SBM Cawangan KL/Selangor
SBM Cawangan KL/Selangor akan menganjurkan beberapa program pada ketetapan seperti berikut:
1. Sesi Penerangan Peluang Perniagaan Siri 1.
Tarikh: 21 April 2018 (Sabtu);
Lokasi: Dewan aktiviti Wisma SBM Jalan Tun Sambanthan 3 Brickfields;
Masa: 9:00 Pagi hingga 12:00 Tengah Hari.
Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Sumber Manusia akan menyampaikan ceramah tersebut. Mereka yang telah berdaftar sila hadir pada tarikh, lokasi dan masa yang telah ditetapkan.
Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan demi menjayakan program di atas.
2. Pertandingan Bakat Seni Suara SBM Peringkat Cawangan KL/Selangor.
Tarikh: 22 April 2018 (Ahad);
Lokasi: Dewan Dr Ismail Salleh Kompleks MAB;
Masa: 2:00 hingga 6:00 Petang.
15 peserta akan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Mereka yang Berjaya akan mewakili Cawangan KL/Selangor ke Pertandingan Bakat Seni Suara SBM peringkat Kebangsan yang akan dijalankan pada 20 Oktober 2018 di Sabah.
Semua dijemput untuk menyaksikan pertandingan tersebut.
3. Program Rekrasi Bagi Golongan Belia.
Tarikh: 5 Mei 2018 (Sabtu);
Lokasi: Kota Damansara;
Masa: 8:00 Pagi hingga 1:00 Petang;
Yuran penyertaan: RM5.00 seorang.
Ianya terbuka kepada semua golongan belia dalam kalangan ahli SBM.
Bagi maksud pendaftaran dan pembayaran sila hubungi pejabat SBM Cawangan KL/Selangor
di talian 2276 5276 pada waktu pejabat.
Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran ialah pada 27 April 2018 (Jumaat).
4. Lawatan Jarak Jauh Ke Terengganu.
Tarikh: 11 hingga 13 Mei 2018 )Jumaat hingga Ahad);
Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
Untuk ahli dan anak-anak bawah 12 tahun RM120.00 seorang.
Untuk bukan ahli dan anak-anak 13 tahun ke atas RM200.00 seorang.
Tempat terhad kepada 35 orang sahaja.
Bagi maksud pendaftaran dan pembayaran sila hubungi pejabat SBM KL/Selangor di talian yang tersebut di atas.
Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran ialah pada 27 April 2018 (Jumaat).
Pengumuman dari Pantai Timur
Pengumuman dari SBM Cawangan Kelantan
Assalamualaikum dan Salam SBM.
SBM Cawangan Kelantan akan mengadakan kelas memasak siri ke 2, yang akan diadakan pada hari Sabtu 21 April 2018, bertempat di premis SBM Cawangan Kelantan, bermula jam 9:00 pagi – 1:00 tengahari. Seramai 15 orang peserta dari SBM Cawangan Kelantan akan turut serta dalam program tersebut.
Resepi pada kali ini ialah Akok Berlauk. Tenaga Pengajar adalah dari Pejabat Kemajuan Masyarakat Daerah Bachok.
Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN 2018.
Seperti yang anda sedia maklum setiap dua tahun Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Makaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi memilih kepimpinan baru yang bakal menerajui pertubuhan ini untuk tempoh 2 tahun akan datang.
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh: 29, 30 Jun dan 1 Julai 2018;
Tempat: Tower Regency Hotel And Apartment Ipoh Perak.
Yuran Pendaftaran: RM120 untuk ahli biasa dan ahli bersekutu.
Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 31 Mei 2018.
Saya selaku Pengerusi SBM, Cawangan Pahang amat mengalu-alukan penyertaan seramai mungkin Ahli-ahli Sbm Cawangan Pahang ke mesyuarat ini.
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi Cik Radziah, pembantu tadbir di talian 09-296 4197 pada waktu pejabat.
Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak
Pengumuman dari SBM Kawasan Sabah
Assalamualaikum dan salam SBM.
SBM Kawasan Sabah akan menjadi tuan rumah untuk Program Sambutan Hari Tongkat Putih Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Edisi ke-9 pada 19 hingga 21 Oktober 2018 bertempat di Likas Square Apartment Hotel dan Pertandingan Bakat Seni Suara SBM Peringkat Kebangsaan pada 20 Oktober 2018 bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sabah. Perarakan Sambutan Hari Tongkat Putih ialah pada 20 Oktober 2018 pada waktu pagi, manakala Pertandingan Bakat seni suara diadakan pada 20 Oktober 2018 pada sebelah malam.
Yuran penyertaan untuk kedua-dua program ini ialah:
a. Ahli Biasa dan ahli bersekutu RM200.00;
b. Bukan ahli RM400.00;
c. Anak ahli yang berumur 17 tahun ke bawah RM200.00.
Tarikh tutup pendaftaran bagi Negeri Sabah ialah pada 30 April 2018. Manakala tarikh tutup bagi Negeri Sarawak dan semenanjung Malaysia ialah pada 31 Mei 2018.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Puan Catherine Mery Ringegon, pengerusi SBM Kawasan Sabah di talian 019-222 9992 atau pejabat SBM Kawasan Sabah di talian 088-495 675 pada waktu pejabat.
Iklan
Jawatan kosong sebagai juru urut di Relax ii Tradisional Massage
Relax ii Tradisional Massage memerlukan dua juru urut sepenuh masa untuk berkhidmat di syarikatnya. Jawatan pertama adalah untuk seorang juru urut wanita Cina dan yang kedua adalah untuk seorang Juru urut lelaki tidak kira bangsa. Pekej yang ditawarkan termasuk elaun syif.
Sila hubungi En. Jikiri atau Jack di talian 013-237 2935 atau pejabat Relax ii di talian 03-2260 1178 Isnin hingga Jumaat dari pukul 9:00 pagi hingga 9:00 malam.
0 ulasan:
Catat Ulasan